27 September 2011

Sesalan dan penghijrahan



SESALAN.

Dusta andai aku katakan tiada sesalan yang aku hadapi. Tiada yang perit, selain hadapi penyesalan tu dengan penghijrahan yang lain. Berulangkali cerita itu aku putar dan terus aku putarkan.
Hingga lesu sudah hati menangkis sesalan.



KALAU, ANDAI. JIKA
itu yang sering terlahir di bibirku. Sumpah aku menyesal sudah. Dan untuk setiap kalinya aku jujur, aku sedih dengan pilihan menyakiti kau. HAHA. Setiap satunya kenangan tu akan merobek dan menghancurkan lakonan aku. Aku bukan sesiapa, aku manusia biasa. Aku terlalu tidak sempurna. Hanya kau yang sentiasa lekat di fikiranku selama ini. Aduh, jangan begini hati. Tapi itu dahulu, fikir apa sahaja yang positif. Tiada apa yang perlu disesalkan lagi .
 Keep moving forward, sayang.



Kenapa tiada peluang kedua untuk aku.
puas sudah aku merayu dan merayu. Rayuan tak terdengar ke, tak dilayan?
aku taklayak untuk yang kedua kalinya, aku tak lulus ujian kelayakan pula.
maka aku lanjutkan kepada penghijrahanku.


MULAKAN episod pertama, KEMBALI.



Penghijrahan.
kadangkadang kita takdapat nak percaya sesiapa, tapi kena percaya pada diri sendiri. kadangkadang kita tewas dengan mainan emosi sendiri, bangkit kembali dengan bekalan kematangan yang kita miliki.
aku hijrah jauh, perjalanan itu berliku, semestinya ketika melakukan penghijrahan banyak sangat cubaan,
hampihampir aku tewas dengan godaan , dan menghukum diri sendiri.
belajar melepaskan, meredhakan, InsyaAllah kita mampu hadapi hari mendatang dengan baik.
DIA uji kita, maka kita harus sabar. ada hikmah untuk setiap satunya. Aku percaya, akan ada kehidupan yang lebih baik lepas ni untuk aku.



Aku harap yang baikbaik, fikir yang baikbaik sahaja.
jujur aku sayangkan semua yang berlalu, masih aku termimpimimpi kenangan lalu.
aku pun nak kau hidup baikbaik. mereka tidak mengerti perasaan aku baikbaik. ketawa masih berdekah.
bibir kekeringan, keringat masih basah. senyuman masih terpampang, hidup sahaja dengan sebaikbaiknya
bukankah penghijrahan itu benda baikbaik
maka, kau mampu laluinya. kau tak selemah mana, sesalan itu biarkan berlalu, jadikan tauladan.
buka buku baru, dengan sifat yang terbaik
lapang hati dengan pengisian rohaniah dengan lebih mendalam.
Insyaallah.




p/s; bakal berkunjung ke negeri incik bintulus. Sumpah aku sedih untuk kali ke 150 juta kali.
HAHA. aku teruja, namun masih ada makna ke... FITNAH AKU? aku taula aku diva, tak perlu nak jatuhkan aku macam tu, sebab aku sedikitpun tak ambil kisah benda remehtemeh.
HACKS- sarawak ^^


-cik N



No comments:

Post a Comment