03 August 2011

malu malu malu



Alhamdulillah.
berita baik dari seberang, Incik Bintulus.
syukurlah, ur ahmoy dah pakai tudung, bulan penuh keberkatan.
teringat juga katamu dahulu, akhirnya termakbul. bukan mudah nak berubah, kawan.


dengan bahasa yang indah darimu, aku kelu.
malu malu-malu masih mendekati aku.



tanpa kata, kita saling berkomunikasi.
tanpa kata, hanya mata yang bermadah, mata yang menyuarakan bahasa indah.
lengokkan tubuhmu, memberi maksud yang tersirat.
inikah cinta pertama dan terakhir.


dengan bahasa, kalimah yang sama
berulangkali kau lafazkan, berulangkali aku terkesima. berulangkali kisah itu ku putar.
berulangkali luka kembali berdarah.




dengan Bahasa, kau lahirkan kemesraan.
indah. malu-malu maluku mula terusik. tersentuhkah aku dengan sikapmu.
masih belum aku mahu. teruskan berlalu. tidak berganjak langkahku.
masih aku setia tanpa ragu. masihkah aku menjadi penunggu.




dengan Bahasa, lahirlah kata pemusnah.
mereka malu malu-malu mencengkam aku dengan jalan takdirku.
katanya aku terlalu mengejarmu, membiarkan diri dimamah duka, bersalutkan kesabaran yang padu. siapapun kau ku sudi terima, namun masih aku malu.
awan hitam enggan melepaskan aku..




dengan Bahasa yang kau tuturkan, aku jatuh cinta pada keindahannya.
malu-malu malu.
lidah yang dahulu kelu, petah mengatur kata. mata yang dahulu bijak berbahasa kini hilang celiknya. enggan lagi bermadah mesra.
inikah cinta yang aku damba.
pertama dan terakhirnya.




jika tanpa bahasa, bagaimana terlahir kisah ini.
jika hanya membinasakan, mengapa kematangan yang berbuah lebat, kasih mula merimbun.
acapkali ketandusan ketenangan, acapkali juga kemarau melanda.
malu tanpa ragu malu-malu..






p/s : dengan bahasa, ada ertinya kita.
woahhh. teruja, mengulit kenangan. HAHA.
mud: mengarut, karut dan kalut.

No comments:

Post a Comment