13 May 2011

BERUBAH

manusia berubah sepantas kerdipan mata. terlalu menyakitkan. terlalu sukar untuk diterima dek akal. manusia, tak mudah menghargai apa adanya hingga benda itu hilang dari pandangan mata. hilang buat selamanya.
M  A  N  U  S  I  A.


aku pernah juga jadi begitu. padahnya, diri sendiri. mood berubah-ubah. perkara biasa. perempuankan. kadang-kadang kita tersalah buat penilaian. tersalah membuat keputusan. tersalah dalam membuat pilihan. kita harap, apa yang kita pilih itu mungkin cukup baik. tapi kita salah.
sebab itu, kesakitan selalu menjadi penawar di masa depan.
kita cukup matang untuk memikirkan sesuatu yang rumit. tidak lagi memaki sesuka hati.
tidak lagi ingin menyakiti orang yang kita sayangi.


Penyesalan.
sudah lapuk, mungkin. tiada kudrat untuk aku tangisi apa yang telah terjadi. suratan atau kebetulan itu akupun tak pasti.
mungkinkah ramalanku benar belaka. persinggahan mana yang boleh bermakna bagi aku.
boleh terangkan kat aku. kenapa mesti aku lalui apa yang tak mahu lalui.
kedegilan biasanya akan memakan diri. SELALU.

aku sendiri lagi.
bersama gay sana-sini.
cukup-cukup. aku tak mahukannya lagi. mungkin yang terakhir kali.
maaf bukan lagi penyeri.


kini aku pasti. lanjutan umur pasti punyai jalan yang tersendiri.
takkan goyah lagi. yang lepas hanya kenangan yang abadi.
bukan aku mengulit apa yang pernah terjadi. ketahuilah aku memang sangat pasti.
untuk pergi dan pergi.

K  E  N  A  P  A.
kau berubah. kau mengubah. kau terubah.
sulitkah bersamaku. terlalu menyakitkan, kawan. kenapa. kenapa mesti aku yang laluinya.
kenapa mesti aku hadapi satu persatu kehilangan.
aku tak sanggup lagi. aku jerit sekuat mana, aku merayu serayunya, mereka takkan mengerti. takkan pernah fahami.
terbuang aku. hanyut.


"dikutipku bila sudi,
di bila tidak, dibiar mati,
dan lebih menyakitkan—
ku tetap tunggu di tepi jalan.

seperti tak pernah ku ada harga,
seperti tak pernah kita bersama,
seperti tak pernah kau mahu aku,
--tak pernah rindu
--tak pernah rayu
--dulu. "



terima kasih.

2 comments:

  1. "dikutipku bila sudi,
    di bila tidak, dibiar mati,
    dan lebih menyakitkan—
    ku tetap tunggu di tepi jalan.

    seperti tak pernah ku ada harga,
    seperti tak pernah kita bersama,
    seperti tak pernah kau mahu aku,
    --tak pernah rindu
    --tak pernah rayu
    --dulu. "


    entry kali ni sedih, sama mcm ape yg ayu rsa ;'(
    kuatkan diri, najwa naqiah sayang .

    ReplyDelete
  2. hmm.. susahkan ayu.. bila kawan rpat buat jiwa kacau. hihi. Insyaallah. terima kasih. hope, kamu pun sama k, cik ayu manes. lovee youuuu

    ReplyDelete