31 May 2011

MALAM (?)



malam-malam buat hati bengkak, bukan. mungkin angin malam ni bawak segala kepiluan di pagi hari. sapu bersih kesedihan, kesukaran, kepiluan.
tu yang mendayu-dayu hati bila dengar lagu apapun. HAHA.
lagu ni, kompem-kompem aku tak larat bawak. suara "jantan" manalah nak lepas.

duopolohempek jam aku nak dengar lagu ni. kalau dulu PYTB. 

lagu ni, aku TAK TUJUKAN pada sesiapa okess. tiada langsung. cuma aku suka lirik dia jekot.
aku tak suka manapun kat minah yang nyanyi lagu ni, sebab gara-gara SPA-Q dulukan.
effect habis kat aku punya hati.


bicara selalu manis. lama-lama jadi racun. semua tak berbaloi.


itu yang aku selalu dengar dari hampir semua kawan aku. adoi. relaxlah. benda sakit ni memang GURU terbaik, bahkan PENAWAR untuk masa hadapan.

hati bukan takda bunga-bunga. cuma dah habis diracun je hari tu. mati semua bunga-bunga yang mekar indah. nak jaga punyalah payah, bertahunlah juga. alih-alih, mati sudah. nanti-nanti lah aku tanam pokok kaktus terus. tahan lasak sikit. tanpa air masih boleh hidup, azam dan cekal nak hidup dalam hati aku, itupun kalau mampu nak hidup dalam hati aku lah kan. bukan apa, tak suburlah tanah dalam jiwa aku babe. dah tercemar. akupun tak tahu kenapa. mana nak dapat tanah subur? ada jual ke. takpun amek tepi-tepi jalan, tanah bakau. macam mama selalu amek kat kampung..

aku jiwang maa. kadang-kadang taknak tunjuk. buat muka 'kering'. sapa nak, kan?
mukapun stok "pecah rumah", memang TAK lah orang pandang. haha.
aku sangat. sangat. sangat suka bercanda. mental kena kuatlahkan. cuma kadang-kadang mental tak kuat. emosi terlebih suntik dalam jiwa. mudah banjir pipi aku. itu DULU lah kan.

senyumlah dunia. lihat apa ada dalam taman tandus jiwa aku. aku belum mula bercucuk tanam dalam hati aku. biar jela bersemak samun. malas nak berkebun. bunga-bunga asyik mati je. jenuh kot nak tanam, tanam, tanam. tanah nampak benor tak subur. HAHA. nasib-nasib.
TERIMA KASIH.


30 May 2011

CECUTI (!)


hey, hai people.
act ini kek bDay anak buahku. 
kejelosh-an melanda hatiku. KEK gila comey. even my mum tak bagi potong ini kek. haha. siap bergaduh dengan anak buahku. anyway, sayang. ACU sayang budak nakai sorang, DAYANG INTAN SHAFINA BT MALIK KAMARULIMAN. selamat kelahiran ke -9 tahun.


 ini my sis, mama dan anak buahku. Najmi sangat nakai. saja sakat mama, nak cabut kepala patung kat kek tu. Jejemi memang, dalah demand gila. bDay orang lain. dia pun nak hadiah juga. act, masa ni aku sangat sibuk. snap pic orang guna cem ateh. kat phone, sangat sedikit. RUGI. RUGI.


boleh tak incik kekasih hati beli ini patung untuk saya. BUT, kenalah temuduga incik bakal kekasih dulukan. boleh update setiap hari kat ini belug, untuk jadi manisan kepada si manis. hahaha. penat merayu kat mama. yela, rm49.90. memang TAK lah kalau kena duit sendiri (sedikit kedekut). Mama tak mahu belikan. kesedihan melanda. tapi sumpah comey ini patung. boleh tak sesiapa belikan ini patung untuk aku. hihi.


 mama dan Cik Zan. hihi. sangat penat tunggu ini orang shopping-mupping. hampir berkurun juga lah. dan aku lepak jela dengan ayah kat tempat lelaki. pilihkan t-shirt untuk ayah. tapi, asal aku pilih je.. memang harga "hebat" . mana taknya, ayah cerewet. aku sangat suka t-shirt polo. kalau belipun, nak bagi siapa. ayah memang taknak aku bagi baju kat dia dah. dia cakap aku belajar lagi. okay, tak beli. lihat. jeling-jeling. fikir duapolohompek kali pasal itu t-shirt. akhirnya, ayah beli juga t-shirt Bon** untuk dia. aku tak bernafsu nak shopping. maybe penat kenduri tak hilang. aku hanya beli album gambar dan sedikit hadiah untuk manisan hati.


 okay, next. petang tu mama seret aku ikut juga pergi beli kain. yela, untuk raya. aku rasa better beli dah siap jekan. dan seperti biasa, aku akan berebut dengan mama. kain aku suka, mama pun suka. maknanya aku dah pandai pilih kain. yela, mama cerewet bab pilih kain ni. akhirnya aku berjaya juga dapatkan kain aku nak. mana taknya. kain mama 3-4 lai. aku selai. okay lah tu. lama bertempek kat Jakel. ayah tunggu dalam kereta. tak lah lama. 2 jam lebih je. HAHA. mama pilih, tak hinggat. sampai bil, ayah nak bayar. apa boleh buat. geleng kepala jela tengok bil tukan. anak dara ayahpun ramai. HAHA. mama buat muka tak bersalah je. 



move on ke topik lain.
aku tak pasti dengan apa yang aku rasakan. maksud aku, yang benar-benar aku rasakan.
redha ke aku dengan semua ini. titis kedinginan menyentuh birai hati. terkaku aku kesejukan. palsu ke senyuman aku. bukan nak jiwang, kata berbunga-bunga. act, apa sebenarnya yang aku rasa. sinar harapan tu memang wujud ke untuk insan seperti aku. biar masa berlalu, mencuci parut lama.

kenapa peluang kedua macam selalu takda untuk aku. kenapa. kenapa.

cuti ini, bagi aku masa lebih untuk menilai semula. boleh pulangkan balik pada aku, apa yang kau ambil sebelum ni. boleh pulangkan manisan hati aku yang kau culik. boleh tak bagi balik pada aku, aku sanggup bagi nyawa aku sebagai tukaran . apa sahaja, asalkan aku dapat balik apa yang hilang.

 aku hanya mampu tersenyum. tersenyum. walaupun hati aku sumpah sakit. kau mungkin tak rasakannya.
baguslah kau tak rasa. mungkin ambil masa seumur hidup untuk pulih sepenuhnya.
aku bahagia, kalau lihat kalian bahagia .



aduh hati. janganlah buat hal lagi. diam. jauh. jauh .pergi semua apa yang tercangkir di hati. benar kata bFF ku. bukan mudah sebenarnya. kenapa aku tak pernah rasa macam ni. 
haha. sekadar bercanda ria. mainan emosi si anak kecil.
terima kasih

29 May 2011

what more can i say..

 "Babe, I am just too eccentric for normal human being." I am not eccentric in the easiest way you can say. I am not "complicated" nor am I "unique". I am just what you called an IKEA item. You know IKEA stuff? They look good and such a good idea when you first saw it. And then you bought it, it becomes a pain in your heart. Yes, I am just like that. but,all the pain will teach you much.

I like stuff with reasons people do not understand .


I just want to be normal when others want to be different and then end up being too normal that I actually want to be different again.


I have a love-hate relationship with everything and everyone.
Sometimes I am afraid of losing someone and sometimes I'm not.
I can hate a guy just because he thinks I'm special.


One may think I'm really funny while another will think my jokes are too much to handle.
I'm a hot-tempered person like my paternal grampa but do not let go like my maternal grampa. Which makes me someone who gets emotional too quickly and yet keeping it inside. Which I think is a bad combination to be a human, and a good combination to be in a state of depression. HAHAHA..



I remember. I can't not remember or forget stuff. People say you forgive and forget but I can never forget. It's like I don't have a delete button in my brain laptop.
And the best part is that: You get to see all of this after knowing me for three months. That is why I always give a man three months to run away.


but, when three month passed. mean that, yes. i'm serious with you and our relationship.
i'm not the girl, when you leave me. i will begging you please accept me back. NOPE ! i'm not begging to anyone. because, it too much. just leave and never turn back.


i'm dislike people who always say that i am pretty. NO,i'm not. i'm just love be myself at all. so, accept me as who i really was. i will loved you more than you do. so please. don't you ever try to break my heart.


thank you. later darling.

25 May 2011

kontra

Assalam.. syukur aku masih bernyawa lagi. kesakitan , hanya sementara sahaja. moga terhapus segalanya.


K .  O  .  N  . T .  R  .  A

kenapa hidup ni ada kontranya. baik mesti ada jahat. dosa dan pahala.
cantik dan kurang cantik. bijak dan kurang bijak. cepat dan lambat. kaya dan miskin.
ini kuasa ALLAH, MAHA ADIL sayang.

terbukti sudah segalanya. kenapa perlu post kali ini pelik. act, aku terfikirkannya.
yela, aku golongan yang menentang manusia yang tak adil.
tak adil macam mana?

manusia yang memilih bulu dalam hidup mereka. taknak bF/gf, hodoh, tak handsome, miskin. penuh cacat cela. taknak bergaul dengan orang yang tidak bijak. orang kaya yang hanya tau menindas orang miskin. pembunuh binatang kejam. sesiapa yang melakukan kekejaman. senang cerita, aku memang tak sukakan kekejaman, kekerasan, paksaan.

terkadang kita terlalu impikan keindahan, namun, keindahan itu takkan pernah kekal.
TAKKAN.

hidup ni, apa yang kekal? semua akan luntur. percayalah. kalau kita buat orang, kita kena balik. bezanya, cepat atau lambat. rasanya, semua orang merasainya, bukan.
tak perlu nak menjaja cerita sedih untuk meraih simpati.  aku memang tak boleh tahanlah dengan manusia yang menipu macam ni. yela. fikirlah perasaan orang yang bebetul percaya dengan tipu helah. tak ke kesian.  aku merayu jangan berlakon lagi macam ni kepada sesiapa yang masih melakukannya. 


ada yang mengatakan, bahwa dia jadi tidak terkawal, terlalu sosial kerana tak dapat rasa kasih sayang parents. hey ! kira bersyukur masih ada parents. anak yatim piatu, merempat di jalanan tidak punyai harta, masih mampu berdiri di bumi Allah.


jangan salahkan orang kenapa kita jadi teruk, jahat.
sebab aku pun pernah rasa macam tu.
akhirnya, kita yang rugi. sahabat hanya anugerah yang boleh menyesatkan kita, atau boleh bimbing kita. 
salahkan diri sendiri yang mudah tergoda.

jangan lupa, kita sama sahaja di sisiNYA. segala yang kita ada ni, hanya pinjaman
P  I  N  J  A  M  A  N .


 semua orang ada masalah masing-masing. kadang-kadang memang rasa tak kuat. memang rasa penat. sebab itu, perlukan kekuatan, ketabahan. keyakinan.
percaya padaNYA.


pulang ke pangkal jalan itu lebih baik dari meneruskan perjalanan memvavi buta.
TERIMA KASIH.

23 May 2011

HATI MANIS

kau terlalu indah. terlalu sempurna. terlalu menjagaku.
terima kasih,
H  A  T  I    M  A  N  I  S .




ini si manis, manisan saya. hihi. kawan baik, baik kawan.
okay. hari ahad lepak dengan BfF. niat nak tengok wayang. NUR KASIH.
nasib abang ipar memainkan peranan penting.
booking tiket awal-awal, sebab kalau lambat memang TAK DAPATLAH nak tengok kan.
act, pergi Jj. tak tahu kenapa. meluat pula jejak kaki kat situ. macam tak percaya jekan.
dulu nak hari-hari date kat situ. HAHA. orang macam ulat. ramai sangat.
nak taknak, redah jela.


lama sangat tak melepakkan diri dengan baik kawan. haha, serius habis.
seronok sangat, lagi-lagi semua memang gila-gila.
Dil (berbaju purple) kena usha dengan pak G jJ. haha. yela, pak G muda. tengok amoi comel bawak kereta, memang terpikat habislahkan. act, nak seludup air ni masuk wayang. malang, tak lepas. makanan je seludup. tapi nak mati tercekik buatlah kan Ros'e. kelakar. penat buat muka kesian. tak lulus juga.


NUR KASIH.
memang Nur Amina perempuan yang hebat. tabah. kental.
akupun segan. dugaan dia memang berat. tapi, kalau Allah dah izinkan dia kuat,
maka, memang kuat.  jalan cerita menarik. cuma terlalu cepat. teringin nak nangis. sebab dah selsema sebelum mula cerita. tapi, tak sempat nak sedih-sedih, dah habis.
tapi, kagum gila dengan watak tu. kalaulah aku sekuat dia.
sempurna. beruntungla orang yang dapat Nur Amina versi realiti. hihi..



nilah Ros'e. hihi. teman semenganjingan. best lepak dengan dia, sebab dialah reporter terhebat.  anda tau anda memang maniskan. terima kasih, sebab setia. sebab tak dustakan kata-kata. sebab tak berkasihan dengan hak orang lain. sebab selalu push aku jadi matang. jadi golongan pemikir. kau hebat dalam mengkritik aku. nanti kita pergi karok pula ya. perempuan sahaja. anda hebat. nanti kita luangkan masa bersama sampai lebam okay. serius, kau memang comel seh. terima kasih.


ini budak, banyak pandai. berjaya menamatkan asasi dengan penuh bergaya. haha. SINGLE ya. auchh. sayang kamu, Dil. tak sangka kamu akan tanya soalan begitu. terkejut tau. serius, kamu makin matang,kagum. act, Naj macam budak-budak lagi. segan saja. kamu drive gila hebat. berani habiskan. fokus sambil bergosip. sorry, Naj selsema, tak berapa nak aktif sangat dalam kereta. 
tak kisahlah. selamat sampai dan pulang. syukur. mungkin kita bukan golongan yang terdesak nak ada peneman (bf). seronok begini. kita bukan golongan yang terdesak nak ambil hak orang lain. bukan juga golongan peracun dalaman, haha. golongan yang memang caring habis kat hak orang. kita hanyalah kita. ketawa bila dunia semakin menyesakkan minda.


bila fikir-fikir balik, terlalu banyak kenangan terpahat di hati.
kita tak perlu terburu-buru mengejar sesuatu. saling menyokong satu sama lain, itu memadai. sahabat, pernah kita bercerai. pernah kita bersatu.
tiap satunya mengajar kita erti kehidupan.
terima kasih dan bersyukur mempunyai sahabat seperti anda.

tak dilupakan, FBI. anda telah sebarkan virus kepadaku.
sayang anda ketat-ketat.


ohh ya. incik orang kaya ikan.
tahniah. anda berjaya menemui perempuan yang cukup sempurna.
terasa bersalah, janji dengan akak conan. dan rakan.
tapi tak mengapa, setia menemani. 
INSYAALLAH.

sekian. terima kasih.

21 May 2011

Kembali

"Berulang kali telahku cuba membuka hati untuk yang lain. namun semua berakhir kerana cintaku untukmu.. "  cinta ini untukmu- BINTANG.


bagai baru terjaga dari mimpi yang panjang.
semua sudah berubahkan. perubahan apakah ini, hingga menarik seluruh nafasku.
pergi. tiada ketemu jalan kembali.
bagaikan mimpi ngeri yang berpanjangan.
untuk menerima sebuah hakikat yang sulit. memang payah, bukan.

terkadang kita fikirkan, bahwa semuanya okay sahaja.
tanpa. tanpa. tanpa.
namun, akan ada ruang kekosongan yang mengisi lompang dalam hati.



akan ada sesalan. akan ada kenangan yang mencuit hati.
akan ada hati yang merindu. mula hati enggan menerima hakikat sebenar.
sukarnya melupakan. 

sila jangan jatuh cinta, hati.
sila jangan pernah ada perasaan itu lagi.
sila jaga dan rawat apa yang perlu hingga tidak berbekas lagi.
sila lupakannya.

memang, sukar. memang tak kuat. memang tak guna.
bukan bermakna kau tak sempurna.
terlalu indah. hingga tak termampu aku miliki.


ke manaku pergi, kenangan pasti akan mengekoriku pergi.
langkah kakiku dibayangi bayanganmu.
ke mana harus aku melangkah pergi.


hati pedih melihat kau tertawa bahagia.
hati sedih melihat kau tersenyum ceria..
cemburukah aku dengan kebahagiaanmu, TANPA AKU.
 kau kata aku segalanya, kau kata takkan mampu bahagia tanpa aku.
tapi semua itu hanya dusta belaka.
kenapa.


tidak terkesankah tahun-tahun kita bersama.
susah senang, kita tetap bersama.
bukan mudah bagiku, membuka hati untukmu dahulu.
terlanjur aku mencintaimu sebegini.
akhirnya aku yang terluka. dan terluka.


kau tersalah sangka.
kau kata hatiku bukan untukmu.
haruskah kau katakan begitu padaku..

kembali. tolonglah kembali.
untuk kali pertama aku merayu padamu, jangan pernah pergi.
untuk kali ini, kembali semula padaku
kembali. kembali. kembali.
hubungi aku.
aku menanti dan menanti. 
air mata silih berganti menitis tanpa henti.


maafkanku.. aku tak pernah melupakan..
TAKKAN .






p/s : post kali ni dituju khas untuk Nazatulamrah.. aku sayang, kamu. tolonglah kuatkan hatimu.

20 May 2011

perhaps love

lagu korea ini dari cerita fav aku. haha. tetiba rasa nak khatam balik tengok cerita Princess Hours, masa cuti sekolah nantikan. tak tahu kenapa suka sangat dengar ni.. saja mencoretkan sedikit mengenai lirik lagu yang sudah dialih bahasa. kalau tak, tak faham der maksudnya. hihi.. mungkinkah cinta? akupun tak tahu.


I don't know when it all started
When my head became dizzy with thoughts of you

These thoughts would often pop up in my mind
I feel anxious as my heart expands towards you

It's nothing.. it's just a little thing
Your words are awkward to me

Is it love? If you feel the same way, is it a beginning? 
My heart keeps saying it loves you
It screams out for the whole world to hear
Why has it taken so long for me to hear it~?
We've finally met.. finally found love

If I wanted to show you how I feel
The only way would be for you to become me

I'm already inside of you
Just like you're inside of me

To each other
We may already be too accustomed

Is it love? If you feel the same way, is it a beginning?
My heart keeps saying it loves you
It screams out for the whole world to hear
Why has it taken so long for me to hear it~?
We've finally met.. finally found love

When I think about it
I realize how many moments there were when my heart trembled
I'll try as harder as I was late in realizing my feelings

I'll be with you, I'll only give you fond memories
Please don't ever leave me again
Even the shortest moments without you make me uneasy
Please stay by me~

I already love you so much (you're the only one)




p/s : saya KENAL sayang saya.. muahaha. mahu jejaka ini lohh ^^

17 May 2011

BERSABARLAH ..


selalunya, bila habis baca Yasiin. ada baca doanya kan. selalunya aku hanya mengaminkan sahaja. tiada ketahui maksudnya. tapi, kekesalan menjenggah dalam jiwa insan  yang alpa sepertiku. betapa mendalamnya maksud doa itu.. betapa Allah sentiasa ada bagi orang-orang yang sabar..


BERSABARLAH.
"Dia sedang menguji kita, wahai umat MUHAMMAD."

terkedu aku bila mendengarnya. MALU. KESAL. HIBA.
betapa aku insan kerdil yang enggan meminta pertolongan dariNya. sedangkan Dia sentiasa ada. SENTIASA.


dugaan kali ini amat-amat berat buat kami. setiap satunya ada dugaan yang mendampingi kami, "sabarlah, sesungguhnya Dia maha mengetahui setiap satu yang terjadi."

tak pernahkah kau sedar.
aku yang selalu ada di sisimu dahulu. aku yang selalu ada waktu kau susah dan senang.
hingga berjaya menjejakkan kaki ke sana. dan aku?
masih di sini. sesaat tidak pernah melupai. sukarkah bersama aku.

tak pernah ke kau hargai.
aku yang menawarkan kasih sayang yang tiada duanya buat insan seindahmu.
di saat yang lain menghindarimu, aku yang mendampingimu. ikhlas. tiada niat tersembunyi.
tidak pernah ke kau terfikir semua ini..


fikirlah wahai insan.
aku yang selalu ada saat kau kesedihan. binggung. celaru. marah.
aku yang selalu ada. adilkah aku dilayan sebegini hanya kerna masa silam yang menyakiti.
berdosakah aku berada di sisimu.
salah aku kerna mendampingi, menyayangi. mengasihi.

tidak mengapa. cuma hanya meluahkan apa yang tidak terluah.
MAAFKANLAH.


" Maha suci Zat yang menghilangkan segala kehinaan,Maha suci Zat yang menghilangkan kedukaan, Maha suci Zat yang memerintahkan apabila mengkehendaki sesuatu hanya berkata, "KUN". maka jadilah ia.
Wahai Zat yang menghilangkan dukacita.. Wahai Zat yang menghilangkan, hilangkanlah.. hilangkan dari kami segala kesusahan dan dukacita kami.. '
AMINN..

15 May 2011

K O N O N

J  I  W  A  N  G .

mungkin juga aku jiwang. satu perubahan juga. sebab hanya membatu, membisukan diri.
membina tembok yang tinggi.
perubahan usia pasti mematangkan diri, mungkin.


sedih. marah. gembira.
M  E  R  A  N  A .


kadang-kadang kita rasa hidup ini macam sangat tak adil terhadap diri kita.
terasa mahu pergi dan teruskan melangkah.
tapi tak terdaya. langkahku rapuh. tak terdaya mahu pergi.
kenapa.


Pilihan . memilih. terpilih. dipilih.
aku tak suka membuat pilihan. sukar. menyeksakan. sebab tu aku tak izinkan sesiapa memilih.
aku tau. aku yang harus pergi. aku yang harus membuat pilihan.
terkadang bait perit akan merobek hati.
senyuman tampak usang di muka. suara tenggelam dimamah sengsara.
sesulit mana, aku harus hadapinya.


kira lihat orang bahagia, KONON akupun bahagia. menafikan. dan menafikan kenyataan perasaan.
sendiri pujuk hati sendiri. KONON, tak apa sakit.
KONON kuat semangat. KONON, tak ada rezeki. KONON, aku okay sahaja. KONON, sanggup bekorban apa sahaja demi sahabat. KONON, jiwa kental.
KONON aku sangat membenci. KONON, aku sudah tidak memerlukan.
tapi kenapa tangisan masih berbaki lagi.
kenapa mesti K O N O N  sahaja.
kenapa perlu berpura-pura. hey HATI. tak payahlah nak tamak sangat.
tak perlu nak hipokrit.
butakan mata. pekakkan telinga.


manis bicara. bukan mainan lagu jiwa.
langkah yang terhenti pasti akan terdaya untuk pergi nanti.
dugaan hidup memaksa kita untuk teguh berdiri. untuk kental menghadapi.
lebih sabar dan paling penting, lebih mengenali diri sendiri.
semangat mana yang dipuja, takkan sehebat semangat yang ada pada diri kita.
DIA menguji kita, tanda sayangNYA terhadap kita kan.
S  E  N  Y  U  M  sahaja.
semoga tabah menghadapi dugaan Illahi.


13 May 2011

BERUBAH

manusia berubah sepantas kerdipan mata. terlalu menyakitkan. terlalu sukar untuk diterima dek akal. manusia, tak mudah menghargai apa adanya hingga benda itu hilang dari pandangan mata. hilang buat selamanya.
M  A  N  U  S  I  A.


aku pernah juga jadi begitu. padahnya, diri sendiri. mood berubah-ubah. perkara biasa. perempuankan. kadang-kadang kita tersalah buat penilaian. tersalah membuat keputusan. tersalah dalam membuat pilihan. kita harap, apa yang kita pilih itu mungkin cukup baik. tapi kita salah.
sebab itu, kesakitan selalu menjadi penawar di masa depan.
kita cukup matang untuk memikirkan sesuatu yang rumit. tidak lagi memaki sesuka hati.
tidak lagi ingin menyakiti orang yang kita sayangi.


Penyesalan.
sudah lapuk, mungkin. tiada kudrat untuk aku tangisi apa yang telah terjadi. suratan atau kebetulan itu akupun tak pasti.
mungkinkah ramalanku benar belaka. persinggahan mana yang boleh bermakna bagi aku.
boleh terangkan kat aku. kenapa mesti aku lalui apa yang tak mahu lalui.
kedegilan biasanya akan memakan diri. SELALU.

aku sendiri lagi.
bersama gay sana-sini.
cukup-cukup. aku tak mahukannya lagi. mungkin yang terakhir kali.
maaf bukan lagi penyeri.


kini aku pasti. lanjutan umur pasti punyai jalan yang tersendiri.
takkan goyah lagi. yang lepas hanya kenangan yang abadi.
bukan aku mengulit apa yang pernah terjadi. ketahuilah aku memang sangat pasti.
untuk pergi dan pergi.

K  E  N  A  P  A.
kau berubah. kau mengubah. kau terubah.
sulitkah bersamaku. terlalu menyakitkan, kawan. kenapa. kenapa mesti aku yang laluinya.
kenapa mesti aku hadapi satu persatu kehilangan.
aku tak sanggup lagi. aku jerit sekuat mana, aku merayu serayunya, mereka takkan mengerti. takkan pernah fahami.
terbuang aku. hanyut.


"dikutipku bila sudi,
di bila tidak, dibiar mati,
dan lebih menyakitkan—
ku tetap tunggu di tepi jalan.

seperti tak pernah ku ada harga,
seperti tak pernah kita bersama,
seperti tak pernah kau mahu aku,
--tak pernah rindu
--tak pernah rayu
--dulu. "



terima kasih.