08 August 2011

musafir



Ya Allah.. Ya Rahman.. Ya Rahim..

lekas benar ramadan berlalu, Fasa seminggu telahpun kita lalui.
alhamdulillah. syukur, masih mempunyai kesempatan merebut keberkatan bulan mulia.


aku hirup kekuatan sekembung mungkin.
aku tak tipu, aku hanya mendiamkan diri sahaja. usah difikirkan lagi, kawan.
masih jauh lagi destinasi kita. ingat, semua ini hanya pinjaman.
usah lelah berbuat baik dengan orang, kerna DIA mengetahui setiap satunya.


mungkinkah aku cemburu.
terlambatkah aku untuk mendapatkan yang hakiki. sedangkan yang hitam itu acapkali mengasari memori aku. akukah yang bersalah. akukah yang alpa. setiap satunya, Ya Allah.
satu persatu ceritera bertandang di lubuk hati.


" Dan sesiapa yang enggan mengingat-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit dan kelak pada hari kiamat Kami himpunkan dia dalam keadaan buta.."
:: Surah Taha; ayat 124.


SUKAR.
pengabadian manakah yang perlu, andai setiap satunya berlandaskan kasih sayang sejagat.
tertanya-tanya. nafas panjang yang dihela. 
berat. panas. rimas.
aku tidak merampas sesiapa. aku tak punyai apapun. aku hanya musafir di bumi miliknya.


aku sangat faham. aku mengerti. aku juga rasai.
cuma kau perlu telan kesakitan, kepahitan itu dengan keredhaan yang tiada duanya.
itu harga untuk erti DEWASA sayang.
harga itu yang perlu kau lunaskan sekarang demi menjadi musafir di bumiNya.


 aku mencintainya, ibarat bulan yang tidak jemu bertandang tika malam gelita.
ku biarkan sinar itu mendampingi, dan hanya ku lihat dari jauh.
ku nikmati  redup bayu malam yang menari.
danku bebaskan dia pergi.



hidup tak semestinya cerah, adakalanya Dia beri kita kilat dan petir untuk kita lalui, tanpa kita sedar Dia hadiahkan kita pelangi.




p/s : selamat beramal.
cikN ^^  

No comments:

Post a Comment