01 August 2011

Maybe



SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN.


alhamdulillah, bersua kita kembali di bulan penuh keberkatan, penuh pengampunan dan penuh ganjaran dariNya.



awal-awal lagi ujian bertandang. AIR TAKDA. catuan air sana-sini. sangat cemburu bila tanya orang lain, rumah ada air. tapi taman sekitar Bt4,PD, Lukut masih tiada bekalan air bersih.
sangat sukar, nak masak, mandi, ambil air sembahyang, baju bergunungan, nak membuangpun payah.. sangat sedih.. segalanya terbatas.
sabarlah, ujian dariNya, bukan..



teruja bersahur seawal pukul 4 pagi. berperang di dapur bersama mama tersayang.. sementara yang lain masih tidur. wahh., sangat seronok.
cuaca pun redup sahaja. saat paling best, berbuka bersama seluruh ahli keluarga - kecuali UDA. beliau kerja. sedih jekan. act, rumah macam nak pecah, tong-tong air sana-sini.
.(rumah kecil, keluarga agak padat). sangat merindui detik sebegini.
durian. durian. durian.
okay, mahu terdemam pula.. hangat sajos.



tahun ni, banyak bezanya. TANPA dan TANPA.. agak kekok, namun keredhaan itu sangat perlu, bukan. bulan ni haruslah kita rebut apa yang terdaya untuk mencari keredhaanNya.
kemalasan melanda hati.. kepincangan dalaman yang lama bertiangkan sabar.
aku harap, tak roboh. aku berdoa agar tiang itu tidak mereput.. ini pilihan aku. pertama kali aku melawan pilihan orang lain dalam menentukan hidupku.



lama aku pendam. lama juga aku mendiamkan diri..
bukan hipokrit, bukan jua mementingkan diri. cuma lelah mendepani takdir yang tidak berpihak padaku. DIA lebih mengetahuinya, bukan.


semoga ramadan kali ini memberikan 1001 makna dalam hidupku yang singkat.
selamat menikmati kelazatan bulan penuh keberkatan, InsyaAllah.



‎"Berserah diri, kemudian pasrah. Orang bertawakal berasa tenang kerana ada janji daripada Allah, orang berserah diri cukup dengan pengetahuan mengenai Allah dan orang pasrah reda terhadap hikmah Allah. Tawakal adalah permulaan, berserah diri adalah pertengahan dan pasrah adalah penghabisan.” - Abu Ali Ad-Daqqaq







p/s: hey idiot, i'll will always "hate" yeuw !
you're still mine, muahaha. (mengarot)
PYTB ^^ .

No comments:

Post a Comment