05 May 2011

IKHLAS

  
"...damn. damn. damn.
what i'd do to have you here, near.
i wish you were here..."

selalu aku buat muka toya. tiada perasaan. membekukan jiwa. senyuman tampak usang di muka.
perhiasan apa yang harus aku perlihatkan kepada semua. 
menyendiri. tersembunyi. bersendiri. disembunyi.

biarkan lagu itu terus berputar. biarkan jiwa terus dimamah usia. biarkan sahaja apa orang nak kata.
selagi mereka mampu untuk berkata-kata. kata nista bukanlah segalanya.
berbicara. bercanda mesra.berpautan kemana. pasti akan ada celanya.


kawan buat lawak yang tak seberapa nak lawak ;

aku ; HAA HAA HAA. ( diam kembali ).
kawan aku : HAAAA HAAAA. kau boleh TAK ketawa tu ikhlas sikit. (!)
aku: okay. HAAA HAAA. okay, dah.
kawan aku: okay. gila aku melayan kau.
aku: GILA EH..
kawan aku : kau ni PELIKLAH. adoh hai.
aku: P  E  L  I   K  (?)

itu baru sedikit, kawan. aku memang orang tidak berperasaan sebenarnya. gemar menyorokkan mimik muka sebenar. terlalu melindungi hati dan perasaan sendiri. sendiri pujuk hati sendiri. rawat luka sendiri.
kadang-kadang terlalu lurus. kalau aku cakap aku TAK TAHU, memang aku TAK TAHU dan TAK AMEK TAHU.
aku gemar mendiamkan diri. melihat orang sekeliling. memerhatikan mereka merupakan rutin harian aku.
aku hanya AKTIF sekiranya memang dalam hati macam nak mati.
aktif bila ada yang merangsang untuk aku berkata-kata.

I K H L A S

orang kata jika kita terlalu melindungi diri kita, kita banyak ketinggalan pengalaman yang beharga.
ikhlas. bukan aku tak ikhlas. aku tak minta apa-apa kat kau kan. dan aku memang nak buat kau rasa dihargai.
ikhlas. aku bila gelak bebetul susah nak berhenti. yup. aku akan lepaskan tawaku sekali apa yang ada dalam hati. sebab tu lambat nak berhenti. kawan, aku ikhlas, insyaallah. aku redha dengan semuanya.
bahkan aku cuba membaiki cela, tapi bukan dengan hamburan nista..
walaupun akan ada satu keputusan yang akan melukai hati hati insan sekeliling.
tapi tolong, izinkankan aku. restui aku. sokong aku.


bila sudah terlalu banyak luka, memang akan ada banyak parut. 




kawan. bukan aku tak ikhlas. terkadang niat hanya untuk berjenaka. ikhlas itu perlu.
> kau adakalanya terlalu menyakitkan. adakalanya terlalu manis. dan adakalanya terlalu suram. adakalanya terlalu sempurna. terima kasih kawan. buat aku terus ketawa. terus menggila. terus mengganas. terima kasih yang teramat, my bff.. sahabat pena, bebudak F6.. ex kawan.HAHA.

No comments:

Post a Comment