06 April 2011

buletin F6

terhangat sekitar KELAB BUJANG F6...


 cerita kali ini mengenai gelagat rakan kelas, yang LAWAK.. berstatus bagai yang pelik, kelakar, mahupun emo...

 ehem2, haruslah status mamat berhati kering ini.. LAWAK sangat sebab macam tak PERCAYA je... okayla, orang bercinta memang macam ni kot. QIMMOY, terbaiklah.. HAHAHA.. aku tak sangka dan tidak terduga kau akan berkata sedemikian.. yela, muka nak ala-ala Kemawas, lepas tu, first time aku tengok status kau macam tu, paling best, bila tengok kau DRIVE.. perghh.. mantapla.. kira, kau okaylah.. normal.. sebab kau kan suka kutuk aku macam-macam.. aku memang suka buat-buat marah.. tapi tak marah.. kau memang menguji kesabaran seh..HAHA.. p/s : aswa, jangan jeles k.. aku suka tengok kawan lelaki drive kereta.. nampak macho.. itu sahaja.. tiada maksud yang lain.. cukupla yang ada ..




HAHAHA.. aku tak boleh blah betullah dengan Bob punya status ni.. harusla aku gelak.. tangan tak cukup masa menaip blog ni... maklumla, ada anak kecil dipangkuanku... Bob, relaxla.. semua ni hanya dunia sahaja.. pinjaman semata.. anugerah yang indah, tetapi amat menyakitkan untuk dilalui.. kalau ada,adalah Bob.. 1 fine day, kau akan rasa juga.. bezanya, masa yang menentukan.. chaiyok2.. bukan semua perempuan nak yang kacak, ada yang menilai hati budi lelaki itu sendiri.. hukum hidup adil lah bro.. kalau tak, kenapa ada je couple  bf kacak, gf, tak lawa.. takpun, gf punya lah HOT, datangkan bf.. perghhhh.. (kau faham2 jela).. serius ke Bob.. pasal apa yang kau tulis sebelum tu.. sedih kot.. banjir rumah aku, nangis.. HAHAHA..




 seterusnya, pergaduhan manja aku dengan FBI.. hihi..  aku berlaku jujurpun tak boleh.. serius lawak seh ada kawan dengan kau, nak tau tak.. kau memang dah berubah gila sekarang, 12tahun dahulu.. kau sorang yang sangat misteri.. senyap je.. sekarang, aku yang merosakkan kau.. ajar kau bergosip... merayau poie hospital, WITHOUT  lesen motor.. lepak rumah kau buat RC.. parking motor kat rumah kau pagi-pagi, nak pergi sekolah..skip kelas, sebab aku ketua.. karok lagu dangdutla.. aku kan ganas? haha... aku sayang kau. tapi, tak boleh kahwin pula..(gurau jela).. kau hebat, aku malu dengan kau.. sebab, soal family, aku memang down habis.. kau tau aku macam mana dulukan.. teruk.. nasib kau bimbing aku ke jalan yang benar, even jalan tu kau tak nampak sangat sebab rabun.. HAHA..




 mira, kau kan kawan aku.. memangla kau pelik.. memang kau ada perasaan macam aku.. cuma, kau belum mahir untuk meluahkannya.. aku tak salahkan kau, sebab kau mungkin trauma.. tapi, kira belum terlambat untuk kau berubah,bukan untuk kami.. untuk diri sendiri.. kadang-kadang tak sanggup tengok, asyik kau kena drop.. tapi, kau kena biasakan bercanda-panda.. jangan terlalu serius, ikut fakta dalam buku lah apa.. aku kagum, kau banyak membaca.. tapi, takkan aku nak bercanda-panda terencat. sebab aku tak banyak membaca macam kau.. serius weyh.. kau memang pandai.. papepun, kau ingat rumah aku lagikan.. haha.. rasa-rasa masih sudi nak lepak, lepak jela.. aku tak kisah. best borak dengan kau sampai pukul2-3 pagi..




 dan ini PALING aku tak sangka juga.. patutla ada orang jeles juga.. tak sangka aku selalu hinggap kat wall orang tu, dulu.. pekara yang memang aku tak rancang.. bila tengok balik, macam tak sangka semuanya berlaku.. so, kawan-kawan.. janganlah anda cari pasal dengan kawan sendiri.. HAHAHA... semua ni ada hikmahnya.. tapi, apa yang berlaku seterusnya, kita tidak mampu menduga, keran sudah tertulis sejak azali.. hati manusia berubah-ubah, sebagaimana siang berganti malam.. aku memang suka drop orang macam kau. sebab, aku tak suka tengok kau termenung bagai.. susahlah nak tengok kau betul-betul happy tahun lepas.. tak banyak cakap sangat.. haha.. tahun ni, terbalik pula.. aku yang emo.. haha.. entahlah..




 gosip terhebat bagi aku, sebab aku terkejut GILA tahap KEMAWAS dah kot.. tidak sangka.. tidak terduga.. sebegini rupanya sahabat.. aku punyalah semangat, gembira lah.. mana tak happy, kawan bahagia.. Ejad, aku punyalah harap kau okay.. yela, aku pun seksa diri juga dulu.. macam tak guna je bunyi, tapi aku cukup serius untuk itu.. aku harap kau okay..kalau kau happy,kita tumpang sekaki.. HAHA.. tapi, HARUSLAH ada tapi.. rupa-rupanya....


bersambung.....

No comments:

Post a Comment