30 March 2011

bencinta

  permulaan yang tidak begitu baik, belum tentu cerita berakhir dengan penutup yang tidak sempurna.. aku terlanjur, terlanjur membenci orang.. dan orang itu budak kelas aku dahulu.. haha.. kelakarnya dunia ini.. aku memang keras kepala.. suka menyeksa jiwa, bila datang masanya.. aku melangkah keluar dari zon selamat, iaitu hidup lagi, menjejak kaki ke sekolah tanpa teman rapat.. dan yang tinggal, FBI.. yang lain? rezeki orang lain-lain,bukan?.. pada mulanya aku terumbang-ambing, tercari-cari.. akhirnya aku baik-baik sahaja..


  aku tak sedar, masa terlalu cepat meninggalkan aku. umur menginjak angka terakhir belasan tahun.. aku masih tidak sedar akan HAKIKAT itu.. pernah dengar tak orang tua-tua selalu pesan "jangan benci sangat kat orang tu, nanti dah suka, payah.." dan aku sering mengejek balik kata-kata tu.. yela, mana mungkin aku nak suka orang dengan semudah itu.. haha.. memang masin betullah mulut orang dulu-dulu.. konklusinya, aku memang dah terlanjur suka.. puas hati?.. aku tak perasan, sejak bila.. sebab aku memang kaki 'drop' orang.. tak pernah kisahpun sebarang gurauan "gedik-gedik" atau keterlanjuran yang ada.. so, aku tak TERLINTAS langsung nak ada perasaan kat hak orang lain.. aku tak berminat.. (macam takda perasaan)..


  tapi, yang aku mula sedar.. bila aku sering dilanda masalah dengan orang jauh.. aku tak tenteram.. dan pergolakan sering berlaku.. tanpa sedar, semua sudah berakhir.. dan kira, dah macam cerita tamil dah (pengaruh cerita tamil ayah selalu tengok).. tapi, aku ke yang pelik, atau orang tu. sebab, bila aku baca sesuatu kat B dia, mesti melibatkan sesuatu yang lama.. "luka lama masih berdarah".. haha.. stalker? tah.. akupun tak tahu.. aku macam terasa kot..(sedikit).. jelespun ya gak, asyik mention nama ehem2 dia je.. dah aku buat tak tahu pasal tu, memang padanlah muka.. perlu ke aku jeles? macam buang masa.. buat aku terpinggir, makin terbuang.. aku mungkin lebih suka mendiamkan diri.. hanya melihat tindakan orang tu selepas ini.. dia sedar atau tidak?  kalau tak sedar, aku pun nak koma juga.. sama-sama tak sedar.. baru adil..


  seriusnya, memang aku TAUBAT habislah, taknak lagi benci-benci orang.. azab juga bila dah terlanjur macam ni.. macam syok sendiri pun ya gak.. haha.. aku tak suka je, boleh tak?.. aku taknak meminta lebih.. senang cerita, tak perlu nak berterus-terang.. kerana membenci, aku terlanjur mencinta? OMP! BENCINTA sudah.. aku masih boleh diselamatkan atau tidak? hmm.. kalau tak bersedia, kenapa perlu terima? kenapa perlu mempersoalkan segalanya? bertalu-talu soalan..dan aku tak mampu menjawab.. tak kisahlah, ur ex or what.. tak bolehlah nak larang itu ini, suka hati.. nak buat apa, buat.. ur life, right? its okay.. tak pernah berharap orang tu akan jadi macam orang sebelum tu.. tak pernah mengimpikan sesuatu yang sebegini.. tak mahu orang tu terus dilukai.. oleh sebab itu, aku benarkan diri untuk disakiti dalam diam..macam kelakar, sebab aku macam nak lindungi orang tu, tapi aku serius. sangat serius, hingga emosi aku tidak seimbang sekarang..  tapi, aku ada fokus yang lain.. yang lebih perlu diutamakan dahulu.. i'll talk about this, later.. 1 fine day, maybe.. just be patient.. stay free.. chill.. make it easy.. daaa~ 

No comments:

Post a Comment