28 March 2011

barangkali...

salam.. selamat malam..


  aku semakin cemas dengan kehidupan ni.. terlalu banyak perkara bermain di fikiranku.. haha.. dan, aku mula terfikirkan sesuatu.. boleh tak aku jadi orang JAHAT? yang tak kisah siapa lagi diri kau.. aku pelik sangat.. asal aku sering dipergunakan.. serius, aku mula merasakannya.. siapa sebenarnya aku bagimu? seakan diri menjadi hamba.. aku rimas. aku bukanlah sesiapa..


aku tak harap kau ada setiap masa, mungkin terbiasa berdikari.. aku tak pernah kisahkan orang mengata kau.. sebab, setiap orang TAK layak dihukumi berdasarkan masa lampau.. dan aku beri kau peluang demi peluang, untuk berubah.. mungkin.. adakah aku yang terlalu berlembut hati dengan kau, sampai kau mula memijak kepala aku.. aku tak larat nak berasa susah hati dengan kau.. dan kali ni, aku benar-benar maksudkannya.. maaf..


 kawan baik aku yang lain berang dengan sikapku begini.. aku cuma, tak boleh tengok kau dalam situasi begitu.. fikirkanlah.. aku perempuan juga.. ada hati dan perasaan.. andai sikapku yang begini memungkinkan secebis rasa untuk kau miliki aku, lupakanlah.. aku bukan begitu.. jangan perbodohkan aku dengan ceritamu. aku mungkin hanya mendiamkan diri bila kau bercerita.. tapi, aku taklah tuli sangat untuk membezakan segalanya..


 maaf, aku penat dilayan begini.. aku tak sanggup lagi pikul masalah kau.. aku hanya mampu nasihatkan, "jaga diri, jangan nanti menyesal.." walaupun aku sedaya upaya taknak KAU menyesal nanti.. aku terpaksa undur diri.. sekarang, masa untuk aku fokus dalam hidup aku sendiri.. terlalu melebihkan kawan, tak guna juga.. sekarang, tiada siapa lagi nak menegah kau.. tiada siapa lagi yang caring2.. mungkin itu sahaja jalan yang ada untuk kau nilai siapa diriku di sisimu.. kau hanya menjejaki ku, bila kau memerlukan pertolongan.. selebihnya... kau faham jela..kau tau tak, aku sangat susah hati hari tu, macam-macam aku banyangkan.. dia pun menunding jari ke arahku, andai apa2 yang akan berlaku padamu.. memang sampai mati aku takkan maafkan diri sendiri..ini buktinya, aku memang sayang dan pedulikan kau.. tapi kau tak pernah kisah semua tu.. cukupla sampai di sini.. terima kasih..



No comments:

Post a Comment