28 February 2012

Believe

  BISMILLAH ;


" Kau pernah alami, sesuatu yang kau rasa TAK MUNGKIN berlaku pada dirimu... Tapi akhirnya menjadi realiti hanya dengan secebis usaha untuknya..? "




Dalam hidupku,
terlalu kerap kejanggalan itu berlaku.
umpama apa yang aku katakan " MUSTAHIL "
tapi akan menjadi realiti..
sekiranya masih ada debunga percaya di hatiku.



Rezeki Allah, syukur atas segala nikmatnya..
act pernah juga hampir berputus asa..
tapi keinginan itu akan mengatasi segalanya, bukan ?




" Aku tidaklah sekadar beranganangan mengenainya sahaja. Bahkan aku berusaha dan terus berusaha untuk mendapatkannya.. Andai DIA mengizinkannya berlaku, syukurlah. perasaan berbahagia di seluruh celah jiwa ini. "




Percaya
segala kekuasaanNya terhadap apa yang terjadi, segala nikmatNya
tidaklah termampu untuk kita mengiranya..
Alhamdulillah ..




p/s : Hari ganjil ini tiba jua. SELAMAT HARI LAHIR kepada semua yang berkongsi hari lahir pada tarikh yang unik ini. semoga Allah memberkati hayatmu..


27 February 2012

beda



 BISMILLAH ;


" benar wujud manusia bercabang lidah.. bisanya membinasakan jiwa.. kelat hamburan telahan dan nista,
lantas diri dipalit rasa iri hati... "



gemarku menahan amarah sendiri,
diam membisu, mengunci kata
tubuhku kerah untuk bertenang, hirup lebih udara
kerna hidup disamping pendusta memang menyesakkan dada..



"  bila yang lahir di hati itu beda dari apa yang terluah di bibir,
itu namanya DUSTA ..  "



 Ya Allah, alhamdulillah..
kerna benar rezekiMu itu meliputi langit dan bumi..
kerna janjiMu pada hambahambaMu yang bersabar
pasti akan mendapat ganjarannya..
kerna nikmatMu itu tidaklah termampu aku menghitung..



* bukanku bangga jadi yang terbaik,
jauh disudut hatiku terharu sebak menusuk kalbu
apakah benar aku yang terbaik diantara mereka?
syukurlah, berkat bersabar memang takkan pernah rugi...




21 February 2012

perancangan


- Bismillah ;

" dan kau aku kamu, hanya mampu merancangnya.. " Unkown




perancangan itu akan bawa kita kepada matlamat
hidup bahagia, mewah, keluarga harmoni,
kerjaya yang hebat, pelajaran yang sangat baik
umur yang panjang, kahwin dengan orang yang diidamidamkan
senang kata, semua yang baikbaik sahaja..



Maafkanlah,
sekiranya aku hanya mampu merancang
kau hanya mampu memasang impian
kamu hanya dikecewakan dengan perancangan lepas.




" kalau aku gagal STPM, aku akan usaha jalan lain. Kerja, ya. Cari kerja yang tetap..
Rezeki di mana-mana.. Insyaallah, aku dah usahakannya dahulu.
takda sebab aku nak kecewa.. " - unkown



Bila kenang balik, dia takkan mengerti apa yang kau lalui
hingga menukar kau menjadi yang lain..
dia takkn rasai, bagaimana rasanya seksa melepaskan apa yang dimiliki,
pergi dan berbahagia.. sedangkan hati.. menangung derita. - FBI








20 February 2012

kotor !



- BISMILLAH ;


Hijab dan Jubah takkan mampu sorokkan Hati yang K O T O R - JUJUR AKU DAYUS



keliru atau purapura tidak tahu.
resah menanti sesuatu yang jenuh diusahakan.
Hati yang kotor itu tiada " Nur "- kah yang mahu meneranginya
tersangat plastikkah nilai persahabatan yang kau aku bina
aku tak sempurna, begitu juga kau.
benar, aku harap yang HALAL itu sampai Jannah.


" Sekotor manapun hatimu, atas izinNya. jangan malu untuk kembali padaNya, jernihkan semula hati yang lama tidak terbela dan tidak terjaga.." Unknown .




p/s : dear Q. thanks a lot for your letter..
still hard to admit it to you.





18 February 2012

HARGA

- BISMILLAH.


nikmat itu PRICELESS.
andai NIKMAT itu dikenakan bayaran, banyak manakah HUTANG kita pada-NYA ?




andai harga itu dinilai "brandnya" oleh yang maha Esa,
cukup megah ke "brand" kita untuk menjadi insan terpilih mencium wangian syurga
kerna manusia meletakkan nilai "harga" pada semua benda
hingga menenggelamkan nilai sebenar hidup di dunia
yang hanya sekadar persinggahan, masih bermakna ke HARGA perantaraan di dunia ini
menjadi hitungan di akhirat kelak?




persahabatan dilaknat kerna harga,
cinta dikhianat kerna nilai tak seberapa
kasih sayang hilang hangatnya kerna dusta
masih jua ada harga mendabik status di miliki HAMBA.
ya, kita semua HAMBA-Nya..
harta tak bezakan manusia dengan sang Penciptanya..


keluarga itu masih tempatnya yang utama,
alasan ditinggalkan kerna urusan dunia..
tidak kau ingat beban membesarkan kau, bahkan melahirkan kau
masih kau minta pelbagai benda sebagai tukaran masa?
aneh yang amat, masih sempat untuk hargai mereka.
ya, mereka yang sudah punya kedutan, uraturat menimbul
keringat menyimbah bumi saat membanting tulang mencari rezeki..


* andai ibu bapa merungut, menanti panggilan darimu..
ternantinanti waktu bertemu denganmu, dan mula berkecil hatinya
cepatcepat hubungi mereka
takuttakut jatuhnya hukum, anda jadi anak derhaka- Dato Dr Fadzilah Kamsah.





17 February 2012

Aneh

~ Bismillah :

terpaku dan hati tersagat pilu .
keriuhan itu jauh benar mematikan lamunanku.




" kita takkan mampu menjadi kawan baik lagi.." - merajuk benar hatiku, incik bintulus..
kau benarbenar menjauh.. enggan berbaik seperti dahulu..



" sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead " - Someone like You



memiliki jalan hidup baru yang hebat, jangan lupa mensyukuri..
namun, masih ku ingat kisah semalam yang hangat..
Ya.. menjauh benar bibir memungkiri hati.
si aneh terpaku membaca tulus ingatanmu itu, orangkayaikan .
terima kasih, duhai pujangga utusan hati .



keanehan itu meniup laju kenangan lalu
terasa pipi kesat tiada lembapan..
mata membulat enggan menampung linangan
bibir dikunci rapat, masih kau dengar, suaranya aku.
biar DIA tahu, saratnya hatiku untukmu.
ku biarkan DIA membalas segalanya.
untuk setiap saat berlalu, masihku enggan menidakkannya.




13 February 2012

Kali ini yang pertama


BISMILLAH :


senyuman masih mekar,
gerun rasa sebegininya.





- Kau yang pertama, sangatsangat gentle dan berani minta izin mama untuk bawa aku keluar semalam. Act before ni pun aku ja yang bagitahu keluar dengan kau. Atlast, kau yang minta sebab aku bagi macammacam alasan untuk taknak keluar. HAHA. Thanks, Q.


- you really suprising me when my parents blessing our relationship. OHHmyQ! still hard to believe. you show me you efforts to make sure this is it, our dreams come true.
Insyaallah, everything would be okay Q.



Terima kasih, walaupun belum sepenuhnya. aku mula percaya, kau sangatsangat berusaha untuk membuktikan kau menjumpai sebahagian dirikau yang hilang kini berada dekat di hatiku, Insyaallah. semoga yang halal antara kita kelak.



~ aku masih banyak yang kosong di dalamnya. cik N :3



Alhamdulillah.



08 February 2012

berkecil hatinya

: BISMILLAH ,

manusia mudah berkecil hati, walaupun hanya gurauan semata. salah anggapan semua itu permainan emosi. Tragis, andai kita meninggalkan orang yang benar kita sayang hanya kerna menjaga kepentingan emosi.


" maaf, saya tak mampu membahagiakan awak."

"saya memang tak kenal diri awak sebenarnya, saya tak faham awak macam mana awak fahami saya.."




" cuba awak faham sikit masalah saya, saya sibuk. lain kalilah okay ! "


" sebenarnya, saya suka dia, awak. saya suka awak dan dia.. saya tak mampu buang perasaan itu kat dia. maaf."




" saya terpaksa pergi jauh lagi kali ni, maaf. baru balik dah kena travel sanasini. saya taknak hampakan parents saya. harap awak faham. "

" saya tak mampu nak percayakan awak. kita jauh. jarang berjumpa. masingmasing sibuk dengan hal masingmasing. biarlah kita bawa haluan masingmasing. kita tak mampu jadi macam duludulu lagi.."




" saya takdapat datang, kena balik kampung sekarang ni.. awak pergi sorang, boleh ? "



kerana kita pentingkan diri kita sendiri,
kita lukai dia yang benarbenar sayangi kita.
bunuh dia dengan perkataanperkataan sebegini,
mampukah dia untuk tidak berkecil hati?




" cinta tak perlukan jangka hayat untuk mati. " - N



manusia mudah berkecil hati. mudah mementingkan diri, baru bekorban sedikit kepentingan diri ni dah tak sanggup.. cuba ingat kembali, memang kita takkan mampu jadi atau ulang kembali yang semalam, tapi dengan menjadi kita yang sekarang ini, cuba jadi yang terbaik untuk diri sendiri.. hati mudah berkecil,bukan. ajarinya menjadi kuat.. agar hati mudah menerima dengan ruang yang besar. benar, kita hanya insan yang lemah dengan emosi berselirat.


hiduplah dengan perancangan, sebab itu akan membawa kita ke landasan matlamat,dengan IzinNya. "




07 February 2012

Bayaran Luka ini

: Bismillah.

Alhamdulillah, hari yang benar indah apa adanya.



" Bila keyakinanku datang, kasih bukan sekadar cinta
pengorbanan cinta yang agung ku pertaruhkan " -  Rossa



bukan mudah untuk tidak menoleh lagi ke belakang,
Dia masih ada dan takkan  pernah mampu untuk dilupai.
seakan kisah yang berbelitbelit,
sukar untuk difahami, jujurnya aku mula memberi dia peluang untuk mengubati.




- Q, please always know that I love You more than anything else in the world.




aku seakan lupa, perasaan yang aneh.
janggal dan sukar untuk aku benar tulus untuk mengatakannya
lidah telah keras untuk mengaku, benar perasaan mudah berubah.
si gadis penuh amarah dan kekecewaan bertakung, emosi berselirat ini kau mahu.
aneh yang amat, Q.






terima kasih kerana menjadi tulang belakang aku saat aku lumpuh untuk
memulakan yang baru, meninggalkan semalam yang rumit.
memaksa diri melihat dia benarbenar bahagia tanpa aku.






Ya Tuhan, dunia ini tidak ada yang kekal.
sekiranya aku bukan pemilik rusuknya yang halal, jauhkan dia dari hati ku,
hilangkan wajahnya dari mataku, kuncikan bibirku dari mendoakan dia milikku.
biar yang benar halal menanti tulus hati untuk memimpinku nanti.
biar aku pasrah jodohku itu terbaik dariMu.


~ cik N :3



03 February 2012

satu hari

; Bismillah,
syukurnya untuk hayat alam kedoploh
jasad mula menuju dewasa.





31.01.2012
terima kasih mama ayah untuk hadiah sangat istimewa
huhu Demi curve slim, Le***.
terima kasih, Q
untuk melebarkan senyumanku
act, sedih yang amat.. biar itu jadi rahsia.



satu hari ini,
mengubah angka.
wow, tak lama lagi kedutkedutan wajah ini.
tubuh mula usang, beranakpinak + kerjaya dan
tukaran status.
impak doplohan. haha. gamaknya begitu, sadis.
terima ksih pada yang mengingati hari manis itu.




Alhamdulillah,
gaji pertama ku tidak menghampakan,sangat gumbira,
penat bekerja
hilang terus bila tengok gaji. haha




okay,bulan 2 sudahpun datang.
sadis bernanah itu mengecam aku ketat.
setahun, Ya Setahun kau buat keputusan itu.
oh ya, TAHNIAH UNTUK TAHUN PERTAMA MU, MAC.
you are my early birthday GIFT.



andai ketentuan DIA itu menjamin
apa yang hakiki, biarku tabur garam pada nanahku ini.
andai kelemahan aku ini, menjadikan aku kuat nanti
biarlah aku hilangkan jerih dalam hati.





ohh jiwa. nyanyikan lagu indah
biarku lupa bisa sakitnya menyeksa
hati sendiri.