29 April 2011

impian

masa kecil, terlalu banyak masa diisi dengan angan-angan. impian yang pelbagai. ingin cepat membesar, ingin cepat dewasa. tanpa sedar, bila semakin besar, teringin kembali pada zaman hingusan..



  • KELUARGA BAHAGIA...

impikan sebuah keluarga yang sederhana, namun bahagia.. tak salahkan kalau memasang impian sebegitu. untuk kekal memang payah.. mempunyai anak-anak yang akan memeriahkan rumahku.. mempunyai kerjaya tersendiri.. indah.sulit. sedih. macam-macam perasaan yang ada nanti..sangat kelakar bila membabitkan impian yang macam ni.





  • RUMAHKU, SYURGAKU.. 

inginkan rumah yang comel, jauh daripada kekotoran kota.. permai, anak-anak bermain dengan aman di luar rumah.. sentiasa meluangkan masa dengan keluarga nanti.. rumah besar, tidak menjanjikan kebahagiaan.. rumah ini,yang akan melahirkan anak-anak yang penuh dengan kasih sayang, penuh dengan kekuatan dan ketabahan.. rumah ini, akan ada suka-duka.. akan ada pelbagai corat-coret kenangan..



  • PERKAHWINAN AKU DAN ...

paling best, bila pergi kenduri kahwin. lepas tu, kawan tanya " kau nanti nak majlis yang macam mana.?" aku pun jawablah," yang biasa. janji kekal sampai mati..".. haha.. perkahwinan,bukan mainan. tanggungjawab. kalau tak ready, tak payah nak gegedik kahwin kat lombok.. kalau ada, ada lah nanti.. aku mahu memiliki dia, bukan hanya jasad. namun JASAD yang BERJIWA..haha..lambat lagi kot. tak payah nak fikir sangatlah kan..



  • KERETA PALING MENAWAN HATIKU (!)

seriuslah, aku nak kereta macam Mr Bean. comel sangat. sangat romantik. pedulilah orang nak kata apapun. aku nak sangat ada kereta ni satu hari nanti, park dalam garaj kereta ku nanti.. memandu kereta ni bersama keluarga.. ketawa bersama.. mempunyai saat yang bahagia bersama.



  • YANG MENJADI IDAMAN..

bila baca novel, takpun tengok cerita macam cerita korea. "FULL HOUSE,MY GIRL, PRINCESS HOURS" teringin gila nak ada lelaki macam tu dalam hidup. yang tidaklah sempurna, yang selalu menyakitkan hati.. selalu akan ada pergaduhan. dan tiba saat semua itu hilang, aku akan merindui setiap detik yang berlalu. benci akan timbul sayang. HAHA. yang penting, hanya aku je memiliki dia.. fuyooh (ayat tak boleh pergi..!).. 





  • PERCUTIAN..

nak melancong ke negeri orang. nak kelilingi dunia. sangat seronok. dapat timba pelbagai pengalaman. dan berjumpa dengan manusia yang pelbagai ragam.. menikmati setiap inci ciptaan Allah.. jalan sejalannya.. kenalah cari duit lelebih. nak berkejaya. seronok, andai kita mampu bawa bersama sesiapa yang tiada kemampuan untuk pergi..



  • KEKUATAN YANG DIPERLUKAN..

melalui pelbagai pengalaman akan menjadikan anda insan yang kuat semangat, insan yang tabah. insan yang matang.. yang akan tersenyum, walaupun hatinya remuk. insan yang mampu membahagiakan insan lain, walaupun insan lain tidak mampu membahagiakan dirinya.. dugaan, mengajar kita erti kehidupan.



  • DIA, MENJADI PUJAAN HATI.. (!)

haha. comel tak? serius kipas susah mati mamat ni. dia sangat manis, sangat kiut. suka mamat ni, masa cerita Gol & Gincu. dai dengan Fazura. sangat romantik. kenapa dia? sebab nak macam dia. ohh my P. ANDRE.. saya single,saya single. HAHA..kawan aku suka kutuk mamat ni. dorang cakap "kenapa bukan Hans isac, takpun Asyraf muslim, Asyraff sinclair..?" sebab, aku nak yang biasa-biasa sahaja.. yang biasa-biasa dimata orang, dan menjadi luar biasa dimata hatiku.. yang mampu ada untuk aku.



p/s : ffahs.. thankz,

27 April 2011

Bulan Hilang Terang

KALUT, MELALUT, KEMELUT.

Bulanku hilang serinya. entah mengapa langit suram tanpa terang. aku duduk sendirian mengintai langit. ternyata bintang-bintang turut membeku. Bulan, mana serinya. mana terangnya. bintang, carilah terang yang hilang. agar langit kembali tenang.


di mana hilangnya terang.. di kaki langit aku terjatuh, terkulai, mencari terang yang hilang. jangan biarkan alam kelam. jangan biarkan alam suram, seperti hati yang malap, tiada tenang.. aku jejaki satu per satu. aku gagahi setiap persatu langkahku. masih rapuh, masih aku terjatuh, masih aku tidak tersentuh.. 

datang malam, aku tak tenang. aku perlukan terang. namun, aku tahu terang hilang.

hilang indah bulan. hilang juga tenang. usah khuatir, siang masih terang. namun takkan pernah seterang bulan. ohh bulan. buang segala kekalutan.. hadirkan ketenangan. walaupun kita berjauhan, aku tenang melihat terangmu.. hati lesu, membisu, dibius kalis luka dahulu, luka terobek kembali.sakit,tidak berdarah. mungkin kekeringan. tiada daya. tiada kudrat. di mana mahu ku buang hati. dan diganti hempedu..

salah aku, terang menghilang. jenuh aku menerang pada bulan. bulan, bulan.. akan ku temani setiap malam. biar hilang suram. walaupun adakalanya kau turut menghilang..

bulan, jangan biar siang.. biarkan alam ini kelam, biarkan ianya sepi. sepi sepertiku, manis bicara terang.
aku masih perlu terang. bulan masih perlu tenang. jangan pernah menghilang, terang..



26 April 2011

H E B A T (!)

 "..bagaimana bisa aku tak ada di setiap mu melihat. sementara ku ada, bagaimana bisa kamu lupakan yang tak mungkin dilupakan.. aku selalu cinta.. selalu cinta.... "  by kotak- selalu cinta.


lagu lama, tapi baru aku tersuka. haha. melihat gay ku menyanyi lagu ni.. dari sedih, terus boleh jadi lawak.. dengan memek muka penuh "bergaya"..

kau remove aku, tidak mengapa. aku akan belajar untuk hidup tanpa semua itu lagi. masih bertatih memberikan senyuman kepada semua. aku penat nak jaga tepi seluar kau. aku penatlah nak rasa kecewa dalam hidup. boleh bagi aku ruang. boleh bagi aku bahagia.. ada tak bahagia tu jual kat kedai..
boleh bagitau aku kat mana kedai jual spare part hati.. kalau tak boleh dan tak ada, jangan dekati aku. HAHA.. sekadar berjenaka sahaja..


" kalau takut jadi LOSER, aku merayu kau berhenti jadi manusia.."

pinjaman ayat rakanku. aku terdiam. kaku. lesu. bisu. boleh ke aku berhenti jadi manusia..
HAHA.. lepas tu, aku nak jadi apa pula. ciss.. berhalusinasi sahaja.

cukup-cukuplah, Cik N. akukan  manusia paling kejam kat DUNIA. paling buas dikalangan yang terbuas. paling ganas diantara pengganas. paling GILA dikalangan yang menggila.. manusia paling bosan dikalangan yang membosankan. hanya dengan cara itu, aku dapat belajar erti hidup aku sendiri. semuanya aku pelajari secara tak sengaja.. masih tak dapat jadi yang cukup hebat.. banyaknya cela ku.

kalau aku bukan manusia, habis tu aku siapa.. masih bernilaikah aku.. DIA uji aku, lagi dan lagi. aku terjatuh dan terjatuh lagi.. berulang kali tersungkur mencium bumi. aku masih gagah.. masih mampu berdiri. aku baik-baik sahaja.

masa takkan mampu ku putarkan kembali. semuanya sudah jadi kenangan. kelam. suram.
bulan.. hilang terang.. bergelapkah aku.. 


bukanku menghindar. bukan menghukum. bukan juga membenci.
cuma beri aku ruang bernafas dengan nafas yang penuh kekuatan untuk terus hidup.

kalau diberi peluang nak jadi loser, aku nak jadi loser yang paling bergaya, paling kental, paling hebat.
takkan ada yang berani mendampingiku. maka, hanya dengan cara itu, takkan ada yang akan disakiti.


kepada sahabat-sahabatku sekalian, rasa sakit mungkin sementara.. mungkin jua berpanjangan. namun, hakikatnya. untuk terus gagah melangkah hari demi hari.. kita perlu kuat. semua orang melakukan kesilapan. salah aku, kalian terluka. salah aku, kalian merana. salah aku, menyayangi kalian. 
S  A  L  A  H     A  K   U..


selamat tinggal hati yang penuh cela, selamat tinggal derita. selamat tinggal sayang, selamat tinggal kenangan. aku adalah aku. aku kan LANUN yang sehebat LUFFY D MONKEY. perlayaranku masih jauh. aku masih kawan kepada kalian, anak kepada mama ayah, adik paling comel kepada seisi keluarga.


terbanglah setinggi manapun, berlari sejauh manapun.. kau takkan dapat ubah apa-apa. cuma, lakukan apa yang terbaik setiap satunya. agar kau tak menyesal nanti. dan aku akan lakukannya.
M A  A  F , tiada kaitan dengan yang masih hidup.


25 April 2011

hanya 30 minit

Aku tak boleh nak duduk rumah pulak petang tadi. tak tahu kenapa hati meronta-ronta nak keluar rumah.
perjalananku bermula lepas asar. sepatutnya aku lepak dengan kawan.
tapi, tak jadi sebab aku tak jumpa dia. dengan hati yang berbunga-bunga, tetiba nak sangat lepak pantai.
A  L  O  N   E.


HAHA. lupa, perkenalkan BF aku yang kacak, tapi tak warak. motor abg ipaqlah.
mana ada duit nak beli motor, maklumlah. masih belajar. masih ditanggung. abg ipaq yang baik hati, letak motor dekat rumahku. dia bagi guna, so, guna jela. lepas gian bawak motor ni. lama tak bercanda dengan motor ni...


aku taklah berseni mana. okay, lepak saja-saja. tengok orang dating.HAHA.. haruslahkan. seriuslah.
sanggup duduk sesorang, lapangkan fikiran. 
duduk-duduk makan strepsils. ingat nak makan ais krim. tapi, kenalah berpantang. bukan pantang bersalin tu. sakit tekak. suara pun malu-malu nak ada. so, abaikan jela. no more cornetto..


tak sedar kejap je aku lepak, adalah dekat 3o minit SAHAJA. haha. kelakarlah bila ingat zaman dulu-dulu.
dating kat pantai. tak silap masa form3. Panaspun sanggup. seriusla sangat kelakar. sambut birthdaylah, berbuka puasa dengan budak kelas. mandi-manda. berkelah sana-sini. kenangan yang akan ku ingat sampai bila-bila.
nanti, kalau-kalau tak jejak kaki kat sini lagi.. mesti sangat rindu. penat juga cuci mata. sampai tak payah pakai LENS lah. HAHA.. angin sesempoi aku(?). angin laut, biasalah. balik rumah rasa macam nak demam. mata panas je. (padan muka)



jauh perjalananku dipetang hari.. WAKAKA.  sangat jauh okay. agak gila sedikit untuk amek gambar ini. nasib tak kena langgar.. ish3.


ikutkan hati, nak je langgar lori tu. sangat tidak beradab.. gambar ni takda edit pape.. sebab memang macam ni. bezanya, wartakan namaku... hanya 30 minit sahaja yang ada. seronok juga menggila macam ni.
HAHA.. tak mahu terperap di rumah. menanti kepulangan sahabat sekalian. banyak aktiviti yang direncanakan. hoho ~



p/s: ohhh.. kerja, kerja dan kerja. upss.. ujian, ujian, dan ujian. ciss(!)
mahu BERCANDA- PANDA .. PELISS3 (!)

22 April 2011

Bercanda-panda (!)


mulut kata jemu, hati kata rindu .. 




 haha.. kan senang kalau dekat kepala ada butang "remove".. senang sangat nak buang apa sahaja dalam kepala otak. ohh ya, mind you words,buddy (!). jangan cakap sesedap rasa, akupun ada hati juga. even kekadang aku suka buat TAK TAHU.. but, it hurt. aku kisahkannya. tolongla fikirkan balik apa tindak-tanduk kau tu. aku tak marah memvavi butalah. aku tak boikot secukup rasa. sakit tekak, tapi masih melantak cornetto balik sekolah. HAHA.. guess what, my dad bagilah. sweetkan beliau. so, ada MR CORNETTO II.. and i loved BOTH.


 aku tak tahu kenapa ada orang tu gila sedikit bila aku sebelah dia. kalau tak tumbuk aku, memang TAK lengkap kot hidup dia. dalah cemburu habis kat lelemak ku yang munggil (gemuk? ada aku kisah !). haha.. Yaa, dia selalu tak kisahkan aku, macam aku sangat kisahkan dia. carutan itu perkara biasa (kot) bagi dia. kesian daku.. ish3.. mangsa BULI.. tolong buat aku gila, ups. gila-gila. buat aku ketawa, jangan tinggalkan aku sesorang. takut duduk sesorang ni.. nanti kena culik (ada eh?)..


 wahh.. kerja membukitkan diri, tak sempat-sempat nak berfoya-foya. ciss.. aku harap, ONE FINE DAY.. akan ada yang sedar sesuatu..






p/s:  S  A  K  I  T   luar dan dalam   T___T

20 April 2011

studylah wei !

a

ASSALAMUALAIKUM..
dalam mood study.. M  A  L  A  S ! mama, nak kahwinlaa.. malas nak mengadap buku.
( sila tumbuk! )
menyampah, tapi benda ni bawa mati juga. ciss.. kenapalah malas rajin sangat nak bercinta denganku. shuhh3.. anda tidak diperlukan !
sedih.. sebab aku baru nak study, dah berduyun-duyun kerja datang, berpusu-pusu ujian nak dibuat. sabarlah. aku tak ready lagilah. bila result teruk, sibuklah dok mengata.
arghh ! tekanan sahaja. nak cuti, taknak ambil ujian. nak belajar dengan aman di rumah.
buat ujian, tapi dalam kepala memang TAK ada apa-apa serupa tak payah.
tak kira, aku nak sedia secukup rasa.


p/s : malas sebab aku tak tahu nak jawab apa, tengok orang lain buat dengan tekun buat aku sakit hati. bagi aku masa. aku baru nak balik ke pangkal jalan. geramlah (!)

19 April 2011

bab seterusnya

ASSALAMUALAIKUM..


i am changing myself, not to become PERFECT.. but just to become BETTER than before.. can you get it?  please guide me to find the better way. i am not changing myself because of you. but i have to change it for my FUTURE..  yes, i'll made a huge mistake and also an idiotic action.. and that make you hurt a lot.


 someone had told me before, if you want something different, you must LOOKING at yourself in a different way. yeah, sure.. thanks. i get it.. and couple of month, i'm having a really good time with someone that totally CRAZY




 ** hanya mencuba mencoretkan sesuatu dalam bahasa lain, dalam usaha memperbaiki kebocoran bahasa di sana-sini.. aku tak perlulah nak bagitau satu dunia yang aku bertemu dengan orang yang hebat, memiliki keluarga yang agak HEBAT. selain sahabat-sahabat yang hebat. aku taklah romantis. aku ganas. kalau kau tak percaya, SUKA HATI KAU. carutan sana-sini, aku tak kisah.

 kepada beliau yang sememangnya ganas terhadapku, anda berjaya membuatku melupai sesuatu, sakit. anda telah menyedarkanku betapa manusia ini sememangnya aneh.. kejayaan bermula dengan sekecil-kecil usaha. dan untuk itu,aku cuba mengubah diri yang tak boleh nak dilentur sangat (sebab dah tua). terima kasih, untuk bulan yang penuh keanehan, pelik, seram, dan malam yang "jiwang" hari itu.. terima kasih.


aku bukanlah melupakan terus. mustahil untuk melupakan. tapi hanya berlaku adil dengan diri. cukup-cukuplah. aku mungkin masih baru dalam situasi ini, tapi berpegang pada takdirku. seluruh isi alam menyaksikan kejatuhan aku. dan beruntungnya aku, masih mempunyai waktu untuk mengubah sesuatu.


p/s : terima kasih tak terhingga kepada Cik Conan, Radhie Musa, Shafiq Din, Ainaa ros'e, Fadhilah Idris, Aainaa Aqila, Adila Manapcik Seri Ayu, Asiah Adnan, Ummi Naqilah, Hafiz Hamid, Qimmoy, bebudak f6.. dan terutamanya Parents yang hebat.. terima kasih kerana telah memberikanku kekuatan untuk menjadi lebih hebat.

17 April 2011

L I F E


it doesn't how tough we are, trauma always leaves a scar. seriously, by leaving you.. all might be fine. no one will getting hurt anymore. yup. trauma messes everybody up, but think it twice. all the pain, all the fear, will keeps us moving FORWARD. maybe we have  to get messed up, before we can step up.. 




seriously, you are the best thing ever ! hey people..
just because i laugh a lot,it doesn't mean i have a perfect life or my life is damn easy.
it doesn't mean that somethings not bothering me, by having a smile on my face every day..
its too hard..
hard to stand over your love one. hard too keep you mind positively..
but, i have to do it. instead of dwelling on the past.

i'm not BEGGING to anyone, because it will hurt me twice. by having a good life is all about justice.

maybe, i'm not the right person for you to love.
yes, i don't live to please anymore.

i'll never letting you down. believes me.


sekadar hiasan

ooh yaa ! just keep on being you ARE. because that's the  BEST part of you.. 
( i wish to say it before its too late )

15 April 2011

i miss you

 "i miss u like crazy..even more than what u says.. every minute , everyday..
you are all i want, u are all i need.. cant you see what i need.. "

sudah lama tidakku dengari lagu kesukaan kakak ku ini.. dulu taklah fikirkan makna liriknya, maklumla. kanak-kanak. tidaklah begitu menyentuh jiwa seperti (kelibat kakak ku menyanyi penuh perasaan).. upss.. terkantoi sudah.

kehidupan ini tidak boleh diramalkan, bukan? kita mestilah mengharapkan sesuatu yang indah. sedar atau tidak, yang indah itu PINJAMAN SEMATA.. yang pahit pula DUGAAN melanda. haruslah aku terangkan di sini, aku bahagia dengan hidup aku. aku harap kau juga.

pernah ke aku membenci? T  I  D  A  K . sebab aku tidak layak membenci ciptaan terindahNYA. usah risau, segala rasaku hanya sementara. siapa kata hidup ini semudah 1,2, 3? takpun selancar A, B, C ? bukankah kita dilahirkan di dunia dengan 1 matlamat jelas, sebagai HAMBA yang tunduk pada DIA yang Esa.

ohh.. usah ungkapkan rindu.. usah bermain kata dengan aku. hey, AKU BUKAN BEGITU.. even aku tak lawa, tapi aku comel.. (sila tumbuk..!) haha.. sekadar bercanda..


aku nak berlaku jujur, boleh? ;
  • uda, wawa rindu kamu. Ya, adikmu yang suka membakar api kemarahan kamu ini meronta-ronta ingin memelukmu. ingin bergurau sana-sini,ingin merasai  ikan asam cili padi  Uda yang S  E  D  A  P. even wa boleh masaknya sendiri.. sayang, i miss you..
  • incik orang kaya, aku tak berdendam dengan kau. walau macam mana pahitpun kenangan yang tercipta, aku hargai setiap detik kau bersamaku. kerna takdirku, pernah mempunyai kamu sejenak.. terima kasih .
  • sahabatku, hafiz. kaukan gay aku. mana boleh aku nak anggap kau lelebih. sebab kau kawan baik akulah. nanti kau taknak kawan aku dah. HAHA.. comel doh kau gelabah.
  • cik ayu, walaupun pada mulanya wa kemaluan mahu melayan kamu yang berkunjung di rumahku, tapi pelikkan. macam lama kenal. kamu cantik. sangat matang.. suka G I L A gaya kamu !
  • shaf, terima kasih. walaupun kau suka melakukan kekerasan.. (tumbuk-tumbuk) dah macam sambal belacan dah, even kau suka panggil aku gemuk. memberi carutan apapun, aku tak kisahkannya. sebab, kau kan gila. HAHA. kau sangat HEBAT. sejam satu msj. laju gila kau reply. ais krim? ya, anda comel begitu. sangat manis. terima kasih singgah sejenak di hati.
baiklah. itu sahaja yang termampu. sekian.

14 April 2011

salah aku.

assalamualaikum..
aku minta maaf, sebab keterlanjuran aku. memang aku tak dapat kawal diri lagi.. "sorry, my bad". kira, aku tewas kali ni, tak terdaya menahan marah.. kau kena ingat, kau sentiasa bermain dengan api. sebab, tu aku taknak jadi macam dulu lagi.. TOLONGLA, aku merayu.. aku penat bersabar, penat menghormati orang.. tolongla jangan menduga kemarahan aku.

kau buat aku penat, kau buat aku lesu.
kerja menimbuh minta disiapkan, menghitung hari untuk menghadapi UPP2..
aktiviti yang banyak, memisahkan aku dengan keluarga.

kira, aku hanya suka melihat dan mendiamkan diri.. aku kata apapun tak L U T.
nak bergurau boleh, sebab aku memang suka bergurau..
ohh ya, kawan yang jauh.. incik orang kaya ikan.
tolonglah jangan panggil aku C  A  N  T  I  K.. orang yang dengarpun geli.
kau salah menilai, cantik itu B U K A N aku.. betul, aku masih waras. sekadar bercanda-panda itu tidak mengapa. aku tidak kisah..

okay, kau (yang dimaksudkan) kata aku tak pernah rasa dikhianati? kau silap besar. kau turut katakan aku TIDAK pernah terluka? LAGIlah kau salah..
tapi, tak mustahil untuk kau kata macam tu. sebab aku selalu buat muka dengan kau. okay, aku bagitau apa yang takda sekarang.
" tak ada hadiah , tak ada I LOVE YOU, tak ada gayut malam, tiada lagi sms berjela.. tiada lagi handphone melekat ditangan.. skype sudah berhabuk, 3G tidak terusik.. dan tiada dating time semester break." 
T I A D A dan T I A D A.. 

kau boleh faham sekarang? aku macam bukan dulu. yang selalu nak sms, selalu nak call.. handphone pun malas nak cas. aku cuba bagi komitmen. andai kau tak sudi, angkat kaki awal-awal. " jangan buat aku berharap." ? aku tak suka bagi harapan.. kau fikirlah yang baiknya. aku tak kisah. aku minta maaf.

12 April 2011

Muda Remaja

 ASSALAMUALAIKUM...


   kali ini aku tetiba dalam mood "mengutuk".. haha.. kenapa..? sebab aku terlihat dan terbaca dan turut mendapat dosa, hasil caci-maki, maki-samun seantero adik remaja kini.. anda masih TAK FAHAM..?? perasan tak, kalau adik-adik muda punya status dekat FACEBOOK macam mana.. contohnya : " qaw engat qaw cantek ke? muke macam b*** adew haty nak rampas balax akuh dowh".. takpun : " kaw bajet, kau hot, sumew kaw nak.. lan*** lah.. s*** punyew orang.. akuw hentaq kaw t, taw lah"..  mana pergi bahasa INDAH, budi bahasa yang dibangga-banggakan dahulu.. MELAYUKAH aku ? aku melayu, dimondenkan dengan perlakuan barat.. kebebasan bersuara ternyata hanya sia-sia.. masih bersisakah puitisnya bahasa melayu itu..? masih berbaki indahnya.. kalau nak bandingkan  Bahasa ENGLISH mereka pun taklah seberapa nak bagus..  M A L U  dan S E G A N  melihat perlakuan sebegitu..


   kenapa tersebarnya bahasa  P E L I K   ini di merata tempat.. memang aku  L  E  M  A  S  membacanya.. hilang kesantunan berbahasa.. hilang sudah harga diri.. untuk apa kita memperlihatkan amarah kita kepada umum..??  memikirkan betapa   R O S A K N Y A   anak melayu kini, aku terdiam kaku.. buntu...  bagaimana dengan generasi akan datang, anak-anak permata negara yang bakal memimpin negara.. ini yang harus kita banggakan..? ketinggian ilmu tidak bermakna andai kesantunan tiada..


aduh.. memang aku bukan berseni orangnya, cuma masih meyimpan cebisan kecintaan terhadap bahasa ibunda sendiri, hingga aku tidak memahami longhat nogori.. malahan tidak fasih bertutur bahasa nogori sendiri. kenapa? sebab aku menjunjung bahasa kebangsaan itu sendiri.. adik-adik.. sayangilah bahasa ibunda anda.. aku tidak tahu apa yang harus dilakukan.. sampai dalam Blog pun pengaruh ini tersebar.. sedihnya.. memang melayu takkan hilang di dunia.. namun ketulenannya, MASIH wujudkah nanti? takut memikirkan kedewasaan yang melanda.. meruntunkan keredupan hati aku ketika ini.. aku tahu, akupun tidaklah sempurna bahasanya, namun masih punya cinta yang nyata terhadap bahasa.. ya, aku berbangga.. dilahirkan sebagai   M  E  L  A  Y  U    dan beragama indah ,   I  S  L  A  M ..  bezanya aku, aku tidak juga sempurna namun masih mencuba membaiki cela.


p/s ;  hati menjadi lesu memikirkan keanehan sejagat kini..

09 April 2011

Pencuri hati

" Gelap bukan Malam, Terang bukan Siang.. satu Tak terbilang..."


 aku tak tahu kenapa, lirik tu selalu ada dalam kepala.. even aku tak tahupun lagu tu, lagu apa.. ishh! terukla aku ni.. dalah penangan Dangdut (pengaruh ateh) tebal dalam hati.. mana taknya, karok pun bantai lagu dangdut.. lagi-lagi lagu Asyik2..perghh... memang tak boleh "blah".. 
" saling menyakiti.. tanpa sedar melukai.."


 aku taknak fikir yang lepas.. bak kata Aainaa Aqila.. "remove" semua pasal dia.. memang dia sahabat yang baik.. kira, dia lagi HEBAT... tapi, nak buat macam manakan.. setakat itu sahaja.. ikut bicara Seri Ayu, yang molek.. "semuanya hanya pinjaman semata..".. betullah..




"  you're simple in every single ways.. make me smile.. make me cry.. AND make me mad too.. now, you are everything for me.. why? because i'm ready to create something new, with you.. remove  the "memories".. i keep telling myself.. " do i really want great person like you..".. " Y E S".. please.. do not ask my past again.. let it be.. yes, sweetie.. i'm FINE with you.. "

 you are my M O O N..
guide me when i'm in the  D A R K ..
keep shining my night with L  O  V  E ..
Y E S.
i'm really want to stole you H E A R T

P L E A S E..

never ignore me  L I K E  before..
never LEAVE me  A L O N  E  just like last week..

i   P R O M I S E   you..
i'll never looks back just like before..
you are my  F O C  U S   P O I N T 

p/s : i wanna grab you heart.. "download" it in my heart too

06 April 2011

buletin F6

terhangat sekitar KELAB BUJANG F6...


 cerita kali ini mengenai gelagat rakan kelas, yang LAWAK.. berstatus bagai yang pelik, kelakar, mahupun emo...

 ehem2, haruslah status mamat berhati kering ini.. LAWAK sangat sebab macam tak PERCAYA je... okayla, orang bercinta memang macam ni kot. QIMMOY, terbaiklah.. HAHAHA.. aku tak sangka dan tidak terduga kau akan berkata sedemikian.. yela, muka nak ala-ala Kemawas, lepas tu, first time aku tengok status kau macam tu, paling best, bila tengok kau DRIVE.. perghh.. mantapla.. kira, kau okaylah.. normal.. sebab kau kan suka kutuk aku macam-macam.. aku memang suka buat-buat marah.. tapi tak marah.. kau memang menguji kesabaran seh..HAHA.. p/s : aswa, jangan jeles k.. aku suka tengok kawan lelaki drive kereta.. nampak macho.. itu sahaja.. tiada maksud yang lain.. cukupla yang ada ..




HAHAHA.. aku tak boleh blah betullah dengan Bob punya status ni.. harusla aku gelak.. tangan tak cukup masa menaip blog ni... maklumla, ada anak kecil dipangkuanku... Bob, relaxla.. semua ni hanya dunia sahaja.. pinjaman semata.. anugerah yang indah, tetapi amat menyakitkan untuk dilalui.. kalau ada,adalah Bob.. 1 fine day, kau akan rasa juga.. bezanya, masa yang menentukan.. chaiyok2.. bukan semua perempuan nak yang kacak, ada yang menilai hati budi lelaki itu sendiri.. hukum hidup adil lah bro.. kalau tak, kenapa ada je couple  bf kacak, gf, tak lawa.. takpun, gf punya lah HOT, datangkan bf.. perghhhh.. (kau faham2 jela).. serius ke Bob.. pasal apa yang kau tulis sebelum tu.. sedih kot.. banjir rumah aku, nangis.. HAHAHA..




 seterusnya, pergaduhan manja aku dengan FBI.. hihi..  aku berlaku jujurpun tak boleh.. serius lawak seh ada kawan dengan kau, nak tau tak.. kau memang dah berubah gila sekarang, 12tahun dahulu.. kau sorang yang sangat misteri.. senyap je.. sekarang, aku yang merosakkan kau.. ajar kau bergosip... merayau poie hospital, WITHOUT  lesen motor.. lepak rumah kau buat RC.. parking motor kat rumah kau pagi-pagi, nak pergi sekolah..skip kelas, sebab aku ketua.. karok lagu dangdutla.. aku kan ganas? haha... aku sayang kau. tapi, tak boleh kahwin pula..(gurau jela).. kau hebat, aku malu dengan kau.. sebab, soal family, aku memang down habis.. kau tau aku macam mana dulukan.. teruk.. nasib kau bimbing aku ke jalan yang benar, even jalan tu kau tak nampak sangat sebab rabun.. HAHA..




 mira, kau kan kawan aku.. memangla kau pelik.. memang kau ada perasaan macam aku.. cuma, kau belum mahir untuk meluahkannya.. aku tak salahkan kau, sebab kau mungkin trauma.. tapi, kira belum terlambat untuk kau berubah,bukan untuk kami.. untuk diri sendiri.. kadang-kadang tak sanggup tengok, asyik kau kena drop.. tapi, kau kena biasakan bercanda-panda.. jangan terlalu serius, ikut fakta dalam buku lah apa.. aku kagum, kau banyak membaca.. tapi, takkan aku nak bercanda-panda terencat. sebab aku tak banyak membaca macam kau.. serius weyh.. kau memang pandai.. papepun, kau ingat rumah aku lagikan.. haha.. rasa-rasa masih sudi nak lepak, lepak jela.. aku tak kisah. best borak dengan kau sampai pukul2-3 pagi..




 dan ini PALING aku tak sangka juga.. patutla ada orang jeles juga.. tak sangka aku selalu hinggap kat wall orang tu, dulu.. pekara yang memang aku tak rancang.. bila tengok balik, macam tak sangka semuanya berlaku.. so, kawan-kawan.. janganlah anda cari pasal dengan kawan sendiri.. HAHAHA... semua ni ada hikmahnya.. tapi, apa yang berlaku seterusnya, kita tidak mampu menduga, keran sudah tertulis sejak azali.. hati manusia berubah-ubah, sebagaimana siang berganti malam.. aku memang suka drop orang macam kau. sebab, aku tak suka tengok kau termenung bagai.. susahlah nak tengok kau betul-betul happy tahun lepas.. tak banyak cakap sangat.. haha.. tahun ni, terbalik pula.. aku yang emo.. haha.. entahlah..




 gosip terhebat bagi aku, sebab aku terkejut GILA tahap KEMAWAS dah kot.. tidak sangka.. tidak terduga.. sebegini rupanya sahabat.. aku punyalah semangat, gembira lah.. mana tak happy, kawan bahagia.. Ejad, aku punyalah harap kau okay.. yela, aku pun seksa diri juga dulu.. macam tak guna je bunyi, tapi aku cukup serius untuk itu.. aku harap kau okay..kalau kau happy,kita tumpang sekaki.. HAHA.. tapi, HARUSLAH ada tapi.. rupa-rupanya....


bersambung.....

04 April 2011

akupun tak tahu

begitu indah
perasaan ini
sukar untuk dimengerti..
payah untuk difahami..
setelah apa yang terjadi...
sememangnya aku inginkan yang abadi..

mungkin pernah kau terluka
mungkin juga aku yang leka..
harus ada apanya..
untuk mengintai bahagia bersama..

pernah ada benci..
pernah juga aku menghindari..
namun apa yang terjadi..
masih sulit untuk difahami..
hadirlah kau disisi..
membantu aku memahami
setiap satu ilusi
yang terpahat di hati..

03 April 2011

MUET ...

nothing much to says.. hope tomorrow will be fine.. i'm not sure about tomorrow.. might be okay, or F***.. ohh.. cant control my mind.. chill.. too busy with my family for whole day.. Ya Allah, please make it easy.. i'm begging YOU please..




yeah... anyway, sweet dream.. sweetie.. good luck to all candidate.. chaiyok3 !

01 April 2011

konklusinya

mengapa ku sangka panas sampai ke petang,
namun seringkali hujan di tengahari...




 aku masih membaiki diri, masih jua rapuh begini.. ohh.. bersediakah aku untuk melalui FASA yang bakal aku hadapi setelah sekian lama aku tinggalkan status itu.. mampukah aku bertahan sebagaimana yang aku lalui dahulu.. aku enggan menoleh lagi kebelakang, enggan menjadi orang yang acapkali mempermainkan perasaan orang.. TIDAK ! aku takkan jadi begitu lagi.. susah payah aku meninggalkan semua itu, takkan aku mahu mengulangi kisah yang tidak sempurna itu.. bahagialah kalian dengan hidup kalian.. sesungguhnya, peluang kedua itu memang TIADA untukku.. yang kelakarnya, orang takkan percaya kalau ianya berlaku.. kenap harus jadi begitu.. entahlah...


  berikan aku ubat kalis rindu, kalis cemburu untuk aku jalani kehidupan yang NORMAL.. aku tak mahu mempunyai perasaan yang bukan-bukan.. erti kata lain, perasaan yang membebankan orang lain.. dan untuk itu, apa yang harus aku lakukan? membenci? menghindar? menghilangkan? melupuskan? aku benar-benar buntu.. benar-benar sakit begini.. untuk apa aku diperlakukan sebegini? atas segenap dosa terdahulu? sakit yang ditanggung oleh yang terdahulu, akhirnya aku merasainya semula.. adil,bukan? hukum karma.. buat baik dibalas baik.. andai aku, berbuat baik namun dibalas jahat? apa yang harus diperkatakan lagi.. memang jalan takdir ku sebegini, haruskah aku pasrah segala yang terjadi.. memiliki apa yang BUKAN sepatutnya aku miliki.. dia masih tercari-cari, untuk apa aku setia disisi.. benarkah aku yang bersalah ke atas segalanya.. mungkinkah aku yang melumpuhkan segenap derianya? Ya Allah, berikan aku kekuatan yang nyata, yang mampu untuk membuatku hidup sendiri.. tanpa perlu menyakiti dan disakiti.. aku mahu dia bahagia, dan aku BUKAN penghalangnya.. andai takdirku, aku TIDAK boleh memiliki.. andai benarlah aku bukan pemilik rusuknya, maka jauhkanlah segala rasa.. hindarkan segala rasa yang memungkinkan aku ingin sentiasa memilikinya.. dan akhir rasa ini, hapus aku..


  aku tidaklah layak untuk merasa sedih, gelisah.. terhindar.. aku inginkan bahagia, bahagia yang enggan mendampingiku.. benarkah begini? aku hanya memberi andaianku sahaja.. maafkan aku, andai ini membabitkan semuanya, ya.. benar. memang aku tidak sempurna dan tidak pernah berharap untuk menjadi sempurna.. sejujurnya, aku mula ingin menerima dan membina yang baru. namun, tiada rezeki.. mungkin.. aku jujur dengan segalanya.. serius dengan setiap satunya.. tiada masa untuk bermain kata.. konklusinya, aku akan teruskan kehidupan.. dengan rasa yang menghindari setiap yang pernah aku alami.. kau tidak bersalah, langsung tidak berkenaan.. mungkin, terlalu indah. hingga tak terdaya aku  memiliki.. benar, usah risau atau jemu.. aku kan pergi andai itu jalan terbaik untukmu.. kejarlah bahagiamu, dan aku kan sentiasa disini... sampai jasad ku mereput, terputus nyawa.. maka, hilanglah segala rasa... terima kasih..


p/s : tetiba je.. khas untuk baby anis yg suruh aku buat novel.. HAHAHA