27 July 2011

Sembunyi


Mungkinkah aku yang tersalah menzahirkannya, cuai dalam menyembunyikan..
dan akhirnya sendiri yang merana.



 aku kehilangan orang yang paling aku percayai, dan aku juga hilang orang yang memberikan semangat. salah sangka, itu selalu terjadi kepadaku. salah menilai aku, tidak mengapa. bulan7, sememangnya malang yang amat bagiku. satu persatu berlaku, hingga jiwaku mati.


 kita dibesarkan dengan cara berbeza,bukan. dan aku harus menjadi matang dengan cepat, diajar bersabar dan mengutamakan orang lain.. jadi, hidup dan pengorbanan itu saling berkaitan dalam sejarah aku. mungkin benar, aku pepelik. aku sayang kau. mereka. dia.



"kalau kita mudahkan urusan orang, Allah akan permudahkan urusan kita"


 adakalanya aku dingin, adakalanya aku tidak.. aku sukar mempercayai orang, dan sebab itu aku sangat melindungi.. setiap satunya, aku berhati-hati. hingga ada yang membenci diriku, tidak mengapa.


  kan kau dah ketemu bahagia kau, kenapa perlu menghindar. risau? tiada apa yang hendak difikirkan lagi. perlu banyak sebab untuk menghindari aku, rasanya tidak. apa yang aku lakukan punyai sebab sendiri, bagiku sangat penting jujur dengan perasaan sendiri.. dan adakalanya aku sendiri yang terluka dengan perbuatan sendiri untuk menyedarkan kau.
 jadi- TAK PERLU NAK HILANG DARI RADAR AKU.


FBI, kali ni je kau tengok aku teruk. kau susah hati pasal aku. kali ni je aku biarkan diri aku macam nak gila. kali ni je kau perlu marah aku. kali ni je aku susahkan kau. kali ni je kau tengok orang tak berjiwa. kali ni je kau tegur aku selalu buat keje bodoh. kali ni je orang taknampak aku. kali ni je mereka buang aku. kali ni je, kawan.



  aku lakukan untuk kau. Ya, demi kau. keutamaanku, kau. setiap hari dalam hati, kau. aku terima keputusan tu demi kau. aku sorok hakikat hati akupun demi kau. aku sentiasa ada untuk kau.aku rencanakan sesuatu, untuk kau. dan aku melindungi kaupun sebab taknak kau terluka lagi. tak tidur, tak makan, tak sihat, masih aku layani kau. aku ke yang pentingkan diri? aku ke yang tak wujud. aku ke yang tiada fungsinya. aku ke yang mengabaikan kau, andai setiap hari-hariku cuma engkau ! kau yang memaksa aku untuk meyatakan segalanya. Ya, akulah si pelik yang sering buat orang rasa tidak dihargai pada pandangan kasarnya. PUAS?


tidak mengapa.



katakan apa sahaja, bencilah aku apa adanya. kerna aku tidak termampu untuk membenci.
yang ada padaku cuma 3.
kenangan semalam, hari ini dan esok.


aku dah mengalah dengan perjalanan dan pilihanku sendiri. aku tewas dengan diri sendiri.
ternyata benarlah aku bukan calon yang baik.
untuk apa tangisan yang berbaki. tiada maknanya, hati.
jiwaku mati, saat aku atur langkah untuk pergi..
boleh tak kali ni aku pula yang pentingkan diri.. ingatanku tak mati lagi.
sangat menyeksakan diri.




p/s ; sabar sabarlah sabar.
ini bahagian aku, aku terima. kau buatpa pun, aku sayang kau lebihlah. haha.
aku minta maaf, aku tak sempurna.



26 July 2011

kembara hati



Syukur alhamdulillah, sangat perlukan percutian merehatkan segalanya.
dan kali ni, merantau jauh tanpa keluarga lagi.
PERLIS - KEDAH - PERAK.

bertolak. haha..

act, aku sebenarnya agak ngeri naik bas. teruja tu memanglah, cuma rasa tak selamat tu buat aku tak duduk diam. nak taknak, tak tidurlah dalam bas. dan nak taknak, malanglah siapa duduk sebelah aku,
sebab kena layan aku yang teraktif memalam. HAHA.


pergi padang besaq, aku tak tau nak beli apa untuk diri sendiri. semua orang dok kirim.
aku taktahu nak shopping benda2 macam ni.
benda lain tu, bolehlah. haha. sorrylah. seriuslah, aku tak pandai shopping-mopping kat situ.


then, kami pergilah ke Gua Kelam. aku taktahula kenapa aku macam takda je kat situ.
adoi aii. punca betul. mesti tension kat Padang Besaq tak hilang lagi.
okayla, akupun tak pernah masuk Gua, gayat macam nak mati.
tetiba je perut aku kecut, malu den.


poie taman ular, act kami ni tak masukpun.
nasib ada taman menan, so, bermainlah dengan riang ria raya..

dia belanja kami eskrem

katil kuh (bilik kami)

depan rumah cikguu

bendang kG Cikgu

muzium Padi

taman UUM

kesayangan =)

Lost World ^^

geng Elmo <3

gedix sajoss ^^

P/S: terima kasih banyak, sebab sangat prihatin kat keadaan aku yang tak menentu.
insyaallah, aku cuba jadi lebih matang, sabar dan insan yang kuat.
Andai, jasad ini, jiwa ini akan kembali padaMu sebentar lagi Ya allah,
izinkan aku merasa bahagia dan membahagiakan mereka yang telah aku abaikan.
mereka yang tidak aku ternampak.
nyawa ini, hanya akan redha.. jika kau berikan aku kesempatan yang Ke-2..






mood: tacing T___T

24 July 2011

kejap-kejap

ku biarkan luka di hati berdarah.. "
Auchhh ! haha .


A L H A M D U L I L L A H .
selamat pulang ke rumah setelah 3hari menghirup udara di tempat orang.
terima kasih kepada sesiapa yang mengerti.



perjalanan jauh, mereput tetulang dalam bas.
auchhh. berbaloilah juga usaha kelab PRAMASIS kumpul dana nak pergi UUM.
haha. menarik dan tertarik.
banyak berjalan. mood pagi yang sedikit loading.
nanti citer.


sangat-sangat dapat melupakan sebentar apa yang terjadi, kan?




malas sedikit meng"upload" pic. later, okess.
act, FBI tersedar yang aku macam pelik, sebab tidur awal.
haha. penatlah kot chaa.




terima kasih banyak kawan.
kejap-kejap aku lupa. kejap-kejap aku ingat kembali.
kejap-kejap aku taknak ingat, kejap-kejap datang kembali.
kejap-kejap aku rindu. kejap-kejap aku sayang. kejap-kejap aku harus jadi kejam. kejap-kejap aku harus dibenci orang. 
kejap-kejap aku cuba melepaskan bebanan.





p/s : kehidupan, perlukan pengorbanan. dan DIA hanya menduga kita. agak kekok dengan persekitaran baru ni tanpa dan tanpa . Insyaallah, aku okes sajoss .
sayang,sayang sayang.

19 July 2011

ajarkan aku



AJARKAN AKU..
Ayat yang mendamaikan hati, butiran tasbih yang diratib erat satu per satu.
bibir yang terkumat-kamit menyebut-nyebut nama Penciptanya.
temukan aku kedamaian yang dicari.


"seorang muslim itu dilarang sama sekali menyakiti saudara seislamnya. "


atas dasar apa aku coretkan ini, atas dasar jalan sebenar yang harus berlaku.
sekarang, tanpa sedar kita saling menyakiti sesama kita. 


jangan kau ajari aku, bagaimana untuk menerima takdir atas paksaan. bagaimana aku harus mengutamakan kepentingan diri sendiri dengan mengabaikan perasaan orang lain.
ternyata aku sanggup demi dia sebelum ini.


Ajari aku untuk menjadi seorang yang hebat luaran dan dalamannya .
perempuan yang kental hatinya, yang dapat meredhai apa jua yang berlaku.
jiwa yang tidak perlu merayu-rayu pada simpati manusia.


Sungguh aku mulai kenal erti sayang sebenar. erti memiliki apa yang terindah .
aku sayang kau, kamu, mereka dan kalian.
dan seharusnya aku tidak membiarkan episod ini sarat dengan kesulitan.
dan biarkan aku yang menanggung semuanya mungkin itu terbaik.
hentikan perdebatan.


ajarkan aku bahasa cintamu, ajarkan aku kedamaian yang hakiki.
ajarkan aku, wahai kekasih. ajarkan aku wahai sahabat. 
tunjukkan aku Ya Allah.



p/s: semoga segala urusanmu dipermudahkan dan hayatmu diredhai.
keikhlasan itu tidak hanya terbit di bibir, namun hanya hati akan merasainya.
terima kasih, aku hargai kasih sayangmu.


18 July 2011

ketika



belajar daripada pengalaman.
permusuhan takda ke ketemu jalan pendamaian.



aku mula lemas dalam kehidupan ni, rimas dengan tingkah laku mereka
aku bosan. aku penat. aku marah.


trial kian menghampiri, sedangkan aku masih sibuk merencakan pelbagai aktiviti.
rasa macam nak mati, tapi masih punya hayat yang berbaki.
dan harus ku isi sebaik mungkin.



semalam tak tidur.
menanti dan menanti. memikirkan segala kemungkinan yang bakal terjadi.


Alangkah bertuahnya dapat jodoh macam dalam cerita Ketika cinta bertasbih.
Kairul Azzam.
namun persoalannya, aku bukan perempuan sesoleh Anna.
subhanallah. mesti tonton..
konklusinya, kalau dah jodoh.. 
takkkemana.


aku dah jatuh cinta kat cerita yang berunsur Islam sebegini.
menunjukkan erti Islam yang sebenar kepada umum.
kalah cerita Nur Kasih.





p/s :  aku tak impikan kehidupan fantasi sebegini.
terlalu menyakitkan. namun, semua ada hikmahnya
terima kasih.






14 July 2011

a bit more


seriously, i can't control myself at all.
Cik N, please please please behave yourself.



when you left me behind your side, i have nothing to do.
just an empty heart without any feeling left, alone.
i'm gonna kill you if you hurt me again dude !



aku jatuh cinta, selamanya cintaku padanya.
BEBOLA CINTA, HAHA
BOLA JARING.


aku penah je merasa kurus nih. tak kisahpun.


jangan pertikaikan kenapa aku gelap masa nih.
hahaha.



kehidupan terlalu rumit andai kita terlalu meramalkan.
jangan takut, redah je.


aku selalu buat ujian kat diri sendiri,
saja nak rasa macam mana jadi orang nakal.
kawan dengan semua.
dan itu menghadiahkan pengalaman.










haha. mulut orang tak boleh nak tutup.
cukup sekadar aku selesa dengan kehidupan aku.
dan mahukan kelebihan yang harus diburu.


kematangan bukan untuk dijaja dari rumah hati ke rumah rasa.
hakikatnya, jangan mudah mengambil hati kat perkara 
yang terlalu remeh.


aku diajar bangkit,
selepas selalu terjatuh, belajar bertatih dan berjalan sebelum berlari.














aku sayang mereka.
sumpah aku rindu mereka yang ceria selalu. even sorg mamat tuh tak ceria dalam pic nih.
bertahanlah. masa tidak terlalu lambat berputar.
abaikan ceritera yang menyisihkan kau daripada realiti.
ayuh.. kita kembali bersatu.


korang kekuatanku. yang mudah rapuh tiangnya..
ketegangan ini memaksaku untuk tidak mendiamkan diri.
lupakan kekusutan, pulihkan keadaan. kenap perlu menyisih dan disishkan.
kitakan sama, pelajar STPM 2011.


kesayanganku..
 beliau gemar menjadi pengkritik hidupku. selalu dan selalu.
alarm yang takkan berhenti berbunyi, untuk menyedarkan aku tentang hakikat sebuah kehidupan.
okay-okay, aku dah rasa penat dan susah nak cari duit.
aku dah rasa payahnya jaga anak (sebab aku jadi PENGASUH).
lagi-lagi masa sakit, banyak meragam. perlukan kesabaran yang sangat tinggi.
terima kasih, MAMA.





p/s: aku tension gila hari ni, kepala pepening langau. melepaskan tekanan dengan joging sendirian kat padang.. aku tak tahu kenapa aku mahu terus lari dan lari.
mesti nak get ready kena kejar anjing pagi esok. masaklah hari-hari kena kejar.
gugur lomak den. tapi takpe, anjing2, daku dah ready maa..
aku ada, selalu ada. untukmu.

13 July 2011

taknampak



"aku memang suka baca belog kau. lagi-lagi tulisan halus, memang hampir butalah aku baca."


haha. tengoklah tulisan aku macam mana sedang-sedang jekan.
aku suka guna tulisan kecil sebab nampak kemas.
dan aku yang rerabun pun boleh baca..



kadang-kadang kita rasa kita mampu untuk buka buku baru.
lupuskan kisah lama.


memang betul. aku tak kenal kau yang dahulu. aku kenal kau yang sekarang.
kau yang di hadapan aku, kau yang begitu tulus melahirkan keazaman dari kekesalan.
kau membuatku ingin teguh bersamamu.
kenapa masih kau tangisi semalam yang kelam.
akukan ada di sisimu.


cemburu tu tanda sayang.


kau tak hiraukan aku lagi. sedikitpun tidak.
" kau ni wa, orang tu dah buang kau jauh-jauh dari hidup dia. dah bahagia sakan dah, tak pernah ingat kau langsung. kau pula sesibuk ingat lagi pasal dia.  ada dia cari kau. sakitkan hati kau adalah. tak guna punya orang..!" - FBI.


kadang-kadang, bila satu pintu kebahagiaan tertutup rapat.. dan terbuka satu pintu kebahagiaan yang lain, namun kita takut untuk melaluinya. apa yang kita fikirkan ialah bagaimana caranya untuk membuka pintu yang tertutup itu. tanpa sedar pintu yang telah terbuka itu lebih baik daripada pintu yang telah tertutup.
wajarkah kita mengabaikan sahaja pintu itu.
TERPULANGLAH..



terima kasih sayang. 
aku terimanya dengan hati yang terbuka. kau memang sahabat terbaik pernah aku miliki.

11 July 2011

sehabis kata

Takperlu nak berdrama sakan. kerna cukup-cukup, aku tau kau siapa dan kau tahu aku siapa.
aku bencikan kekalutan.


kalau aku tak usik kau, kenapa perlu kau jolok sarang tebuan. kalau aku tak undang kau, kenapa perlu kau mengundang kecelakaan. jangan salahkan aku.
salahkan kolotnya fikiran kau.
tipisnya rasional kau.



pepohon manapun yang redup akan menghangatkan kembali tubuhmu, andai kau tebang semuanya.


aku tak mengerti, sedikitpun tidak. sudah habis nilaikah aku di sisimu? hingga semuanya terlupus, dan akukah yang terbuang dalam kisah yang kau karangkan.
HAHAHA.






pesanan buat pemilik hati :
maafkan apa yang tidak terdaya kau maafkan.
padamkan saja marak api yang sarat dendam kesumat.
buangkan semua kekeruhan.




p/s : pemilik hati, aku lah..
kenapa. selalunya aku yang rasa macam aku jalan pemisah.
untuk hati lain bersatu dan jujur pada apa adanya.

07 July 2011

Empty



Hati nak gegar-gegar. bila cemburu mencarut dalam hati. Auchh ! sakitlah sengal- hati mencarut sakan.
carutan yang dicarut oleh si pencarut yang mengarut dan berperangai kalut.


haha. macam gores dan menang.



kalau dulu salahkan takdir, jauh beratus batu, bersempadankan lautan. kepercayaan menjadi taruhan.
sekarang nyatanya hakikat. aku cemburu!
aku pelik. sangat khuatir dengan lantangnya hati berkata.


aku cuba buat taktahu. aduh, sakitkah aku. pepelik sangat, bukan.
kalau dulu, suka buat orang cemburu walaupun aku tak maksudkan yang sebenarnya.
sekarang hati menanggung beku.



melihat gambarmu yang nyata bahagia, aku kelu. syukurlah, nasibmu begitu sempurna baiknya.



kenapa baru sekarang aku merasakan itu. kenapa mesti kau buat aku cemburu. hati, hati- hati.
mungkinkah ada maksud dalam kalbu. aku tak berang, cuma aku selalu hadapinya dahulu. buat hati ku macam dipalu-palu. yang aku tau, buat selamba muka semanis kurma sudah.



benar, aku sukar mempamerkan semua itu. terlalu melindungi dan hipokrit melayani terusan takdir.
dan bila aku cuba menyatakan- aku malu.
macam pelik bila perasaan malu itu berdendang sayang dalam jiwaku.
yang paling kelakar- AKU MEMANG PEMALU DULU. susah nak cakap dengan orang yang belum aku temui keselesaan bersama. kecuali kenakalanku yang gemar mencuit hati.




aku takpasti, untuk apa adanya cemburu bercambah dalam hati. walaupun tanah dalaman tandus. tiada hidupan. namun yang pasti, aku cemburu. dan masih mengawal emosiku yang mudah terbang macam lelayang di awanan. mudah redup panasnya. namun, sukar hilang parutnya.



terima kasih, kerna buat aku melahirkan bait cemburu. membenarkan riwayat menampung beban dalam kalbu.
harus aku katakan, mungkin 'itu" yang terpatri. menempelkan kerapuhan rasa sayu. 
penafian oleh si penafi yang terus menafikan.



hey GILA, aku cemburulah ! 
tetiba hati melaknat kata sendiri. eyuww. bersangkar emas kau dalam hati.