30 March 2011

bencinta

  permulaan yang tidak begitu baik, belum tentu cerita berakhir dengan penutup yang tidak sempurna.. aku terlanjur, terlanjur membenci orang.. dan orang itu budak kelas aku dahulu.. haha.. kelakarnya dunia ini.. aku memang keras kepala.. suka menyeksa jiwa, bila datang masanya.. aku melangkah keluar dari zon selamat, iaitu hidup lagi, menjejak kaki ke sekolah tanpa teman rapat.. dan yang tinggal, FBI.. yang lain? rezeki orang lain-lain,bukan?.. pada mulanya aku terumbang-ambing, tercari-cari.. akhirnya aku baik-baik sahaja..


  aku tak sedar, masa terlalu cepat meninggalkan aku. umur menginjak angka terakhir belasan tahun.. aku masih tidak sedar akan HAKIKAT itu.. pernah dengar tak orang tua-tua selalu pesan "jangan benci sangat kat orang tu, nanti dah suka, payah.." dan aku sering mengejek balik kata-kata tu.. yela, mana mungkin aku nak suka orang dengan semudah itu.. haha.. memang masin betullah mulut orang dulu-dulu.. konklusinya, aku memang dah terlanjur suka.. puas hati?.. aku tak perasan, sejak bila.. sebab aku memang kaki 'drop' orang.. tak pernah kisahpun sebarang gurauan "gedik-gedik" atau keterlanjuran yang ada.. so, aku tak TERLINTAS langsung nak ada perasaan kat hak orang lain.. aku tak berminat.. (macam takda perasaan)..


  tapi, yang aku mula sedar.. bila aku sering dilanda masalah dengan orang jauh.. aku tak tenteram.. dan pergolakan sering berlaku.. tanpa sedar, semua sudah berakhir.. dan kira, dah macam cerita tamil dah (pengaruh cerita tamil ayah selalu tengok).. tapi, aku ke yang pelik, atau orang tu. sebab, bila aku baca sesuatu kat B dia, mesti melibatkan sesuatu yang lama.. "luka lama masih berdarah".. haha.. stalker? tah.. akupun tak tahu.. aku macam terasa kot..(sedikit).. jelespun ya gak, asyik mention nama ehem2 dia je.. dah aku buat tak tahu pasal tu, memang padanlah muka.. perlu ke aku jeles? macam buang masa.. buat aku terpinggir, makin terbuang.. aku mungkin lebih suka mendiamkan diri.. hanya melihat tindakan orang tu selepas ini.. dia sedar atau tidak?  kalau tak sedar, aku pun nak koma juga.. sama-sama tak sedar.. baru adil..


  seriusnya, memang aku TAUBAT habislah, taknak lagi benci-benci orang.. azab juga bila dah terlanjur macam ni.. macam syok sendiri pun ya gak.. haha.. aku tak suka je, boleh tak?.. aku taknak meminta lebih.. senang cerita, tak perlu nak berterus-terang.. kerana membenci, aku terlanjur mencinta? OMP! BENCINTA sudah.. aku masih boleh diselamatkan atau tidak? hmm.. kalau tak bersedia, kenapa perlu terima? kenapa perlu mempersoalkan segalanya? bertalu-talu soalan..dan aku tak mampu menjawab.. tak kisahlah, ur ex or what.. tak bolehlah nak larang itu ini, suka hati.. nak buat apa, buat.. ur life, right? its okay.. tak pernah berharap orang tu akan jadi macam orang sebelum tu.. tak pernah mengimpikan sesuatu yang sebegini.. tak mahu orang tu terus dilukai.. oleh sebab itu, aku benarkan diri untuk disakiti dalam diam..macam kelakar, sebab aku macam nak lindungi orang tu, tapi aku serius. sangat serius, hingga emosi aku tidak seimbang sekarang..  tapi, aku ada fokus yang lain.. yang lebih perlu diutamakan dahulu.. i'll talk about this, later.. 1 fine day, maybe.. just be patient.. stay free.. chill.. make it easy.. daaa~ 

28 March 2011

barangkali...

salam.. selamat malam..


  aku semakin cemas dengan kehidupan ni.. terlalu banyak perkara bermain di fikiranku.. haha.. dan, aku mula terfikirkan sesuatu.. boleh tak aku jadi orang JAHAT? yang tak kisah siapa lagi diri kau.. aku pelik sangat.. asal aku sering dipergunakan.. serius, aku mula merasakannya.. siapa sebenarnya aku bagimu? seakan diri menjadi hamba.. aku rimas. aku bukanlah sesiapa..


aku tak harap kau ada setiap masa, mungkin terbiasa berdikari.. aku tak pernah kisahkan orang mengata kau.. sebab, setiap orang TAK layak dihukumi berdasarkan masa lampau.. dan aku beri kau peluang demi peluang, untuk berubah.. mungkin.. adakah aku yang terlalu berlembut hati dengan kau, sampai kau mula memijak kepala aku.. aku tak larat nak berasa susah hati dengan kau.. dan kali ni, aku benar-benar maksudkannya.. maaf..


 kawan baik aku yang lain berang dengan sikapku begini.. aku cuma, tak boleh tengok kau dalam situasi begitu.. fikirkanlah.. aku perempuan juga.. ada hati dan perasaan.. andai sikapku yang begini memungkinkan secebis rasa untuk kau miliki aku, lupakanlah.. aku bukan begitu.. jangan perbodohkan aku dengan ceritamu. aku mungkin hanya mendiamkan diri bila kau bercerita.. tapi, aku taklah tuli sangat untuk membezakan segalanya..


 maaf, aku penat dilayan begini.. aku tak sanggup lagi pikul masalah kau.. aku hanya mampu nasihatkan, "jaga diri, jangan nanti menyesal.." walaupun aku sedaya upaya taknak KAU menyesal nanti.. aku terpaksa undur diri.. sekarang, masa untuk aku fokus dalam hidup aku sendiri.. terlalu melebihkan kawan, tak guna juga.. sekarang, tiada siapa lagi nak menegah kau.. tiada siapa lagi yang caring2.. mungkin itu sahaja jalan yang ada untuk kau nilai siapa diriku di sisimu.. kau hanya menjejaki ku, bila kau memerlukan pertolongan.. selebihnya... kau faham jela..kau tau tak, aku sangat susah hati hari tu, macam-macam aku banyangkan.. dia pun menunding jari ke arahku, andai apa2 yang akan berlaku padamu.. memang sampai mati aku takkan maafkan diri sendiri..ini buktinya, aku memang sayang dan pedulikan kau.. tapi kau tak pernah kisah semua tu.. cukupla sampai di sini.. terima kasih..



27 March 2011

klon

mama tersayang...

daku tersayang.. haha



 Assalamualaikum.. haha.. aku klon terbaik bukan? saja memakai tudung yang sama dengan mama... lepas tu, terjumpa pula gambar mama dalam folder kat desktop.. kebetulan.. baru aku percaya yang aku memiliki raut wajah yang HAMPIR sama dengan mama! haha.. kesian aku, baru perasan benda ni..cuma, mama LAGI cantik, munggil pipinya daripada aku.. dulu, kakak-kakak ku cakap, aku ni anak angkat.. sebab aku ada lesung pipit (yang tak berapa nak lesung), kulitku gelap.. berangka besar.. aku pun percaya jela cerita kakak-kakak ku (siot betul).. kesian kot aku, asyik kena buli dengan kakak-kakak ku.. cehh! geram je, sekarang, disebabkan badanku LAGI besar, aku pula nak buli dorang.. haha..

  aku ada gambar mama masa muda-muda, cantik sangat.. rambut sangat panjang.. ramping jangan cakaplah.. memang patut pun ayah nak sangat dulu, melepaslah si jejaka polis yang merebutkan mama.. tengok ! POLIS! patutlah aku beriya sangat nak jadi polis.. konklusinya, mama sangat cantik, dan aku klon yang hampir sempurna.. 
 
p/s:  ohh ya, my moon sekarang sangat busy.. yela, orang popular memang macam tukan.. lagi kelakar bila cik M sekarang semakin menggila.. aku tau, takda kena mengenapun dengan topik KLON, tapi sekadar coretan harian.. sangat LAWAK! patutlah semakin pelik, semakin suka bertanyakan itu dan ini.. untungla ada orang minat, dari aku... budak lower form? abaikan jela.. aku sudah bersara untuk itu.. TIDAK BERMINAT, mungkin lebih elok bahasanya.. wish you all the best,sweets.. yupp.. gula-gula .. 

26 March 2011

bulan dan bicaranya..



Bulan..
indah, menawan.. bahkan pemurah..
indahnya membuka mata yang lena..
terjaga dan tersenyum..
menawan, tertarik mata hati untuk terus melihatnya.
terasa ingin menyentuh..
terasa ingin mendekati..
namun, jauhmu pasti..
dekatnya seakan erat di langit..
pemurahnya..
tidak kedekut menerangi malam..
kelamnya hilang..


 bulan..
 andai bicaramu benar manis..
 dakaplah aku erat..
 terangkan hati yang suram..
 redupkan mata hati yang berang..
 agar aku pasti bicaramu benar..





bulan..
hadir dalam setiap malamku..
mengangumimu dalam diamku..
terlanjur aku untuk memasang angan..
agar terus dapat melihatmu 
walau hariku hujan..
langit berdusta..
katanya kau berdampingan dengannya..
sedangkan jarak beribu batu..
masakan boleh bicaranya begitu..
aku masih bermata..
berpaksikan sinar yang menerangi..
kau terindah..
bicaramu manis..
menyulitkan ku.. untuk terus menyukaimu..
dalam lena dan jagaku...



25 March 2011

cerita sekerdip cuma

assalamualaikum..


 aku hanya ingin bercerita.. mengenai sesuatu dalam hidupku.. aku memang lasak.. (dulu).. dan aku akan mudah dapat kawan lelaki dahulu dari perempuan.. (dulu).. dan akupun kasar macam lelaki.. (dulu)... haha.. bila ingat balik, aku lebih berminat main basikal dengan member laki, panjat pokok ke, berbanding main masak-masak, or main mak-mak.. BOSAN ! haha.. aku suka main perang-perang.. masuk semak, keluar semak.. main pistol buatan sendiri.. (kayu yang macam kaki meja,penyepit baju, getah yang banyak).. "pelurunya" mestilah buah ceri hutan, takpun terung pipit.. perghh ! kena kulit, nazak sehh.. berbirat.. tapi pelik, aku tak pernah nangis bila kena.. lebam-lebam main perang-perang.. alangkah indahnya zaman kanak-kanak ku.. kakngah aku pun lasak gak, dia sokong apa yang aku lakukan.. ayahpun sama.. tak kisah, sebab (ada sebab) beliau pernah berharap sangat aku adalah anak lelakinya.. maklumlah, aku anak bongsu.. 


 sebab tu aku memang agak kasar.. campak mana, insyaallah masih boleh hidup (kot lah).. aku suka pergi camping.. paling mencabar mestilah kem wilderness..LANGKAWI.. hidup berpindah-randah dari satu pulau ke satu pulau.. kat situ aku belajar cara hidup yang betul-betul diluar jangkaan.. haha.. seronok.. pengalaman pertama aku berkayak dekat Pulau Tuba selama 2jam lebih.. aku memang tak duduk diam punya orang..(dulu) aku main netball, hoki, bola baling, kawad kaki, menembak, hah! lontar peluru ada gak.. masuk pertandingan sajak,pantun (sekejap).. sayembara puisi? aku taklah seberani itu (tidak berbakat sangat)..


 alangkah ruginya, jika aku tidak merasai semua itu.. tapi, aku aktiviti itu tak kekal lama.. mama meminta aku tinggalkan semua itu secara mendadak.. aku dipaksa untuk TIDAK aktif sama sekali.. secara mengejut.. aku rasa berat, untuk tinggalkan semuanya.. masa tu, jangan HARAPLAH nak tengok kulit aku putih.. memang GELAP GELITA.. badan pun macam laki.. haha.. akibatnya, aku berhenti mendadak, badan aku macam doh donat.. kembang dengan sangat cepat.. susah lak tu nak turun .. tu sebab aku dah tak kisah semua aktiviti sekolah.. aku da merasai semuanya.. kira, rugila jika tak kutip pengalaman.. aku tidak menyesal ikut permintaan mama.. 


  aku kutip sijil.. walaupun ada yang hilang, kalah ke, janji aku yang dahulu penakut nak berhadapan dengan orang, taklah takut sangat sekarang.. pengalaman memang mematangkan kita.. jadi, selagi berada di sekolah, rasailah semuanya.. bukan hanya menuntut ilmu, tetapi tiba pengalaman yang mungkin membawa perubahan besar dalam hidup kita.. percayalah, nanti dah besar panjang pendek ke, kita kan menyesal sedikit.. kerana tak beri peluang kepada diri sendiri untuk merasai pengalaman yang bermakna.. ayuh lakukan, percaya pada diri.. mungkin ada bakat-bakat terpendam ke.. nikmati kehidupan ni dengan lebih jayanya.. Insyaallah.. tiada apa yang rugi, cuma pandai-pandai bahagi masa.. itu sahaja..lagipun, aktiviti koko pun dah diambil kira untuk melayakkan diri ke U... fikir-fikirkanlah.. yang penting, aku tak dapat pun merasai pengalaman PLKN.. haha.. benda yang aku dok harap dapat, tak dapat.. untungla kalau kalian dapat join PLKN.. 


p/s: secubit rasa, sudah memadai...

24 March 2011

a heart for sale

I have nothing to smile about today. I feel defeated mostly. To cry? I have no tears last night. Maybe it is too hurtful that tears are not worth to be dropped. But I have other things await. There is no need to cry on one lose, when you still have opportunities to win others. I am strong enough to go through heart break when I have plenty of that on my past. I am not going to force anyone to lid light so i can see my future. I burn myself if I have to. I am independent enough to carve path. I am me, who lead and refuse to follow. So why bother cry for a man, when I can have better one in future? I will get what I want. Nothing to worry. Everything will be fine. This is my choice and I will never look back. i want to build up my education first.. refuse to follow my bad dream..and follow the better ones.. its okay, i'm fine.. and strong enough to rock the world (maybe).. HAHA.. cant you see it?? i am a "big" girl, right now.. yes i am.. 




p/s : Thank you for leaving, as you make me see the real one standing in front of me. Just so everyone know, human's love ain't grand. They never are at the first place. It will only be grand if you put Allah in front of it. and, Shaf.. thanks a lot dude.. you make things become more easier for me..


23 March 2011

lagu jiwa

salam.. malam yang malam.. huhu..






 aku tak harap kau rasa sakit, kawan.. aku tak doakan kau akan rasa suatu hari nanti.. kerna aku diajar, untuk tidak mendendami... seharian, aku memikirkan, betapa banyak kurangku.. betapa aku tidak sempurna.. namun, aku tidak kisah. aku mahu jadi teman.. yang ada saat kau menangis.. dan ketawa.. biarpun kau tiada saat aku terluka..


"mungkin saja kau bukan yang dulu lagi..
mungkin saja rasa ini telah pergi.."


  senyum terukir indah..
 mengaburi mata hati..
 takkan pernah aku meminta-minta
 hakikat sebenar aku memang terluka begini..


 maaf.. aku mungkin tawar hati.. tapi masih utuh berdiri.. tidak mahu menyalahkanmu.. hanya menunding jari ke diri sendiri.. betapa aku rasakan, akulah yang merencanakan semuanya.. kau yang terseksa.. sumpah, aku terlalu berduka dengan diri sendiri.. kau boleh pergi, andai itu yang terbaik buatmu.. aku? boleh berdiri, walaupun akan rapuh sendiri..



p/s : mahu cuti, please mama...

22 March 2011

rasamu, MATI..

salam... malam ini, aku rebah kembali...

  malam ini aku sendirian..
  meratapi apa yang bukan
  milikku yang hanya pinjaman..

 sesekali angin bisik rindu..
 setiap hari pasti ada kamu..
 dalam fikiran, aku tak jemu..
 menangih janji dan merayu-rayu..


 kau punya yang lain
 yang ku duga milik hatimu..
 kau kira aku yang lesu..
 tewaskah aku bukan pemalu..
 aku takkan mahu terpaku..


 usah kata sayang
 usah kata "perlu kamu"..
 hakikat semua dusta yang bertulangkan kata..
 mungkin aku lemas
 dengan dugaan yang melanda..
jangan pernah kau lupa
siapa yang mengajar kau erti bahagia..




p/s : bubbye ! 

20 March 2011

another me

salam.. malam ini suram, menaip without cahaya...
masih okay, walaupun nyamuk menyerang..




  aku tidak menyangka, tidak juga menduga.. semua yang telah terhenti. hanya ada TITIK NOKTAH.. itu tidak mengapa. aku hanya insan biasa.. di mana dia, kakakku sayang.. mana kamu, sahabat karibku.. terkulai aku layu sendiri.. mereput tulang tiada yang tahu.. kata-kataku diucap.. sepenuh perasaan hingga mahu terlelap.. HEHE..


 mungkin ada yang jemu, mungkin ada jua yang membisu.. bahkan mungkin ada yang rindu.. siapa TAHU..?? setiap hari, pasti aku akan temenung di birai katil.. mengingati sesuatu yang hilang.. ya.. ada rindu yang terjalin di hatiku.. UDA! saat ini baru ku rasakan, aku perlukan kau kakakku.. aku ingin mendakapmu seperti dahulu.. memegang erat jemarimu.. dan menangis sepenuh hati.. itu yang aku perlukan selalu..

"  another me, 
 just inside your dream
 night without sleeps..
 turns you around..
 can you see it..??
 can you feels it..
 yes, i'm the ones..
 who loved you most..
 stop crying, sweetie..
 you are big girl now.
just lets it be..
  he will get it later.."

 mungkin seperti anak kecil menginginkan gula-gula.. mungkin jua mengharapkan hujan disaat mentari terik.. apa yang kita inginkan, tidak semuanya kita dapat.. tapi bersyukurlah, kerna masih ada nikmat yang nyata.. beruntungnya aku, masih memiliki keluarga, kesihatan, kewarasan, rakan-rakan, dia , kamu.. dan mensyukuri nikmat dilahirkan dalam ISLAM.. mungkin suatu ketika, aku membencimu.. tapi bila ditanya dalam hati, tiada siapa layak untuk dibenci.. kesedihanku bukanlah apa, hanya merindui masa silamku bersama yang tersayang.. Allah sedang mengujiku... berikan aku semangat.. agar aku masih punyai waktu untuk menyayangimu.. terima kasih..


p/s: mama, i love u.. thanks a lot <3

19 March 2011

secubit memori, secukup raso

salam..

 " ateh, RM buat hal.. sedihla.. wawa jahat sangat kot.. padanla muka wawa.. iyalah, wawa kan tak lawa.. tak pandai macam dia.." kataku.. " yela, kau tu PELIK sangat. memangla dia buat hal. cuba kau tu elok-elok sikit perangai. ni, kawan sana-sini.. sibuk dengan kawan kalah lelaki.. dia BOSANlah. kau memangkan wa, suka hati je. tak baik mainkan perasaan orang." jawab atehku selamba.. "wa seriusla ateh.. mana main-main.. bukan budak lagi.. cehh.." " ateh, tengoklah uda ni, mengadalah sms guna handphone wa, suka hati dia je nak reply msg wawa..." haha.. macam-macamkan..


 baru aku sedar, aku masih MANJA.. dengan kakak-kakak ku.. masih mengadu itu dan ini.. masih mengada-ngada dengan mereka.. walaupun BADAN aku lebih besar dari dorang.. aku baru sedar, aku pelik dan membosankan kadang-kadang.. mungkin layananku, semakin tahap kritikal nak mati.. tapi aku serius.. sangat serius dengan apa yang aku lakukan..


 " wa, abg F tetiba je taknak layan uda.. wa tolongla msg dia.. tanya khabar.. Uda sedihla.. lepas satu-satu jadi.. wa tolongla uda.. uda tak tau nak cerita kat sape dah.. apa pendapat wa, pasal dia?.. wa okey tak kalau uda dengan dia.." bertalu-talu soalan udaku.. "wa okey je. bukan wa yang nak kahwin dengan dia. alah, lelaki. takkan 24 jam nak layan uda. ada masa dia nak gak lepak dengan kawan.. gi  jamming ke, tengok bola ke, main futsal ke. wa boleh je tunggu dia balik main futsal pukul1-2 pagi.. takkan uda tak boleh kot.. percayalah, nanti dia akan cari uda balik. janganla fikir sangat. negatif betullah minah ni.." bebel aku pula..



 uda selalu cakap, aku ni terlebih matang dari dia.. HAHA.. untungla aku matang.. tah pape jela.. tapi, asyik aku je jadi penasihat utama dia.. abis, aku? ateh dah kahwin. mana ada masa nak layan aku macam dulu.. angah along? haha.. abaikan jela.. mungkin sebab aku jalani sendiri kot benda-benda ni tanpa bimbingan dan kaunseling, buat aku jadi macam ni.. aku tak kisah kalau orang jelak nak baca, sebab ni tempat contengan aku.. aku tak mahu mencontengnya di atas kertas.. membazir..  kan masih boleh kurangkan penggunaan kertas..

tapi serius, aku merindui zaman kakak-kakakku masih remaja.. punyai ramai kakak adalah perkara terbaik pernah aku miliki.. bergurau, bergaduh, menangis semua bersama., sekarang, jarang bersua muka.. tapi masej, tak lupa.. datang gila, bergayut juga.. aku baru tersedar, usiaku kini penghujung belasan tahun.. mungkin aku ni pelik, tapi taklah pelik mana.. aku cuma amat mencintai karya melayu versi dahulu kala.. cerita p.Ramlee itu wajib.. sampai mama bising aku asyik tengok cerita "itam-putih".. thats why aku macam klasik sedikit.. kita harus berbangga bukan dengan karya terdahulu..haha.. aku sayang, aku cinta, dan aku kasih... keluargaku..


p/s : masih aku terasa, hilangmu..

17 March 2011

biodata DIRI


 aku tak mampu meneroka dunia untuk mencari yang TERINDAH, untuk memperlihatkan padanya.. mungkin kata ku kelu membasmi luka di hati.. tapi, kau masih di sisi dan semua jadi seakan pasti.. hampir sebulan berlalu pergi.. aku mencari yang SEMPURNA.. dan aku dapati adanya sempurna bila kita bersama.. "BUKAN BIBIRKU KELU UNTUK BERBICARA.. NAMUN HATIKU FASIH BERKATA-KATA.." 


  aku masih aku, yang pemarah, pemaki, penyibuk, pengganas, penyayang, perindu, periang, pengosip, dan aku memang pencinta, kerana "BERDOSAKAH AKU MENGINGINKAN SEJATI.."  aku masih bernama N.. masih juga melayu. bezanya kini usia pantas menukar angka.. dan bezanya juga, aku bukan selemah yang di sangka.. itu hakikat yang perlu kalian terima..


  maaf, aku masih seorang teman kepada rakan yang memerlukan, masih juga pelajar yang terkejar-kejar mengutip ilmu.. tidak LUPA, aku hamba kepada sang PENCIPTA.. takkan pernahku lupa, aku lah anak kepada pasangan A&S.. aku masih waras untuk mengenali diri ini.. bukan LUPA DARATAN.. kerana aku begitu hampir dengan LAUTAN..


 renungkanlah.. adakah aku berubah kerana sesuatu pinjaman yang NYATA.. aku mungkin pernah LUPA DIRI.. namun, masih sering menoleh ke belakang untuk menginsafi diri.. bukan untuk berpatah balik, namun sekadar muhasaba yang benar terjadi untuk menjadi pendamping hidupku nanti.. ku kira, lengkap sudah biodata diri.. harap kau bersabar dapat teman sebegini.. sekian mengundur diri..




TERIMA KASIH ^^

16 March 2011

melancong

 salam.. selamat malam..

 andai kata aku ingin pergi melancong kali ini.. mana tempat yang PALING bagus untuk aku pergi..?? TAPI setakat dalam malaysia jela.. SINGAPORE?? tidak mampu untuk menjejakkan kaki di sana lagi.. maklumla, surirumah FORM6 jekot.. HAHA... 


 baru tadi aku pergi melancong, nak juga mencalitkan pengalaman dekat tempat contenganku ini... okeyla, taklah teruk mana.. lepaslah bajet (tak keluar bajet langsung) yang tak seberapa...


  penat tunggu train datang.. akhirnya tiba jua.. cehh.. dala panas, cair make up..(even tak make up pun)... biasanya, cuaca terik macam ni, baik duduk rumah je.. jaga kulit sikit.. hahaha..daku kan TAK BOLEH terlebih sinaran mentari.. kulit LEBIH masak nanti..


  dalam perjalanan jadi "pelancong" aku terserempak dengan beberapa penduduk tempatan yang kira "mesra alam" lah.. sebab, time aku sibuk ambil gambar, dorang selamba dek je join sekaki.. biasalah, dakukan popular.. hahaha.. pose PALING mahal tentulah dari gurl bertudung hitam.. kenapa..?? sebab muka yang susah nak senyum. maybe terlebih botox kot..



  dan inilah gambar-gambar yang sempat disnap.. cool tak? aku memang minat, sebab UNIK.. perghh.. kalau ada satu kat rumah, dah kena upah pengawal dah.. huhuhu.. okeyla..perjalananku menarik, berpanas dan berpeluh-peluh.. macam-macam artifak yang ada, pelbagai informasi yang disalurkan untuk usaha mencelikkan masyarakat mengenai sejarah.. kira pengetahuan umum sejarah, dari era jepun, belanda, british, pra-sejarah.. melaka.. kira, berbaloilah pergi.. menarik.. boleh bawa anak-anak pergi nanti (kot kalau ingat lagi)



dan sebenarnya, AKU jejak kaki untuk kali pertama kat MUZIUM TENTERA DARAT, PORT DICKSON.. teruja lobeh.. hahaha.. seriusla, mama pun tak pernah pergi lagi tempat ni.. aku panik gaklah, bila masuk terowong. haha.. segan je dengan budak-budak.. apapun seronok, walaupun dalam kepala otak sibuk memikirkan pelbagai masalah.. mahu pergi lagi?? mestila..seronok.. nyum2.. setakat itu sahaja.. terima kasih..

15 March 2011

one FINE day

salam..
petang yang panas..
SANGAT tak selesa untuk BERMIMPI..


     aku cuba untuk lelapkan mata, hanya untuk seketika cuma.. tapi TAK boleh.. sakit JIWA ku datang.. haha.. panas macam sauna dah bilik ni.. its okey, aku boleh mencaiq kan lelemak yang melekat pada tubuhku.. GEMUK! ada aku kisah?.. 



 haha.. seksi bukan..?? sepatutnya kalau putus cinta bukan makin gemuk ke..?? tah, jangan tanya ORANG macam aku.. sebab aku tak KURUS.. aku gendut, so? do i care? positifnya hidup andai kita kurus sedikit, untuk kekal sihat.. okey, aku sangat setuju.. dan sangat gembira sebab muat kembali memakai jeans zaman aku "atlit" dahulu.. hahaha.. putus cinta boleh mencairkan lemak ! OMG!..

  aku memang loser..tapi bukan aku, KAU pun sama.. kita tak selamanya di atas.. kadang-kadang rasa loser pun okey apa.. Membina keyakinan diri.. aku nak kurus.. nak gorgeous macam minah tu..


 ahha! macam minah nilah.. HAHAHA.. mayat hidup yang dibangga-banggakan oleh ramai orang.. perempuan mahukan badan macam ni? LUPAKAN jela.. MALU aku nak hidup kalau badan MACAM ni.. kot ye pun putus cinta, TAK DAPAT de nak badan macam ni.. hahaha.. kot aku sakit, nak matipun belum tentu lagi aku macam ni.. sebab mama kan chef terhebat kat dunia ni.. hmm.. wondering, macam mana agaknya keadaan kau kat sana.. sedih ke, gembira ke.. yela.. aku kan GF paling LOSER  kat dunia.. paling BOSAN, TAK MENARIK, TAK BERBALOI untuk dimiliki..


  badan mantap idaman lelaki ! macam perempuan ni.. haha.. kagum juga aku.. bila tengok badan yang "sasa" ini laku di jual kat majalah.. daku sukakannya ! haha.. boleh tak sesiapa datang, kutip insan terbuang macam aku ni.. gi tanam kat belakang rumah korang. sebab menyemak jela kat dalam bilik aku.. tak suka tengok bilik aku bersepah dengan perempuan LOSER ni..boleh tak aku cakap macam tu? haha..


 aku mungkin GENDUT, tapi aku masih lagi boleh menarik perhatian makcik kantin or sesiapa setaraf denganku.. macam perempuan kat gambar ni.. relax je berbadan sasa macam ni.. dia boleh teruskan hidup, inikan pula aku! cehh.. buat malu jekot. tapi, aku TAKLAH seseksi perempuan ni.. GILA apa.. nak MATI pun segan macam ni.. aku mungkin nakal, or maybe jahat.. tapi untuk sebegini.. jauhhhkaaannlaaa..! adat manusia, ingin disayangi, dibelai, dimanjai, dicintai.. paling bermakna, hubungan berkekalan sampai mati.. bukan semua orang BERNASIB baik, macam fairy tales.. ONE FINE DAY.. semua orang akan tahu juga, siapa partner hidup korang.. bila sudah sampai seru..dan one fine day, maybe masa tu aku dah mati ke kan, ada orang akan menyesal.. sebab aku yang CUTE ni dilupakan.. hahaha.. chill sudah, hanya bercanda.. hari yang panas, ohh lelemak ku semakin mencair..perlukan mandian segera! bye..


p/s : aku tak bermaksud utk mempersendakan sesiapa.. aku hanya berimiginasi sahaja.. maaf, TIADA kaitan dengan tubuh badan anda, HANYA DAKU sahaja..tQ~

14 March 2011

uppss

salam..
hey, selamat malam..

  "i never leave you.. but you LEFT me..and force me to make a better choice. what for? thats because of MY fault or YOURS?.."


  you are sweet, such a sweets for a kids.. or maybe just like an ice cream, needed by me in very hot days.. you blew up my mind.. you make me think about my better future without "childish thinking".. thanks mum..
  
  i wanna be you melody in every kinds of your music.. be you shadow in every "afternoon".. should i do that, should i do these.. you always make my mind blew up damn easily.. sometimes, you make me angry too.. but, its okey.. i know that because you loved me.. Listen carefully in every little words that you say.. laugh and singing together, such a very beautiful days..


  i am such a melting ice, when i see you face in everyday..i wanna kiss your heart even without permissions to do that..i wanna make you smile and hide all my sorrow.. YOUR beautiful its true. hey, i'm in love with you, you, you.. my family, my inspirations.. my best friends, my loved ones..


13 March 2011

aku insan BIASA

dengan nama ALLAH yang maha pemurah
lagi maha penyayang...
assalamualaikum..
salam perpaduan ummah..


  aku tahu, aku bukanlah sesiapa untuk menghukum orang dan menjatuhkan "dosa-pahala".. sebab aku, belum tentu mencium bau syurga, bukan..?? bila difikirkan.. aku malu.. sangat malu mengenangkan diri seperti munafik.. pengakuan aku berasas.. sememangnya umat islam berpecah-belah.. melakukan apa sahaja yang terlintas di hati.. hingga aku LUPA, Allah itu melihat segalanya..

 aku yang dahulu terlalu memberontak.. enggan menerima tunjuk ajar ibu bapa.. enggan mendengar kata.. KAWANLAH segalanya.. aku LUPA.. asalnya aku dari mana.. SAKIT mama bersalin aku, pasti mengguris hatinya dengan perlakuan aku dahulu..derhakanya aku..  dan Allah timpakan BALA, untuk manusia yang seperti ku.. KAWAN2?? hilang saat aku memerlukan.. dan KELUARGA sentiasa di sisi.. alangkah malunya aku untuk terus bernafas di muka bumi ini.. kerna aku melawan insan yang menghadiahkan aku NYAWA.. maaf.. aku bukan yang dulu lagi..

 kehidupan yang indah ini tidak harus dicemari dengan KEBENCIAN yang meluap-luap dengan menyalah ertikan maksud yang cuba disampaikan oleh orang lain.. DENGAR dahulu, teliti maksud yang cuba disampaikan.. fahami dengan jelas.. dan buat pertimbangan.. ISLAM mengajar kita untuk BERSABAR.. maka sabarlah dalam membuat pertimbangan.. kedewasaan pemikiran, mungkin menyumbang kepada pemikiranku terhadap jalan ISLAM.. aku tahu, aku tidaklah sepenuhnya memahami.. kerna aku INSAN biasa.. TURUT melakukan dosa.. ingatlah, BUKANKAH Allah itu ESA..

  aku inginkan perubahan, dan aku maksudkan dengan melakukannya.. cukupkah 5waktu yang diwajibkan setiap hari atas kita? aku tahu, NUR dan HIDAYAH milik ALLAH.. bukankah kita boleh berusaha untuk memilikinya.. inilah aku, masih mencari-cari jalan yang benar.. masih membaiki lompang-lompang kehidupanku.. bimbinglah aku, atas JALAN-NYA... bantulah insan yang sepertiku.. maaf, mungkin pernyataan ini mengguris hati sesiapapun.. tapi, ini hakikatnya.. wanita bertudung labuh, masih kandungkan anak luar nikah.. sedangkan yang tidak bertudung itu masih mengawal nafsunya.. lelaki yang berpoligami enggan berlaku adil di sisi isteri-isterinya.. masih berlaku kekejaman oleh orang-orang bertopengkan agama.. hal ini, menyentuh dan mengubah pandanganku terhadap orang yang "nampak" jahat... ADIL,bukan..?? pandangan pertama, mungkin akan melabelkan orang.. tapi jangan terlalu mudah berprasangka dengan orang lain.. fikirkan, adakah kita CUKUP baik untuk "menjahatkan" orang lain...
sesungguhnya, kita hamba yang kerdil di sisiNya..maaf sekali lagi.. sekian.. terima kasih..

12 March 2011

adat yang tercipta

salam...selamat sejahtera..

aku jatuh..
KAU bahagia...
tapi SAYANGNYA..
kau LUPA..
sungguh ADAT di dunia..
hidup hanya pusingan RODA..


 bukan kau paksinya, bukan jua kau KIBLATNYA... sudahku duga, masakan bubur menjadi nasi.. bahkan lautan tenang merbahaya.. inikan pula pisau di tanganmu letaknya di leherku.. 

 mungkin emosi meragut tenangku, meleyapkan bait-bait kemanusiaanku.. aku bukan HAMBAMU.. kau LUPA, kau sahabatku.. hadir aku setiap penjuru saat sulitmu.. bukankah janji digenggam? masakan kau MENGKHIANATIKU..?? sudah adat si pengkhianat.. meludah kesat dijalanan, menabur fitnah di kaki lima.. hanya kerana kau BERTOPENGKAN mulia.. dan aku si pengganas bangsa?

  SAHABAT untuk selamanya.. mungkin aku kehilangan warasku untuk mempercayainya.. mungkin jua ku lupa MENILIK nasib yang serupa..
kau tetap kau, masih belum ditiup angin perubahan.. kau kira aku lemah? tidak mungkin mengkhianatimu? kau salah.. kerana aku TAKKAN pernah BELOT.. si pembelot sepertimu, mungkin akan mati termakan sumpah.. bumi manapun enggan menerima kau, inikan pula langit mana yang kau junjung.. 

  haha.. kau sulit untuk memahaminya.. kerana aku tahu kelemahanmu.. terletaknya indah atas KEJUJURAN.. persahabatan kau dan aku terlerai.. jika ikut rasa, binasa.. maka, binasalah kau.. bukan aku si penyumpah.. tapi kau yang menyerunya.. aku tidak bersalah! aku kasihan.. melihat nasibmu di jalanan.. kau punya keistimewaan, PINTAR.. tidak sepertiku.. TUHAN itu ADIL.. jangan kau lupa, asalnya kita dari mana.

p/s : aku benar2 maksudkannya.. utk yang mgaku aku teman baiknya dahulu pere*****

hari pertama..

assalamualaikum..
selamat malam semua...

  seperti yang aku janjikan.. aku mulakan hidup baru dengan hari yang positif bersama DIA.. mestilah kan.. pagi, waktu subuh.. tiada apa yang lebih indah dari alunan azan berkumandang di pagi hari.. bersyukurnya aku, kerana masih diberi peluang untuk hidup hari ini.. aku dah terbiasa, tidur lewat.. bangun awal.. hahaha.. tak tahula.. aku teruja untuk memulakan hidup baru setelah hampir setiap malamku dipenuhi air mata.. 

  pagi ini, seperti biasa aku akan mencium wajah mama tersayang.. bergurau-senda dengannya.. dan dia sangat terkejut dengan reaksi aku hari ini... mungkin aku mula menjadi aku yang dahulu.. mama, wawa sayang mama.. even wa lebih banyak menyepikan diri sebelum ni.. aku sangat teruja memulakan hari baru dan hidup baru.. kali ini, keluar dengan kawan-kawan.. tengok cerita "MERONG MAHAWANGSA".. okeyla.. janggal juga pada mulanya.. biasa tengok wayang dengan akak-akak.. abang ipar.. kali ni, dengan kawan-kawan.. haha.. sweet.. tapi yang TAK bestnya, aku tak dapat lari kat tempat aku pernah date dengan dia.. haha.. its okey.. biasalah. tempat awam kan..

  
 sangat teruja untuk melawa even tak lawa.. hahaha.. ADA AKU KISAH orang nak kutuk apa..?? ni bilik mama.. so, tak perlulah nak pertikaikan bilik bersepah.. aku nak kemaslah ni.. yang pasti, mata aku macam amoy.. sepetlah,sembab.. hoho...


kami ! yeaa... sangat seronok keluar dengan kalian, even FBI takda.. haha,, aku belajar untuk membahagiakan diri.. terima kasih,aL.. untuk hari yang ceria.. hari yang sweet.. aku mula, mula untuk membina keyakinan baru.. kegembiraan berganda bila beratku makin turun.. berbaki 3kg lagi..!.. dan aku sangat gembira.. hari-hari yang sibuk, buat aku rasa selekeh nak mati.. dapat juga keluar bersama mereka.. dan sangat rasa bertuah memiliki kawan-kawan seperti mereka..



 mereka sangat comel! haha.. shopping tak ingat aku kan.. then, bila aku shopping korang bising.. lawak seh.. relaxlah.. bukan apa sangat, janji kita keluar sama-sama kan.. time pose gambar nilah, ada mamat dalam kereta kancil sangat tak guna.. ! curi ambil gambar kitaorang.. kot comel sangat pun beragaklah babe! cehh.. buang masa aku je marah-marah.. tak berbaloi.. LANTAK PIILAAAA wei..


 tak lupa juga kepada incik Cornetto, anda telah memaniskan hariku.. terima kasih sangat-sangat.. aku tak tahu, sejak bila aku mula suka makan ais krim.. haha.. sangat beruntung ada orang belanja,bukan..?? sangat sweet, dengan bekalan sweets yangku terima.. even aku tak makan manis, dulu.. sangat positif hariku ini.. incik cornetto, terima kasih kerana bersusah payah denganku hari ini.. bukan tak mahu makan KFC.. bukan diet.. harap faham okey.. terima kasih semua.. untuk hari yang indah.. hari yang tercantik.. sangat terharu... 

cerita terakhir


salam..
selamat tinggal kenangan..
selamat tinggal NAJWA..
selamat tinggal DUNIA..


"i promise to hold your hand when ur feelin pain..i promise u might lay ur head to my shoulder when u sad...i promise that i'll kiss ur forehead to reduce ur sicks..its not because you are mine..but my life!..."

  aku penat begini.. letih dengan diri sendiri.. perlukan ruang untuk "membunuh " diri.. aku harap tiada apa yang nak disesalkan andai aku pergi.. aku menyepikan diri.. menghitung saat beredarnya kenangan semalam.. aku TAK LAYAK untuk merasai BAHAGIA.. aku hanya mampu, memberikan apa yang terbaik untukmu.. aku memikirkan, siapa aku sebenarnya.. apa yang aku mahukan.. PENYESALAN..?? hahaha.. penyesalan aku yang utama, membiarkan air mata menemani malam-malam sunyi ku.. kegusaran melanda jiwa ku, saat aku di tinggal sendirian.. fikiranku akan mudah.. mudah untuk berasa kecewa dengan diri sendiri...

  begitu mudah untuk aku merasai kesedihan yang melanda.. perlu ke aku ambil ubat anti-D?? perlu ke aku makan ubat yang memberi aku peluang untuk TIDUR.. dan TIDUR.. kalau tidak.. aku jadi begitu emo.. tangisan masih belum mampu menerbitkan kelegaan.. aku tak boleh sendirian.. sumpah tak boleh.. kamu.. hadirlah menemani hari-hariku.. aku tahu, kau pun ada masalah sendiri.. dan aku tak sanggup untuk meminta-minta darimu.. yang aku buat, tersenyum bila bersamamu.. bahagia bersama.. hadirlah.. please.. hari-hari aku tak menentu.. maaf. andai aku sering 
meng"emo"kan diri.. permintaanku, hadiahkan aku secebis kebahagiaan.. hanya sedikit.. yang mampu menerbitkan kekuatan baru..

" what is worse is when one or both parties are HURT and GRIEVE about the relationship which began so BEAUTIFULLY but ended so BITTERLY..."

  aku berjanji.. akan cuba membahagiakan insan yang memerlukan.. dan itu, KAU.. maaf.. aku benar-benar terluka.. baru sekarang meluahkan.. sebab usaha aku untuk membencinya, TIDAK berhasil.. masa akan mengaturkan kehidupan yang lebih bermakna, mungkin.. sangat berjanji.. akan mengubah diri.. untuk elak benda yang sama terjadi.. SELAMAT TINGGAL.. dan kali ini, aku merelakan.. sepenuh perasaanku.. sepenuh jiwa.. aku LEPASKAN.. dan untuk itu.. akan ku bunuh segalanya.. aku bersedia, untuk memulakan hidup baru, dengan jasad baru.. jiwa baru... pemikiran yang lebih matang.. insyaallah.. segalanya akan aku tempuhi.. aku mungkin tidak seindah mimpi mu.. terima kasih,si pencuri hati.. aku tahu, kau memahaminya..

07 March 2011

BUKANLAH LEMAH..

assalamualaikum..
selamat malam..
selamat berbahagia..

  aku sering TAK puas hati dengan diri sendiri.. sering membenci diri sendiri.. dan korbankan perasaan sendiri untuk kehidupan orang lain..kenapa aku jadi macam ni.. aku pun tak pasti..CINTA.. aku adalah orang yang TEWAS bila berhadapan dengannya.. kenapa.. kerana aku seorang perjuang.. yang selalu gugur ditengah jalan..aku mungkin TAK faham.. lelaki.. sangat TAK ADIL! sebab aku berkali-kali memberikan peluang kepadanya, dan saat aku merayu, meminta, menagih.. aku TIDAK DILAYAN.. jauh sekali diingati.. AKU BENAR-BENAR INSAN TERBUANG.. !


  aku.. tak tahu kenapa aku jadi begini.. aku tak tahu macam mana nak bahagiakan diri sendiri.. aku TAKNAK jadi macam ni.. ada orang perlukan aku.. aku pun perlukannya.. dan saat aku dibuang begini.. aku rasakan, AKU PERLU pergi.. PERLU MENGHILANGKAN DIRI..aku perlu kuat.. harapan keluarga, perlu aku galas.. harapan aku kat diri sendiri... TIADA.. aku tak boleh cakap macam loser.. AKU ADA AGAMA.. ALLAH baru uji aku sikit.. aku tak tahan.. aku perlu makan ubat apa.. penyakit hati, bezikirlah..berdoalah.. aku rasa nak pergi sesuatu tempat..jauh dari semua ini.. 



 aku dengan BANGGAnya nak habaq MAI.. AKU TAK KISAH KOT KAT KAU ! LANTAK PI LAHH .. hammek kau.. asyik aku je berlembut dengan manusia macam kau, ROSAK hari aku.. so, no more "LEMBUT-GEMALAI" bagai.. aku akan jadi ganas kat kau..DAN tak perlu nak PERSOALKAN APA-APA.. kau hidup kau, AKU hidup aku.. aku penat. mengadap diri aku macam ZOMBIE.. dalah tak cukup tidur.. tekanan darah tah pape, PASTU dok pikiq PASAL kau.. memang MEMBUANG MASA AKU SELAMA INI.. ! test dala macam LAHA*** je.. LANTAK kau lah nak fikir apa. aku MALAS.. aku PENAT.. AKU TAKKAN meminta-minta lagi.. aku perlu jadi kuat.. untuk itu, aku perlukan tidur secukupnya.. cukup untuk aku LUPAKAN KAU..dan BUANG kau dari HIDUP AKU..



 aku tak sabar nak jadi diri aku yang dulu.. buang semua kenangan dan ingatan bersama kau..macam yang kau BUAT.. DIA..?? aku cuba untuk membahagiakannya.. aku terima, maka.. aku akan beri peluang kat orang lain. semakin semangat belajar, bila dia ada di sisi.. tak MAHU dah fikirkan yang lain.. FOKUS AKU, sudah ada. tinggal untuk aku bangkit dari hari-hari yang LESU..BOSAN.. dan MERIMASKAN.. terima kasih, aL.. terima kasih semua.. terima kasih, cinta.. KERANA aku, BUKAN INSAN selemah yang KAU BAYANGKAN.. sekian..