27 July 2011

Sembunyi


Mungkinkah aku yang tersalah menzahirkannya, cuai dalam menyembunyikan..
dan akhirnya sendiri yang merana.



 aku kehilangan orang yang paling aku percayai, dan aku juga hilang orang yang memberikan semangat. salah sangka, itu selalu terjadi kepadaku. salah menilai aku, tidak mengapa. bulan7, sememangnya malang yang amat bagiku. satu persatu berlaku, hingga jiwaku mati.


 kita dibesarkan dengan cara berbeza,bukan. dan aku harus menjadi matang dengan cepat, diajar bersabar dan mengutamakan orang lain.. jadi, hidup dan pengorbanan itu saling berkaitan dalam sejarah aku. mungkin benar, aku pepelik. aku sayang kau. mereka. dia.



"kalau kita mudahkan urusan orang, Allah akan permudahkan urusan kita"


 adakalanya aku dingin, adakalanya aku tidak.. aku sukar mempercayai orang, dan sebab itu aku sangat melindungi.. setiap satunya, aku berhati-hati. hingga ada yang membenci diriku, tidak mengapa.


  kan kau dah ketemu bahagia kau, kenapa perlu menghindar. risau? tiada apa yang hendak difikirkan lagi. perlu banyak sebab untuk menghindari aku, rasanya tidak. apa yang aku lakukan punyai sebab sendiri, bagiku sangat penting jujur dengan perasaan sendiri.. dan adakalanya aku sendiri yang terluka dengan perbuatan sendiri untuk menyedarkan kau.
 jadi- TAK PERLU NAK HILANG DARI RADAR AKU.


FBI, kali ni je kau tengok aku teruk. kau susah hati pasal aku. kali ni je aku biarkan diri aku macam nak gila. kali ni je kau perlu marah aku. kali ni je aku susahkan kau. kali ni je kau tengok orang tak berjiwa. kali ni je kau tegur aku selalu buat keje bodoh. kali ni je orang taknampak aku. kali ni je mereka buang aku. kali ni je, kawan.



  aku lakukan untuk kau. Ya, demi kau. keutamaanku, kau. setiap hari dalam hati, kau. aku terima keputusan tu demi kau. aku sorok hakikat hati akupun demi kau. aku sentiasa ada untuk kau.aku rencanakan sesuatu, untuk kau. dan aku melindungi kaupun sebab taknak kau terluka lagi. tak tidur, tak makan, tak sihat, masih aku layani kau. aku ke yang pentingkan diri? aku ke yang tak wujud. aku ke yang tiada fungsinya. aku ke yang mengabaikan kau, andai setiap hari-hariku cuma engkau ! kau yang memaksa aku untuk meyatakan segalanya. Ya, akulah si pelik yang sering buat orang rasa tidak dihargai pada pandangan kasarnya. PUAS?


tidak mengapa.



katakan apa sahaja, bencilah aku apa adanya. kerna aku tidak termampu untuk membenci.
yang ada padaku cuma 3.
kenangan semalam, hari ini dan esok.


aku dah mengalah dengan perjalanan dan pilihanku sendiri. aku tewas dengan diri sendiri.
ternyata benarlah aku bukan calon yang baik.
untuk apa tangisan yang berbaki. tiada maknanya, hati.
jiwaku mati, saat aku atur langkah untuk pergi..
boleh tak kali ni aku pula yang pentingkan diri.. ingatanku tak mati lagi.
sangat menyeksakan diri.




p/s ; sabar sabarlah sabar.
ini bahagian aku, aku terima. kau buatpa pun, aku sayang kau lebihlah. haha.
aku minta maaf, aku tak sempurna.



1 comment: