29 October 2011

saya di-TAG ( ! )



HOBIN JANG HOBIN !
tahniah kepada jodohjodoh-ku sekalian yang bermain cemerlang ( lah jugak )
Kepada Kunanlan, beta peminat anda yang sangat teruja dengan persembahan anda malam semalam.
lokasi : RUMAH +Astro Arena +TV1.


okay, berbalik kepada isu di-tag ni... even mood teruja gila tunggu neghori cuti senin ni,
saya ucapkan terima kasih kepada cik SERI AYU yang menge-tag saya dalam belog beliau..


   Tag daripada Ayuyuuu


1 )  Panggilan untuk anda di rumah?
       ^ panggilan? auchhs! malu beta. Adik + Wawa + Acu ... HAHA

2 ) Sekarang belajar peringkat mana,dan course apa?
      ^ sekarang belajar peringkat pra-Universiti dalam course tutttttt (!)

3 ) seronok dengan dunia anda sekarang?
      ^ Alhamdulillah, YA dan masih mencuba untuk hidup bahagia dengan dunia saya     sekarang. yippii ^^

4 ) Upload gambar dengan bestfriend anda, tak kisah banyak manapun.

- gang bebudak mentah


- cik wiwi. Maaf tak single sudah


incik Bintulus, my GAY sejati.. Upss, maaf beliau ni milik kawan beta mey.

- kami yang manis dan memiliki diri memasing .

5 ) Hadiah ulangtahun paling sweet pernah anda dapat?
    ^ kad ulangtahun yang cantik + ayat bungabunga dari Sarawak
 ( perjalanan kad yang jauh ).. Woww ^^

6) Pendapat tentang follower dalam blog sekarang.
    ^ ahhaa.. okayla.. (act takterucap)

7) lebih prefer makan yang mana, ikan atau ayam?
   ^ makan ikan ^^

8) prefer dengar lagu yang mana, eng/kpop/nasyid?
   ^English song lahhh dari kpop bagaii. HAHA

9) first-thing-to-do bila buka internet.
    ^ mukabuku untuk diselak2 .

10) prefer mana: produk tempatan / produk  luar negara
      ^ tak kisah. janji berbaloibaloi..

11) Pendapat tentang saya yang tak seberapa ni..?
       ^ Anda blogger yang cool habis. Orang yang seunik nama.. sangat peramah.. cantik (wowowoow!) sweet habis lahh.. yoww.






p/s : terima kasih sayangsayang....

28 October 2011

memusim




ASSALAM..
sekarang musim berbasahbasahan.
itu langit asyik menangis, penat aku berjenaka tapi beliau tangkap leleh juga.
tapi takmengapa, aku suka musim berbasahbasahan ini, "lampu" liplapliplap itu cantik.
tapi maklumlah, jantung aku kerap terkujat bila dentamdentum kat luar sana.
mood : mandihujan ^^



Takpayahla buat muka kememehsememeh macam ni kalau aku cakap aku nak ubah mood buas aku kepada mood amandamai + jiwang. sesuka hati akulah kan.


gadis kacamata ini cuba sedayaupaya melupakan ketagihannya pada haruman kopi. Ye, aku tau kau sayang aku. Aku tau aku suka bebelbebel kat kau. kali ni, aku pula kena. Aku cuba avoid perasaan cintan aku terhadapnya. tapi takpelah, dapat hidu harumnyapun aku sudah bahagia .


- Lepas ni, aku akan luangkan masa lebihlebih dengan kau. Tapi kali ni, jangan cubacuba goda aku.
aku betulbetul sayang kau, cubalah bertahan semacam mana aku cuba bertahan ye.
lepas ni, harihari aku layan kau  (anime), aku layan kau ( komik komik ) balik. jangan risau, aku tak curang walau kau jauh macam manapun.



Alhamdulillah, beres semua kerja termasuk projek penyelidikan aku pasal bahasa Melayu ni.
TERIMA KASIH selori untuk gaygayku sekalian - Qimmoy & Dhaus.
punyalah teruja sampai muka aku macam tu pula.


* walau ku masih mencintaimu,ku harus meninggalkanmu.. ku harus melupakanmu..
meski hatiku menyayangimu, nurani membutuhkanmu, ku harus merelakanmu.. *
kepada hobi bendasingku, maaf. aku terpaksa korbankan segalanya
demi masaTIDURKU yang berkualiti.
HAHA~



sekian. TERIMA KASIH



- cik N 



24 October 2011

maafmaafmaaf


Debaran kian terasa.
DIAM. Aku duri yang kau tak sangka bisanya membunuh kewarasan akalmu.
( Ayat nak part macam bunga+gangster ja )


aku cilok ini gambar, sajasaja. MAAFKAN saya ~
lama waras aku tak layan menatang  ni, sesungguhnya aku takda perasaan nak melayannya lagi.
maaf incik burung buas.


- Maybe, kau tunggu aku untuk 10tahun akan datang.
bila aku yakin benar aku gadis kopi yang bakal melupakan ketagihannya pada harummu, KOPI .



~ well, adakah aku terlalu positif untuk itu.
HAHA. bapuk takkan mengaku bapuk. But for sure, aku mengaku kali ke150juta kali
aku tak gemuk, aku comel (=___=) .
* maafmaafmaaf .



okay bye.
kakak mahu konvo itu merajuk sama beta.


- cik N


21 October 2011

saya bukan awak


Assalam
Petang yang dingin, jemari kaku otak mula membeku.


Kenapa perlu nak tiru jadi aku. Kau tak perlu jadi aku. Sebab kau tak tahu apa yang sebenarnya aku lalui hingga aku menjadi aku. Kau jauh lebih unik. Akupun sama. Tapi kau hanya perlu jadi diri kau.
Senyum sahaja bila sakit itu masih bersisa. ketawa sahaja usah berpura.



Kita selalu dibandingkan dengan insan yang jauh lebih baik, (terangterang) macam perfect.
Tapi, itu bukan aku. Ambil yang positiflah kalau kita dibandingbandingkan

- mungkin orang tu nak kita bermotivasi sikit untuk melakukan anjakan paradigma. ubah manamana lompang inflasi, lompang deflasi. Lakukan sedikit perubahan pada keluk penawaran sikap kita terhadap umum.
baikpulih imbangan pembayaran dosadosa lampau. Lakukan sekatan perdagangan kejahatan kita dengan tidak melukai hati orang.


Aku hebat dengan mejadi aku, Kau hebat dengan menjadi ENGKAU. 
adakalanya terasa diri tidak sempurna gila bila berkawan dengan orang yang sentiasa bersangka baik dan sebaikbaik orang. Tipu dan melampau ah kalau aku kata aku perfect tahap karma.
Hipokrit sangat bila aku cakap aku takda perasaan.
aku ada alasan sendiri untuk melakukannya. sendiri itu lebih baik maa. Kau akan kenal mana kawan, mana lawan. siapapun yang khianati kau, kau akan baikbaik sahaja.
kita tak serupa, jauh berbeda. tapi kita samasama manusia.


 Aku gadis berkacamata, mungkin nampak sangat skema.
- awas, aku ni buas ! HAHA. aku si samurai berwajah ganas .HAHA
apa boleh buat, aku malas sudah nak pakai CL.
Kekerapan sakit kepala, silau menggila pada malam hari. 
anak mama ayah ni macammacam kan.



Ada hikmahnya kenapa aku tak boleh jadi sehebat kau, kau tak boleh jadi seunik aku.
senang cerita, ambil mana yang positif. 
Pedulikan mulutmulut yang tidak hentihenti menggelisahkan hati kau.
berbangga dan bersyukurlah dengan apa yang kau ada, OKAY.
DIA tahu mana yang baik untuk kau.
-sekian bebelan aku.



terima kasih, 

- cik  N




14 October 2011

That's all i need


ASSALAM.
MAAF
* kemalasan melanda untuk update belog (beribu malam: Part2)


aku rasa dinner tu benda biasabiasa sahaja.
Maaflah, hati aku benarbenar bukan ke arah itu, bukan keutamaan aku lagi macam tahun lepas.
masa kritikal untuk insan yang baru bangun dari koma yang sangat panjang.
MAAF sangatsangat.


saat ini, pertama kali aku rasa yakin untuk memberikannya kepada kamu.
pelik, aneh, janggal juga. Kerana aku merasakan sesuatu yang telah lama hilang, telah lama aku tidak rasai
sesuatu yang sukar untuk aku sendiri tafsirkan.


Alhamdulillah.
terima kasih mama ayah, keluargaku, sahabat-sahabat manisku.
aku hanya perlukan sokongan, doa daripada kalian untuk aku habiskan sisa waktu ini dengan kejayaan.
dan tiba masanya untuk aku perangi kemalasan otakbeku.

- mama ayah, restu, redha dan kemaafan ku pinta selalu.
izinkan hayat ini dapat berbaki dan terluang untuk menjagamu kelak.
hayat kali ini lebih tabah dan sabar untuk menjadi orang. Tidak Lut hatinya dengan kekecewaan yang melanda. Insyaallah, aku cubacuba dan cuba menjadi apa yang termampu.



- kawankawan.
kita fight siang malam belajar dan belajar. ekonomi dan sejarah.
aku kongsikan ilmu sejarah bersamasama. Maaflah, guru muda seperti ku ini tidaklah berbakat mana, berilmu mana. sekadar berkongsi apa yang ada, bantu mana yang boleh.
semoga kejayaan milik kita semua.
Insyaallah



-Awak.
kenapa aku mimpi pelikpelik. sumpah sedih, siap lencun baju.
aku bukannya jenis orang yang selalu bermimpipun. jarang gila mimpimimpi bagai kalau tidur.
makin lama, makin aku rasa jauh. terbuang kot. HAHA.
biasalah masingmasing sibuk. apa ada hal. jangan lari jauhjauh, kawan..






- Kamu
pertama kalinya aku yakin kau mampu menjaga benda tu dengan baik.
tanpa waswas, aku redhakan segalanya. terima kasih kerana menjadi kawan baik aku,
kawan yang benarbenar baik. aku sangat hargainya. kau sentiasa ada menghuruharakan hidupku
teman bergaduh, bertegang dahi belajar sama, teman yang suka kritik aku.
dulu aku ada kawan macam tu, tapi.. biasalah.
manusia berubah.


- kalian
aku tau, makin dekat STPM makin aku jadi buas.
HAHA, pembaris panjang tu memang aku sorang ja boleh pegang. sesuka hati aku ja pukul korang semua guna pembaris tu, jeritan memang menggila dalam teratak form6. tak cukup dengan tu, aku dah sebarkan virus(budaya) cubitan ke serata kelas. lawaknya, lebamlebam aku kena pun takpe..
aku sayang sewaras yang mungkin kat kalian. 
terima kasih kerana faham, akukan gangster .. terima kasih kerana menjadi teman seperjuanganku.




p/s :  harap semua ini mimpi, 8bulan yang berlalu.
selamat berjuang, masih sempat lagi untuk berusaha. bak kata cikgu- masih sempat nak taubat kalau esok nak mati. HAHA.. 
MAAFKAN AKU yang memang tak sempurna, yang terangterang mencalarkan hati anda.




that's all i need, thank you =)
- cik N 



09 October 2011

Beribu malam (part1)


Dinner Pramasis 2011.
yang terakhir kalinya untuk meraikan kami selaku seniorita, terima kasih
adik manis juniorita ^^


- without Abg long (shafiq Din)
Ikin (Asyikin Azeman)


- jejaka yang kacak bergaya pada malam itu
terutamanya incik D ^^ auchhs .



- Golongan bangsawan + warga Elit sekalian.


- Puteri kebaya dan si manis 


- Apapun boleh


- Pasangan bahagia (kott) haha..
ASWA DAN FAKAR


- si bertuah (Haziq sigaraga) yang bertuah pada malam itu
bersam si gadis yang kurang bertuah. HAHA


- bersama gay, nampak macam pasangan yang bahagia dan romantik.
TAPI
hakikatnya tidak. Kami musuh ketat, bertengkar itu perkara biasa.
maklumlah aku golongan bangsawan, dan beliau golongan hamba berhutang
(SEJARAH SUDAH)


-Permainan tiup belon oleh guru-guru tersayang
( abaikan tarikh mengarout itu okess )


- spekulasi hanya ilusi sahaja..


- Jejaka J (upper6 2011)


- kegilaan itu (mereka)
HAHA


- Jejaka rebutan ramai.
Upss.. Si Biru yang PUNYA !


* bersambung part 2

03 October 2011

kelas kau kan


LAWAK. KELAKAR. GELIMAT HATI.
Aku memang suka guna perkataan atau ayat pepelik. Mama punya "hobi" kadangkadang akupun nak join sekaki. Beliau suka keluarkan perkataan pepelik, yang kadangkadang beliau pun tak faham.


Aku pelik, atau unik jadahpun aku tak kisah.
takkanlah aku nak tiru orang, pastu "paste" kejadanya kat diri aku. Ini aku, kalau kau tak mengerti juga, sila berambus dari hidup aku. Bukan kerana aku puas berlembut dengan orang yang sekeras engkau, aku tak penat nak hadap perangai kau tu, TAPI ini aku. Aku memang TAK dilahirkan untuk menjadi DIA, atau KAU.
Memang aku dilahirkan untuk menjadi aku, tak salah menegur sayang. Tapi kalau untuk benda takda faedah kejadahnya apa?


Ikhlaskah kita memaafkan, andai masih bersisa dendam di dada, Enggan mengakui kesilapan kita, membiarkan ego berterusan membinasakan diri, akhirnya hati kau juga bernanah kembali. Kita hanya mampu merancang, kenapalah susah untuk kau hidup sebaik mungkin. Yang lepas tu, ambil yang positif sajala.
Hidup ini tak selalunya indah. Semuanya hanya pinjaman. Tiada apa yang kekal pada kita.


kau aku hirup udara yang sama, hampir sahaja nafasku terhenti bila menjejakkan kaki di sana.
tiada teringat kau kepada aku, tidak mengapa. Aku tak mengerti, kau benarbenar mengerti apa yang aku rasai, kita berada di bumi yang sama. Jarak tidaklah seinci. Anjaknya tidak juga sebatu.
Langkah sahaja penuh yakin, semua pasti akan baikbaik sahaja.
bolehkan, kalau kita hidup sahaja sebaik mungkin. 
percutian sudah tamat, terima kasih Kuching. Aku jatuh cinta di sana. Enggan pulang semula ke desa. Tahun depan KK pula <3.
okay, STPM mendekati aku. mahu sorok jauhjauh dengan bukulima. HAHA.


p/s; terima kasih hahati.
hacks- SARAWAK.

-cik N