15 May 2011

K O N O N

J  I  W  A  N  G .

mungkin juga aku jiwang. satu perubahan juga. sebab hanya membatu, membisukan diri.
membina tembok yang tinggi.
perubahan usia pasti mematangkan diri, mungkin.


sedih. marah. gembira.
M  E  R  A  N  A .


kadang-kadang kita rasa hidup ini macam sangat tak adil terhadap diri kita.
terasa mahu pergi dan teruskan melangkah.
tapi tak terdaya. langkahku rapuh. tak terdaya mahu pergi.
kenapa.


Pilihan . memilih. terpilih. dipilih.
aku tak suka membuat pilihan. sukar. menyeksakan. sebab tu aku tak izinkan sesiapa memilih.
aku tau. aku yang harus pergi. aku yang harus membuat pilihan.
terkadang bait perit akan merobek hati.
senyuman tampak usang di muka. suara tenggelam dimamah sengsara.
sesulit mana, aku harus hadapinya.


kira lihat orang bahagia, KONON akupun bahagia. menafikan. dan menafikan kenyataan perasaan.
sendiri pujuk hati sendiri. KONON, tak apa sakit.
KONON kuat semangat. KONON, tak ada rezeki. KONON, aku okay sahaja. KONON, sanggup bekorban apa sahaja demi sahabat. KONON, jiwa kental.
KONON aku sangat membenci. KONON, aku sudah tidak memerlukan.
tapi kenapa tangisan masih berbaki lagi.
kenapa mesti K O N O N  sahaja.
kenapa perlu berpura-pura. hey HATI. tak payahlah nak tamak sangat.
tak perlu nak hipokrit.
butakan mata. pekakkan telinga.


manis bicara. bukan mainan lagu jiwa.
langkah yang terhenti pasti akan terdaya untuk pergi nanti.
dugaan hidup memaksa kita untuk teguh berdiri. untuk kental menghadapi.
lebih sabar dan paling penting, lebih mengenali diri sendiri.
semangat mana yang dipuja, takkan sehebat semangat yang ada pada diri kita.
DIA menguji kita, tanda sayangNYA terhadap kita kan.
S  E  N  Y  U  M  sahaja.
semoga tabah menghadapi dugaan Illahi.


4 comments:

  1. DIA menguji kita, tanda sayangNYA terhadap kita kan.
    S E N Y U M sahaja.
    semoga tabah menghadapi dugaan Illahi.

    :')

    ReplyDelete
  2. itu yg termampu.. pasti ketemu jalan yg benar2 tulus utk org bsabarkan..

    ReplyDelete
  3. whoaaaaa.....suke2....sbaor ye adik syg....

    ReplyDelete
  4. haha.. isyaallah, kak.. harap2 lah

    ReplyDelete