26 April 2011

H E B A T (!)

 "..bagaimana bisa aku tak ada di setiap mu melihat. sementara ku ada, bagaimana bisa kamu lupakan yang tak mungkin dilupakan.. aku selalu cinta.. selalu cinta.... "  by kotak- selalu cinta.


lagu lama, tapi baru aku tersuka. haha. melihat gay ku menyanyi lagu ni.. dari sedih, terus boleh jadi lawak.. dengan memek muka penuh "bergaya"..

kau remove aku, tidak mengapa. aku akan belajar untuk hidup tanpa semua itu lagi. masih bertatih memberikan senyuman kepada semua. aku penat nak jaga tepi seluar kau. aku penatlah nak rasa kecewa dalam hidup. boleh bagi aku ruang. boleh bagi aku bahagia.. ada tak bahagia tu jual kat kedai..
boleh bagitau aku kat mana kedai jual spare part hati.. kalau tak boleh dan tak ada, jangan dekati aku. HAHA.. sekadar berjenaka sahaja..


" kalau takut jadi LOSER, aku merayu kau berhenti jadi manusia.."

pinjaman ayat rakanku. aku terdiam. kaku. lesu. bisu. boleh ke aku berhenti jadi manusia..
HAHA.. lepas tu, aku nak jadi apa pula. ciss.. berhalusinasi sahaja.

cukup-cukuplah, Cik N. akukan  manusia paling kejam kat DUNIA. paling buas dikalangan yang terbuas. paling ganas diantara pengganas. paling GILA dikalangan yang menggila.. manusia paling bosan dikalangan yang membosankan. hanya dengan cara itu, aku dapat belajar erti hidup aku sendiri. semuanya aku pelajari secara tak sengaja.. masih tak dapat jadi yang cukup hebat.. banyaknya cela ku.

kalau aku bukan manusia, habis tu aku siapa.. masih bernilaikah aku.. DIA uji aku, lagi dan lagi. aku terjatuh dan terjatuh lagi.. berulang kali tersungkur mencium bumi. aku masih gagah.. masih mampu berdiri. aku baik-baik sahaja.

masa takkan mampu ku putarkan kembali. semuanya sudah jadi kenangan. kelam. suram.
bulan.. hilang terang.. bergelapkah aku.. 


bukanku menghindar. bukan menghukum. bukan juga membenci.
cuma beri aku ruang bernafas dengan nafas yang penuh kekuatan untuk terus hidup.

kalau diberi peluang nak jadi loser, aku nak jadi loser yang paling bergaya, paling kental, paling hebat.
takkan ada yang berani mendampingiku. maka, hanya dengan cara itu, takkan ada yang akan disakiti.


kepada sahabat-sahabatku sekalian, rasa sakit mungkin sementara.. mungkin jua berpanjangan. namun, hakikatnya. untuk terus gagah melangkah hari demi hari.. kita perlu kuat. semua orang melakukan kesilapan. salah aku, kalian terluka. salah aku, kalian merana. salah aku, menyayangi kalian. 
S  A  L  A  H     A  K   U..


selamat tinggal hati yang penuh cela, selamat tinggal derita. selamat tinggal sayang, selamat tinggal kenangan. aku adalah aku. aku kan LANUN yang sehebat LUFFY D MONKEY. perlayaranku masih jauh. aku masih kawan kepada kalian, anak kepada mama ayah, adik paling comel kepada seisi keluarga.


terbanglah setinggi manapun, berlari sejauh manapun.. kau takkan dapat ubah apa-apa. cuma, lakukan apa yang terbaik setiap satunya. agar kau tak menyesal nanti. dan aku akan lakukannya.
M A  A  F , tiada kaitan dengan yang masih hidup.


No comments:

Post a Comment