27 September 2011

Sesalan dan penghijrahan



SESALAN.

Dusta andai aku katakan tiada sesalan yang aku hadapi. Tiada yang perit, selain hadapi penyesalan tu dengan penghijrahan yang lain. Berulangkali cerita itu aku putar dan terus aku putarkan.
Hingga lesu sudah hati menangkis sesalan.



KALAU, ANDAI. JIKA
itu yang sering terlahir di bibirku. Sumpah aku menyesal sudah. Dan untuk setiap kalinya aku jujur, aku sedih dengan pilihan menyakiti kau. HAHA. Setiap satunya kenangan tu akan merobek dan menghancurkan lakonan aku. Aku bukan sesiapa, aku manusia biasa. Aku terlalu tidak sempurna. Hanya kau yang sentiasa lekat di fikiranku selama ini. Aduh, jangan begini hati. Tapi itu dahulu, fikir apa sahaja yang positif. Tiada apa yang perlu disesalkan lagi .
 Keep moving forward, sayang.



Kenapa tiada peluang kedua untuk aku.
puas sudah aku merayu dan merayu. Rayuan tak terdengar ke, tak dilayan?
aku taklayak untuk yang kedua kalinya, aku tak lulus ujian kelayakan pula.
maka aku lanjutkan kepada penghijrahanku.


MULAKAN episod pertama, KEMBALI.



Penghijrahan.
kadangkadang kita takdapat nak percaya sesiapa, tapi kena percaya pada diri sendiri. kadangkadang kita tewas dengan mainan emosi sendiri, bangkit kembali dengan bekalan kematangan yang kita miliki.
aku hijrah jauh, perjalanan itu berliku, semestinya ketika melakukan penghijrahan banyak sangat cubaan,
hampihampir aku tewas dengan godaan , dan menghukum diri sendiri.
belajar melepaskan, meredhakan, InsyaAllah kita mampu hadapi hari mendatang dengan baik.
DIA uji kita, maka kita harus sabar. ada hikmah untuk setiap satunya. Aku percaya, akan ada kehidupan yang lebih baik lepas ni untuk aku.



Aku harap yang baikbaik, fikir yang baikbaik sahaja.
jujur aku sayangkan semua yang berlalu, masih aku termimpimimpi kenangan lalu.
aku pun nak kau hidup baikbaik. mereka tidak mengerti perasaan aku baikbaik. ketawa masih berdekah.
bibir kekeringan, keringat masih basah. senyuman masih terpampang, hidup sahaja dengan sebaikbaiknya
bukankah penghijrahan itu benda baikbaik
maka, kau mampu laluinya. kau tak selemah mana, sesalan itu biarkan berlalu, jadikan tauladan.
buka buku baru, dengan sifat yang terbaik
lapang hati dengan pengisian rohaniah dengan lebih mendalam.
Insyaallah.




p/s; bakal berkunjung ke negeri incik bintulus. Sumpah aku sedih untuk kali ke 150 juta kali.
HAHA. aku teruja, namun masih ada makna ke... FITNAH AKU? aku taula aku diva, tak perlu nak jatuhkan aku macam tu, sebab aku sedikitpun tak ambil kisah benda remehtemeh.
HACKS- sarawak ^^


-cik N



24 September 2011

KESEMPATAN

  Assalam.. bersyukur aku masih bernyawa. Selamat pagi, selamat hidup kembali, selamat pagi berhujan, selamat ditinggalkan kekasih, selamat berkahwin, selamat hari lahir, selamat ulangtahun, selamat mencari cinta baru, selamat berusaha, selamat menghadapi peperiksaan, selamat mendapat result, selamat hari ahad, selamat bertunang, selamat berbahagia dengan kecurangan, selamat memulakan hidup baru, selamat pagi,.... CINTA.




Wahh, satu persatu kesakitan jenggah ke tubuhku. Alhamdulillah.
- beta dengan izinNya telah kembali sihat. Tuan Hamba tak perlu risau lagi ya.
dah kena suntik 2-3 dos ubat kalau tak sihat mati meyh. HAHA.




kau mengingatkan aku kepada seseorang yang amat berbekas di hati- suatu ketika dahulu. saat muda remaja meranjaunya luka.
sebab bersusah payah, berjaga teman aku. yela masa sakit nak ingat apa lagikan. Act aku tak sangka kau tak tidur, tunggu aku yang kejap tidur kejap bangun ni reply msg kau. Wahh beta terharu sangat. Terima kasih.



kau sangat risau melihat aku begitu, bukan. Tak boleh "pergi" masa aku minum air gas- KAU BUAT MUKA SINGA. aku makan nenas- " KAU MAKAN NENAS KAT PINGGAN AKU, AMBIL NENAS YANG TERSANGAT KECIL untuk aku makan." aku pun tarik muka, tanda protes dengan layanan kau. Nak buat macam mana, raya rumah orangkan, aku ingat air sirap biasa ja.
terima kasih FBI.



Dan ternyata apa kau buat tuu, untuk kebaikan aku juga. Aku dengan muka poyonya ingat aku dah sihat sangat. Hammbek, berpeluhpeluh tahan sodap ehh makan tadi. pucatmucat kau kan. Haha.. janganlah risaukan aku.
aku sayang gay aku sekuat Tiger.


Jangan bagi harapan kalau benarbenar tiada untuk diberi.
benarbenar aku terbuai dengan indahnya tingkah lakumu. serupa tidak percaya dengan apa yang berlaku. Fine, aku malu untuk lebih berkatakata kali ni.
Diam, berambus ! 
-untuk lebih hipokrit. HAHA.




- I made the mistake of letting you go when i still loved you . You made the mistake of watching me leave while you still loved me.

bungabunganya jahh ayat kau.
haram jadahnya aku macam ni. okay sejuk. mau teguk itu kerupies.


-Cik N 








19 September 2011

Partner Vs Hati



Assalam..
Pernah ke alami perasaan yang mana, kedua-duanya penting dalam hidup anda.
dan terpaksa memilih antara duanya.
pasti akan meninggalkan KOS LEPAS, perasaanku sarat dengan perhitungan.



Tinggalkan keduanya- Hindari kedua-duanya.
Ini yang paling adil dan saksama.


Pilih yang terbaik- ehemm. yang ni tak pasti.


Pilih Keduanya- Pasti sangat tamak.



Nampak sangat aku tak suka, BENCI akan pilihan. Yela akukan manusia biasa.
Act bukan pilih apa, pilih jaga hati kawan, lukakan perasaan sendiri. Atau jaga hati sendiri, lukakan hati kawan. 
"Asyik aku ja jaga hati depa, depa taknakpun jaga hati aku"
- selalunya akan terkeluar ayat nikan.



Islam galakkan Umatnya untuk saling menjagai hati sesama sendiri. Dalam erti kata lain, setiap pengorbanan tanpa mengharapkan balasan selain balasan Allah itu merupakan sebaik-baik pengorbanan. Hindari sifat menjaga kepentingan diri sendiri. Namun kita tidak terlepas dari godaan laknatullah.




Kita jangan berburuk sangka atas setiap satu pilihan orang lain yang membabitkan kita. Bertenang, sabar dan redha itu perlu. Kerna Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita. Jangan juga kita menjauhi dan menuduh seseorang itu kejam kerna melukai hati kita, tanpa sedar kita perlu teruskan hidup kita dan dia perlu teruskan hidup dia. Dalam erti kata yang lain, izinkan hatinya merasai kebahagiaan yang tiada pada kita.



P  I  L  I  H  A  N .



Kalau boleh aku hindari, lama dah aku cabut. Makin aku stay, makin aku keliru. Makin aku utuh berdiri, makin aku tidak berdaya. Kawan, atau hati. Kawan atau bekas kawan. Mahupun kawan, bekas kawan dan aku.
Kenapa aku takut untuk berhadapan dengan keluhuran hati sendiri. Aku sayang keduanya. Aku perlukan keduanya. Aku sendiri yang mengubati lukanya, dan aku juga yang akan merobek kembali sakitnya.



TENANG. JANGAN TERBURU-BURU. SABAR

- aku harap, aku yang dijadikan pilihan. Mudah untuk aku mengalah. Tapi kali ni, aku betulbetul taktahu. Semoga Allah kurniakan aku Ilham rahmat dan hidayah untuk pilihan yang memberikan kebaikan tanpa perlu menyakiti.



sekian, madah berbungabunga
- cik N






15 September 2011

Sesuatu yang ..



Selamat Hari Malaysia, tanah Airku.
- Al-fatihah untuk semua pejuang kemerdekaan negara kesayangan kita .



Harus cuba yang Terbaik.



-  mudahkan jika kita tahu, salah kita. Dan mengakui salah kita. Jangan ego sangat, jadi seorang yang sangat pentingkan diri sendiri. konon mahu berlaku adil bagai. Awak, awak sakitkan hati seseorang tu dengan perbuatan awak sendiri, kepentingan sendiri. Apa salahnya jika minta maaf. Awak tak rugi apapunkan. Tak luakpun kebahagiaan awak tu.


- Awak suka gaduh dengan saya. SELALU. Dan awak yang akan buat muka "touching" tu dengan saya. Dan saya suka buat tak tahu. Saya tau, awak bengang. Saya bukan ego. Saya cuma mahu uji awak saja. Sejauh mana awak boleh buat muka "kiut" tu kat saya. Sebab, makin saya layan, makin awak buat tak tahu dekat saya. Maaf, salah saya tak layan awak masa tu.



- Awak tau bila masanya awak diperlukan. Awak tau limit awak kat mana. Kadangkadang saya berharap saya kenal awak 2tahun lebih awal. Taklah saya rasa macam sekarang ni. Taklah saya membatukan hati. Tapi Allah tu tau apa yang terbaik. Awak kawan baik saya.


- Awak tau, saya ni emosional. Selalu nak sedih. Even badan gagah perkasa macam lelaki, hati saya macam butter. Mudah cair. Tengok anime part sedih, saya akan text awak bagitau part sedih tukan.. But, saya selalu sorokkan bila berdepan dengan orang sekeliling. Sayakan pelakon terhebat alam maya. Awak tau jugakan. Bila saya diam, awak tau kenapa. Bila saya enggan endahkan awak, saya perlukan ruang sendirian. 



-  Awak selalu ada dulu untuk saya. Tak kiralah masa tu saya teruk. Memarah awak sebab saya tension. Awak tetap teguh kat sisi saya. Awak ajari saya pelbagai benda, sampai saya susah nak teruskan hidup tanpa awak. Saya taknampak kepentingan awak, sampai saya kehilangan  awak untuk awak dapat seseorang yang awak suka. Betul apa awak cakap, kita semakin jauh. Jarak, masa dan diri sendiri. Kita sangat jauhkan. Saya terpaksa korbankan bahagian saya, untuk bagi peluang kat awak. Awak, sangat sukar tewaskan hati sendiri.  Rasailah kebahagiaan yang awak dahagakan.



- Awak sangat matang. Awak tahu itu dan ini. Awak sangat berbakat dalam bidang itu. Saya sangat suka PYTB awak. Saya selesa kat sisi awak. Tapi, saya tau saya bukan orang yang awak cari. Dia datang kembali.. Tak mengapa, kita jarang gaduh. Cuma,kita rapat sangat masa semua berakhir. Saya tergamam, mana silap saya. Mana kurangnya saya, boleh awak bagitau. Semoga saya boleh perbaiki diri saya. Saya masih sama seperti dahulu. Cuma beri ruang untuk awak tanpa saya.



-Incik bebekas hati, saya tak salahkan awak. Segalanya ada hikmahnya kan. Terima kasih untuk setiap saat yang mematangkan saya. MAAF. saya tak bisa  menjadi lebih dari yang terdaya. Namun tetapku berjanji akan masih terus mencuba.



- CIK  N


p/s : okay. enoughlah sketsa pendek untuk malam ini.
penat buat skrip penuh perasaan ni. Lomah jantungku, manis.
HAHA. okay, i'm done. 
S  E  K  I  A  N ~






12 September 2011

The Feeling so Strong..



Tersentap jiwa bila kau katakannya, kawan.

Ya Allah, segala ketentuanmu aku terima. Insyaallah. Redhakan hati aku untuk menerimanya.
segalanya tertulis di Lauhul Mahfuz.
lahirnya aku. jodoh aku. matinya aku.

bukan kehendak sesiapa, bukan salah sesiapa. kesian dan sangat aku curahkan simpati. okay, aku sentilkan belog yang sangat berguna untuk santapan rohani kau.


kenapa harapkan kejayaan dunia, andai yang abadi kau lupa.
kenapa kau berkasih andai yang SATU tu kau tak mampu serahkan jiwa raga.
kenapa kau perlu merayu pada yang lain, sekiranya kau angkuh pada yang ESA.
kenapa kau rasa kau HEBAT, andai kau tak tahu bilakan tamat riwayat mu.


kau kata kau temui ketenangan yang abadi.
dengan meracun diri sedikit demi sedikit melalui kenangan semalam yang pahit.
Allah beri kita rasa keseronokkan, mahupun benda yang terbaik itu sekadar pinjaman.
sedangkan Dia beri kita dugaan sebagai penguat iman.
PILIHAN DI TANGANMU.


- aku tak tahu. tuluskah aku. Jujurkah aku dengan rasa sendiri..
Izinkan Ya Allah,untuk aku khianati hati sendiri. Mungkin pengabaian tu yang terbaik.
untuk hatihati kesayangan aku yang perlu aku jaga selalu.
korbankan apa yang termampu, hati.






~cik N





10 September 2011

Jujur



Ya Allah. 
Sungguh aku kecewa. sangatsangat kecewa dengan diri sendiri pasal paper mikro.
*haruskahakukatakannya..



matamembengkak.
bengkak lagi hati, puas pujuk, takmengapa.
pulun itu notanota cinta mikroekonomi. masak lomak cili api sket. pasti berjaya.
wahh ! menangislah aku macam ni. awat paper tu "senang" sangat.
*hantuk kepala kat dinding.


KAU BAIK.sangatsangat baik.
cuma. masih aku menanti dan ternanti.
-kau boleh fahamkan. aku takmampu untuk kenali rasa itu lagi.


kitakan pejuang. samasama mahu berjaya. kalau jatuh, akukan ada. kita bangkit semula. pulihkan luka.
jauh lagi perjalanan kita. itupun kalau riwayat kita berjelajela lagikan. airmata bertakung tu, buang jela. nanti membiak pulak jejentik kat kolam takungan tu. belajar apa yang tak sukar. 
jarak. masa. tenaga. sabar. cekal. wang. 
semua tu keperluan menuntut ilmu.
kenapalah baru sekarang kau tersedar. kenapa tak duludulu.



sengaja aku cipta, untukmu yang terindah. 



p/s: aku suka dengar ELLA nyanyi lagu JUJUR. 
aku tak mampu nak hadam laksa. mana hilangnya selera ni.

*sorry, aku ter-emo sket. GILALAHAKUMACAMNI.
sekian.



07 September 2011

upset



Aku meradanglah juga.

kenapalah orang gemar bebenar curi hak milik tak kekal aku.
Ramadan berakhir tak bermakna kau boleh buat balik dedosa kau macam yang lepaslepas.
side mirror Zoro aku pun kau nak kebas.


Cuba kau minta, kot dah takda duit sangat nak belikan. InsyaAllahlah aku bagi.
ni kau CURI ! kesayangan aku pula tu. Zoro tu banyak sangat kenangan bersama aku.
kalau kau datang jumpa aku, minta elokelok.aku boleh je lepaskan kesayangan aku tu.
aku tau, takda benda kat aku ni kekal.
sangat menyakitkan macam ni. bukan senang aku nak dapat my red Zoro from my Dad.


Ayah marah .. (aku nak gila lah juga).
tu tanggungjawab aku, aku kenalah jaga elokelok.
sabar jela aku dengan bebudak sekolah yang gatal tangan nikan.
pulangkan semua yang hilang, yang pernah aku miliki. yang menjadi kesayangan aku.
tentu kau tak mampukan. sebab aku pun hanya mampu memandang semua berlalu sahaja.
seriously, upset gila.



p/s: kau takperlu hipokrit. yang asalnya kau bangga konon kau banyak pengalaman.
sebenarnya kau- SI KOSONG . yang hanya mementingkan diri.
misi aku, teruskan usaha aku untuk lulus paper ekonomi lagi. nak lulus STPM dengan sewajar kelulusan. lainlain perkara, tinggal dalam peti dahulu.
- kembali mengadap notanota sambil nyanyi ini lagu.
 melepaskan amarah kat belog sat.
i'm done, okay Assalam.




-cik N





05 September 2011

JIWANG karat




- khas untuk kau yang nak sangat benda ni tersadai kat entry baru aku.
copy and paste ja dari mukabuku. haram jadah aku nak buat ayat macam nikan.
STAND BY ME, sayang.





Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.




Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu


Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.


Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.


Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.



Andai lelaki tahu,perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.



Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.



Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.



Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.






p/s : puas sudah kau menatap belog ku, wahai gadis? hihi. 
harus ngadap itu notakaki yang lazat untuk dihadamkan segera, Trial bakal menjelang.
auchhs.. aku sayang kau keketat sampai tak boleh bernafas.
sangat berharap dan berdoa, aku takkan menyulitkan lagi hati kau.
- bahagialah kamu, kamu sangat layak untuk itu.




- cik N


stand by me, please.


04 September 2011

i do



TERIMA KASIH
sebab sudi berkunjungan ke rumahku..
maaflah, banyak benda jadi pagi tadi. niat di hati mahu masak yang best-best untuk kamu.
tapi dah kena embun kepiluan pulak ^^ .


sangat tak larat malam dan pagi tadi.
hanya mampu melihat kelibat udaku mengemas barangnya dan pergi..
lupa ke pasar, lupa akan kehadiranmu yang ku nanti.
maaflah, hanya mee goreng mamak campuran menjadi santapan.


tak terkata, tak terluah, hanya mampu melihat..
benar ke aku berhalusinasi. tidak mungkin, bukan. syukurlah. kau dah bahagia.
aku... sama sahaja. masih selesa begini.. selamat maju jaya.



terima kasih omak yang masak laksa sangat sedap.
tak sangka dapat makan laksa.. terima kasih kawankawan yang sudi ikut ke Jelebu.
terima kasih kak Ziela sebab layan wa sangat baik. terima kasih sebab sudi tunggu wa masak,
sangat gelabah, panik. terima kasih juga sebab sudi datang beraya.
JUTAAN TERIMA KASIH.




otw balik dari J.


kat rumah dia.




terima kasih banyak semua..



- cik N.


Please forgive me
My weakness caused you pain

I see your face, you're haunting me
I guess I need you..






L  O  V  E    Y O U.
i  do.




02 September 2011

tunaikanlah


Bismillahirahmanirrahim..
Assalam.


mood raya masih mencarik kewarasan aku daripada terus menatap notanota yang tersadai di tepi meja.
ingatanku melayanglayang seiring kapal terbang kertas buatan anak buahku yang ku terbangkan.
sedikit rasa, sekelumit resah.
JANJIKU, AKANKU KOTAKAN.

- Udaku memang rendang.. pakai heels pun masih katik. beliau yg pakaikan hana takjadima daku pagi itu. begedialkan pipi ku. ciss!



Tunggu.
aku akan datang, menunaikan janji yang pernah ku ucapkan.
janji dan janji, kau masihku nanti..
HARI raya, mungkinkah tinggal hari.



Tidak mengapa, kaupun berbeda. bahagia benar, mungkin.
aduh.. manis gulagula kenangan silam. pahit bak hempedu tua dugaan yang datang..
tunaikan, ya aku tunaikan.
Maafkan segalanya, andai jasad tidak mampu melaksanakan apa yang bibir taburkan 

selamat berhari raya nenek kebaya- anak buahku berkatakata T__T



jangan risau.
datanglah berkunjung ke rumah, 
masih aku nantikan bayanganmu berkunjungan..ohh ya,
selamat menunaikan janji, selamat menghadapi exam juga ^^

fully love- cik N