13 March 2011

aku insan BIASA

dengan nama ALLAH yang maha pemurah
lagi maha penyayang...
assalamualaikum..
salam perpaduan ummah..


  aku tahu, aku bukanlah sesiapa untuk menghukum orang dan menjatuhkan "dosa-pahala".. sebab aku, belum tentu mencium bau syurga, bukan..?? bila difikirkan.. aku malu.. sangat malu mengenangkan diri seperti munafik.. pengakuan aku berasas.. sememangnya umat islam berpecah-belah.. melakukan apa sahaja yang terlintas di hati.. hingga aku LUPA, Allah itu melihat segalanya..

 aku yang dahulu terlalu memberontak.. enggan menerima tunjuk ajar ibu bapa.. enggan mendengar kata.. KAWANLAH segalanya.. aku LUPA.. asalnya aku dari mana.. SAKIT mama bersalin aku, pasti mengguris hatinya dengan perlakuan aku dahulu..derhakanya aku..  dan Allah timpakan BALA, untuk manusia yang seperti ku.. KAWAN2?? hilang saat aku memerlukan.. dan KELUARGA sentiasa di sisi.. alangkah malunya aku untuk terus bernafas di muka bumi ini.. kerna aku melawan insan yang menghadiahkan aku NYAWA.. maaf.. aku bukan yang dulu lagi..

 kehidupan yang indah ini tidak harus dicemari dengan KEBENCIAN yang meluap-luap dengan menyalah ertikan maksud yang cuba disampaikan oleh orang lain.. DENGAR dahulu, teliti maksud yang cuba disampaikan.. fahami dengan jelas.. dan buat pertimbangan.. ISLAM mengajar kita untuk BERSABAR.. maka sabarlah dalam membuat pertimbangan.. kedewasaan pemikiran, mungkin menyumbang kepada pemikiranku terhadap jalan ISLAM.. aku tahu, aku tidaklah sepenuhnya memahami.. kerna aku INSAN biasa.. TURUT melakukan dosa.. ingatlah, BUKANKAH Allah itu ESA..

  aku inginkan perubahan, dan aku maksudkan dengan melakukannya.. cukupkah 5waktu yang diwajibkan setiap hari atas kita? aku tahu, NUR dan HIDAYAH milik ALLAH.. bukankah kita boleh berusaha untuk memilikinya.. inilah aku, masih mencari-cari jalan yang benar.. masih membaiki lompang-lompang kehidupanku.. bimbinglah aku, atas JALAN-NYA... bantulah insan yang sepertiku.. maaf, mungkin pernyataan ini mengguris hati sesiapapun.. tapi, ini hakikatnya.. wanita bertudung labuh, masih kandungkan anak luar nikah.. sedangkan yang tidak bertudung itu masih mengawal nafsunya.. lelaki yang berpoligami enggan berlaku adil di sisi isteri-isterinya.. masih berlaku kekejaman oleh orang-orang bertopengkan agama.. hal ini, menyentuh dan mengubah pandanganku terhadap orang yang "nampak" jahat... ADIL,bukan..?? pandangan pertama, mungkin akan melabelkan orang.. tapi jangan terlalu mudah berprasangka dengan orang lain.. fikirkan, adakah kita CUKUP baik untuk "menjahatkan" orang lain...
sesungguhnya, kita hamba yang kerdil di sisiNya..maaf sekali lagi.. sekian.. terima kasih..

No comments:

Post a Comment