18 January 2013



Tetaplah.



Bismillah ,


 Langkah kaki ini akan terkulai.
tetaplah di jalan ini,
tak kiralah perlahan mana,
sesopek mana,
tetaplah melangkah.




mohon hati jangan mudah tunduk pada kata hati.
mohon aku benar kuat berpaut pada janji milik kita
kerna apa ada di bahu kita,berbukit citacita bersama.
di dada, sesak dan sempit dengan himpitan emosi.




aku takkan mengalah lagi ,
kerna apa yang kau korbankan demi kita,
tidaklah aku sanggup korbankan.






tiada talian komunikasi yang mendengarkan aku suaramu,
yang memperlihatkan aku, wajahmu.
namun, doalah ku kirim agar kita tetap dalam sayangNya.






debaran hujung purnama semakin gejolak jiwa
aku akan perkasakan jiwa, bentengkan emosi
dengan segala citacita kita.
semoga DIA aturkan yang baik,
untuk kita .





tetaplah di jalan ini, sabar dan tabahlah.
undur jangan walau maut menjemput
tidaklah mahu aku khianati apa itu janji.





09 January 2013

Terhentikah..



Bismillah ,


Lidah makin kelu.
diri makin dingin .



Sunyi tak bermakna SEPI .


Hidup ini penuh pilihan .
ada yang perlu diberitahu dan ada yang tak perlu orang tahu.
jadi kekal, RAHSIA ? 
sekali lagi aku diminta untuk merahsiakan.
pada dia, insan terkendung harapannya aku.



pesan mama, untuk tidak melukainya.
pesan mama untuk aku menjadi kuat
pesan mama, kerna aku mampu melaluinya.
jadi aku dikerah untuk melukai diri sendiri.




senyuman, tawa riang, becok mulutku
bila bersamanya seakan bukan lagi milikku.
sukar bagi orang yang suka menyendiri,
kembali terasing .


bagaimana kawan baik ?
bagaimana kita nanti? tetap utuh seperti dulu
atau keluarga kita bersaudara?
kamu tak perlu tahu, aku yakin aku mampu
kendong apa yang dinamakan rahsia.
kerna namaku , BISIKAN RAHSIA.






JANJIKU,
akan tetap utuh berdikari tanpamu
6bulan bukan kiraan masa,
namun pegangan takdir kita.
usah bimbang,
emosi takkan alpa, takkan ranum.
moga DIA aturkan apa yang terbaik
buat kita...




seharusnya aku bersyukur,
usia muda ini diberi ujian2 sebegini..
aku juangkan kekuatan, aku tagih ketabahan dariNya.
insyaAllah .






07 January 2013

Sepotong kek, Doa dan..



Bismillah,

   selamat ber-JANUARI semua .







Sepotong Kek, Doa dan..

seperti yang aku benar harapkan,
Januari kali ini akan membahagiakan hati kecil ini,
pada hela nafas yang bakal menganjak 21 tahun,
aku mohon, biar yang benar sayang ada di sisi
saban tahun,
saban hari aku bermimpi,
namun DIA tidak memberi apa yang aku hajati.

Januari .
bulan kelahirannya aku.
seakan di duga, ramalan itu makin kukuh terpaksi di hati.


hati, mohon kau tabah.
DIA tagih kesabaran kau dengan apa yang tertulis baik untuk dirimu.
bibir, seyumlah.
bahagiakan matamata yang mendung.
warnailah dunia kelam ini dengan seindahnya warna.


akan ada sepotong kek,
pemberian ku untuk jasad yang makin dewasa,
juga doadoa yang tiada putusnya untuk Sang Pencipta,
serta air mata yang benar ikhlas mensyukuri lahirnya aku ke dunia







*selamat jalan, Q. semoga perjalananmu sebagai Tentera dipermudahkan.
insyaallah, aku akan tetap dengan PDRM juga..
keputusan Uitm , 30 januari. andai ada rezeki Insyaallah.