27 April 2011

Bulan Hilang Terang

KALUT, MELALUT, KEMELUT.

Bulanku hilang serinya. entah mengapa langit suram tanpa terang. aku duduk sendirian mengintai langit. ternyata bintang-bintang turut membeku. Bulan, mana serinya. mana terangnya. bintang, carilah terang yang hilang. agar langit kembali tenang.


di mana hilangnya terang.. di kaki langit aku terjatuh, terkulai, mencari terang yang hilang. jangan biarkan alam kelam. jangan biarkan alam suram, seperti hati yang malap, tiada tenang.. aku jejaki satu per satu. aku gagahi setiap persatu langkahku. masih rapuh, masih aku terjatuh, masih aku tidak tersentuh.. 

datang malam, aku tak tenang. aku perlukan terang. namun, aku tahu terang hilang.

hilang indah bulan. hilang juga tenang. usah khuatir, siang masih terang. namun takkan pernah seterang bulan. ohh bulan. buang segala kekalutan.. hadirkan ketenangan. walaupun kita berjauhan, aku tenang melihat terangmu.. hati lesu, membisu, dibius kalis luka dahulu, luka terobek kembali.sakit,tidak berdarah. mungkin kekeringan. tiada daya. tiada kudrat. di mana mahu ku buang hati. dan diganti hempedu..

salah aku, terang menghilang. jenuh aku menerang pada bulan. bulan, bulan.. akan ku temani setiap malam. biar hilang suram. walaupun adakalanya kau turut menghilang..

bulan, jangan biar siang.. biarkan alam ini kelam, biarkan ianya sepi. sepi sepertiku, manis bicara terang.
aku masih perlu terang. bulan masih perlu tenang. jangan pernah menghilang, terang..



No comments:

Post a Comment