14 October 2011

That's all i need


ASSALAM.
MAAF
* kemalasan melanda untuk update belog (beribu malam: Part2)


aku rasa dinner tu benda biasabiasa sahaja.
Maaflah, hati aku benarbenar bukan ke arah itu, bukan keutamaan aku lagi macam tahun lepas.
masa kritikal untuk insan yang baru bangun dari koma yang sangat panjang.
MAAF sangatsangat.


saat ini, pertama kali aku rasa yakin untuk memberikannya kepada kamu.
pelik, aneh, janggal juga. Kerana aku merasakan sesuatu yang telah lama hilang, telah lama aku tidak rasai
sesuatu yang sukar untuk aku sendiri tafsirkan.


Alhamdulillah.
terima kasih mama ayah, keluargaku, sahabat-sahabat manisku.
aku hanya perlukan sokongan, doa daripada kalian untuk aku habiskan sisa waktu ini dengan kejayaan.
dan tiba masanya untuk aku perangi kemalasan otakbeku.

- mama ayah, restu, redha dan kemaafan ku pinta selalu.
izinkan hayat ini dapat berbaki dan terluang untuk menjagamu kelak.
hayat kali ini lebih tabah dan sabar untuk menjadi orang. Tidak Lut hatinya dengan kekecewaan yang melanda. Insyaallah, aku cubacuba dan cuba menjadi apa yang termampu.



- kawankawan.
kita fight siang malam belajar dan belajar. ekonomi dan sejarah.
aku kongsikan ilmu sejarah bersamasama. Maaflah, guru muda seperti ku ini tidaklah berbakat mana, berilmu mana. sekadar berkongsi apa yang ada, bantu mana yang boleh.
semoga kejayaan milik kita semua.
Insyaallah



-Awak.
kenapa aku mimpi pelikpelik. sumpah sedih, siap lencun baju.
aku bukannya jenis orang yang selalu bermimpipun. jarang gila mimpimimpi bagai kalau tidur.
makin lama, makin aku rasa jauh. terbuang kot. HAHA.
biasalah masingmasing sibuk. apa ada hal. jangan lari jauhjauh, kawan..






- Kamu
pertama kalinya aku yakin kau mampu menjaga benda tu dengan baik.
tanpa waswas, aku redhakan segalanya. terima kasih kerana menjadi kawan baik aku,
kawan yang benarbenar baik. aku sangat hargainya. kau sentiasa ada menghuruharakan hidupku
teman bergaduh, bertegang dahi belajar sama, teman yang suka kritik aku.
dulu aku ada kawan macam tu, tapi.. biasalah.
manusia berubah.


- kalian
aku tau, makin dekat STPM makin aku jadi buas.
HAHA, pembaris panjang tu memang aku sorang ja boleh pegang. sesuka hati aku ja pukul korang semua guna pembaris tu, jeritan memang menggila dalam teratak form6. tak cukup dengan tu, aku dah sebarkan virus(budaya) cubitan ke serata kelas. lawaknya, lebamlebam aku kena pun takpe..
aku sayang sewaras yang mungkin kat kalian. 
terima kasih kerana faham, akukan gangster .. terima kasih kerana menjadi teman seperjuanganku.




p/s :  harap semua ini mimpi, 8bulan yang berlalu.
selamat berjuang, masih sempat lagi untuk berusaha. bak kata cikgu- masih sempat nak taubat kalau esok nak mati. HAHA.. 
MAAFKAN AKU yang memang tak sempurna, yang terangterang mencalarkan hati anda.




that's all i need, thank you =)
- cik N 



No comments:

Post a Comment