19 March 2011

secubit memori, secukup raso

salam..

 " ateh, RM buat hal.. sedihla.. wawa jahat sangat kot.. padanla muka wawa.. iyalah, wawa kan tak lawa.. tak pandai macam dia.." kataku.. " yela, kau tu PELIK sangat. memangla dia buat hal. cuba kau tu elok-elok sikit perangai. ni, kawan sana-sini.. sibuk dengan kawan kalah lelaki.. dia BOSANlah. kau memangkan wa, suka hati je. tak baik mainkan perasaan orang." jawab atehku selamba.. "wa seriusla ateh.. mana main-main.. bukan budak lagi.. cehh.." " ateh, tengoklah uda ni, mengadalah sms guna handphone wa, suka hati dia je nak reply msg wawa..." haha.. macam-macamkan..


 baru aku sedar, aku masih MANJA.. dengan kakak-kakak ku.. masih mengadu itu dan ini.. masih mengada-ngada dengan mereka.. walaupun BADAN aku lebih besar dari dorang.. aku baru sedar, aku pelik dan membosankan kadang-kadang.. mungkin layananku, semakin tahap kritikal nak mati.. tapi aku serius.. sangat serius dengan apa yang aku lakukan..


 " wa, abg F tetiba je taknak layan uda.. wa tolongla msg dia.. tanya khabar.. Uda sedihla.. lepas satu-satu jadi.. wa tolongla uda.. uda tak tau nak cerita kat sape dah.. apa pendapat wa, pasal dia?.. wa okey tak kalau uda dengan dia.." bertalu-talu soalan udaku.. "wa okey je. bukan wa yang nak kahwin dengan dia. alah, lelaki. takkan 24 jam nak layan uda. ada masa dia nak gak lepak dengan kawan.. gi  jamming ke, tengok bola ke, main futsal ke. wa boleh je tunggu dia balik main futsal pukul1-2 pagi.. takkan uda tak boleh kot.. percayalah, nanti dia akan cari uda balik. janganla fikir sangat. negatif betullah minah ni.." bebel aku pula..



 uda selalu cakap, aku ni terlebih matang dari dia.. HAHA.. untungla aku matang.. tah pape jela.. tapi, asyik aku je jadi penasihat utama dia.. abis, aku? ateh dah kahwin. mana ada masa nak layan aku macam dulu.. angah along? haha.. abaikan jela.. mungkin sebab aku jalani sendiri kot benda-benda ni tanpa bimbingan dan kaunseling, buat aku jadi macam ni.. aku tak kisah kalau orang jelak nak baca, sebab ni tempat contengan aku.. aku tak mahu mencontengnya di atas kertas.. membazir..  kan masih boleh kurangkan penggunaan kertas..

tapi serius, aku merindui zaman kakak-kakakku masih remaja.. punyai ramai kakak adalah perkara terbaik pernah aku miliki.. bergurau, bergaduh, menangis semua bersama., sekarang, jarang bersua muka.. tapi masej, tak lupa.. datang gila, bergayut juga.. aku baru tersedar, usiaku kini penghujung belasan tahun.. mungkin aku ni pelik, tapi taklah pelik mana.. aku cuma amat mencintai karya melayu versi dahulu kala.. cerita p.Ramlee itu wajib.. sampai mama bising aku asyik tengok cerita "itam-putih".. thats why aku macam klasik sedikit.. kita harus berbangga bukan dengan karya terdahulu..haha.. aku sayang, aku cinta, dan aku kasih... keluargaku..


p/s : masih aku terasa, hilangmu..

No comments:

Post a Comment