30 May 2011

CECUTI (!)


hey, hai people.
act ini kek bDay anak buahku. 
kejelosh-an melanda hatiku. KEK gila comey. even my mum tak bagi potong ini kek. haha. siap bergaduh dengan anak buahku. anyway, sayang. ACU sayang budak nakai sorang, DAYANG INTAN SHAFINA BT MALIK KAMARULIMAN. selamat kelahiran ke -9 tahun.


 ini my sis, mama dan anak buahku. Najmi sangat nakai. saja sakat mama, nak cabut kepala patung kat kek tu. Jejemi memang, dalah demand gila. bDay orang lain. dia pun nak hadiah juga. act, masa ni aku sangat sibuk. snap pic orang guna cem ateh. kat phone, sangat sedikit. RUGI. RUGI.


boleh tak incik kekasih hati beli ini patung untuk saya. BUT, kenalah temuduga incik bakal kekasih dulukan. boleh update setiap hari kat ini belug, untuk jadi manisan kepada si manis. hahaha. penat merayu kat mama. yela, rm49.90. memang TAK lah kalau kena duit sendiri (sedikit kedekut). Mama tak mahu belikan. kesedihan melanda. tapi sumpah comey ini patung. boleh tak sesiapa belikan ini patung untuk aku. hihi.


 mama dan Cik Zan. hihi. sangat penat tunggu ini orang shopping-mupping. hampir berkurun juga lah. dan aku lepak jela dengan ayah kat tempat lelaki. pilihkan t-shirt untuk ayah. tapi, asal aku pilih je.. memang harga "hebat" . mana taknya, ayah cerewet. aku sangat suka t-shirt polo. kalau belipun, nak bagi siapa. ayah memang taknak aku bagi baju kat dia dah. dia cakap aku belajar lagi. okay, tak beli. lihat. jeling-jeling. fikir duapolohompek kali pasal itu t-shirt. akhirnya, ayah beli juga t-shirt Bon** untuk dia. aku tak bernafsu nak shopping. maybe penat kenduri tak hilang. aku hanya beli album gambar dan sedikit hadiah untuk manisan hati.


 okay, next. petang tu mama seret aku ikut juga pergi beli kain. yela, untuk raya. aku rasa better beli dah siap jekan. dan seperti biasa, aku akan berebut dengan mama. kain aku suka, mama pun suka. maknanya aku dah pandai pilih kain. yela, mama cerewet bab pilih kain ni. akhirnya aku berjaya juga dapatkan kain aku nak. mana taknya. kain mama 3-4 lai. aku selai. okay lah tu. lama bertempek kat Jakel. ayah tunggu dalam kereta. tak lah lama. 2 jam lebih je. HAHA. mama pilih, tak hinggat. sampai bil, ayah nak bayar. apa boleh buat. geleng kepala jela tengok bil tukan. anak dara ayahpun ramai. HAHA. mama buat muka tak bersalah je. 



move on ke topik lain.
aku tak pasti dengan apa yang aku rasakan. maksud aku, yang benar-benar aku rasakan.
redha ke aku dengan semua ini. titis kedinginan menyentuh birai hati. terkaku aku kesejukan. palsu ke senyuman aku. bukan nak jiwang, kata berbunga-bunga. act, apa sebenarnya yang aku rasa. sinar harapan tu memang wujud ke untuk insan seperti aku. biar masa berlalu, mencuci parut lama.

kenapa peluang kedua macam selalu takda untuk aku. kenapa. kenapa.

cuti ini, bagi aku masa lebih untuk menilai semula. boleh pulangkan balik pada aku, apa yang kau ambil sebelum ni. boleh pulangkan manisan hati aku yang kau culik. boleh tak bagi balik pada aku, aku sanggup bagi nyawa aku sebagai tukaran . apa sahaja, asalkan aku dapat balik apa yang hilang.

 aku hanya mampu tersenyum. tersenyum. walaupun hati aku sumpah sakit. kau mungkin tak rasakannya.
baguslah kau tak rasa. mungkin ambil masa seumur hidup untuk pulih sepenuhnya.
aku bahagia, kalau lihat kalian bahagia .



aduh hati. janganlah buat hal lagi. diam. jauh. jauh .pergi semua apa yang tercangkir di hati. benar kata bFF ku. bukan mudah sebenarnya. kenapa aku tak pernah rasa macam ni. 
haha. sekadar bercanda ria. mainan emosi si anak kecil.
terima kasih

No comments:

Post a Comment