25 March 2011

cerita sekerdip cuma

assalamualaikum..


 aku hanya ingin bercerita.. mengenai sesuatu dalam hidupku.. aku memang lasak.. (dulu).. dan aku akan mudah dapat kawan lelaki dahulu dari perempuan.. (dulu).. dan akupun kasar macam lelaki.. (dulu)... haha.. bila ingat balik, aku lebih berminat main basikal dengan member laki, panjat pokok ke, berbanding main masak-masak, or main mak-mak.. BOSAN ! haha.. aku suka main perang-perang.. masuk semak, keluar semak.. main pistol buatan sendiri.. (kayu yang macam kaki meja,penyepit baju, getah yang banyak).. "pelurunya" mestilah buah ceri hutan, takpun terung pipit.. perghh ! kena kulit, nazak sehh.. berbirat.. tapi pelik, aku tak pernah nangis bila kena.. lebam-lebam main perang-perang.. alangkah indahnya zaman kanak-kanak ku.. kakngah aku pun lasak gak, dia sokong apa yang aku lakukan.. ayahpun sama.. tak kisah, sebab (ada sebab) beliau pernah berharap sangat aku adalah anak lelakinya.. maklumlah, aku anak bongsu.. 


 sebab tu aku memang agak kasar.. campak mana, insyaallah masih boleh hidup (kot lah).. aku suka pergi camping.. paling mencabar mestilah kem wilderness..LANGKAWI.. hidup berpindah-randah dari satu pulau ke satu pulau.. kat situ aku belajar cara hidup yang betul-betul diluar jangkaan.. haha.. seronok.. pengalaman pertama aku berkayak dekat Pulau Tuba selama 2jam lebih.. aku memang tak duduk diam punya orang..(dulu) aku main netball, hoki, bola baling, kawad kaki, menembak, hah! lontar peluru ada gak.. masuk pertandingan sajak,pantun (sekejap).. sayembara puisi? aku taklah seberani itu (tidak berbakat sangat)..


 alangkah ruginya, jika aku tidak merasai semua itu.. tapi, aku aktiviti itu tak kekal lama.. mama meminta aku tinggalkan semua itu secara mendadak.. aku dipaksa untuk TIDAK aktif sama sekali.. secara mengejut.. aku rasa berat, untuk tinggalkan semuanya.. masa tu, jangan HARAPLAH nak tengok kulit aku putih.. memang GELAP GELITA.. badan pun macam laki.. haha.. akibatnya, aku berhenti mendadak, badan aku macam doh donat.. kembang dengan sangat cepat.. susah lak tu nak turun .. tu sebab aku dah tak kisah semua aktiviti sekolah.. aku da merasai semuanya.. kira, rugila jika tak kutip pengalaman.. aku tidak menyesal ikut permintaan mama.. 


  aku kutip sijil.. walaupun ada yang hilang, kalah ke, janji aku yang dahulu penakut nak berhadapan dengan orang, taklah takut sangat sekarang.. pengalaman memang mematangkan kita.. jadi, selagi berada di sekolah, rasailah semuanya.. bukan hanya menuntut ilmu, tetapi tiba pengalaman yang mungkin membawa perubahan besar dalam hidup kita.. percayalah, nanti dah besar panjang pendek ke, kita kan menyesal sedikit.. kerana tak beri peluang kepada diri sendiri untuk merasai pengalaman yang bermakna.. ayuh lakukan, percaya pada diri.. mungkin ada bakat-bakat terpendam ke.. nikmati kehidupan ni dengan lebih jayanya.. Insyaallah.. tiada apa yang rugi, cuma pandai-pandai bahagi masa.. itu sahaja..lagipun, aktiviti koko pun dah diambil kira untuk melayakkan diri ke U... fikir-fikirkanlah.. yang penting, aku tak dapat pun merasai pengalaman PLKN.. haha.. benda yang aku dok harap dapat, tak dapat.. untungla kalau kalian dapat join PLKN.. 


p/s: secubit rasa, sudah memadai...

No comments:

Post a Comment