26 February 2011

S.U.K.A

salam.. dan selamat pagi...
senyum dan terus tersenyum..(even mcm org gila)


 Aku dapat insprirasi S.U.K.A berdasarkan habit aku.. aku sangat gilakan kopi.. kadang-kadang boleh buat aku resah kalau tak BAU,bau kopi tu.. aku masih ingat semasa usiaku sekitar 8tahun, pakcik ku lah orang telah membuatku jatuh cinta kepada kopi.. semasa cuti sekolah, aku duduk rumah dia kat Muar. dia bukak warung depan rumah.. ada Uncle cina suka datang setiap petang hanya untuk makan mee bandung.. dia sangat baik.. dia ajak aku datang kedai dia, rupa-rupanya dia ada kedai kopi..! bila aku masuk je dalam kedai tu, aku bau sesuatu yang sangat sedap, mengiurkan!  aku sangat teruja masa tu.. kopi tu dia buat sendiri. resepi keluarga.. halal, sebab dia dah masuk islam.. aku dah JATUH CINTA dengan kopi...

 tapi, aku tak suka kopi yang manis.. sebab tak mengekalkan keaslian rasa.. aku suka kopi yang pekat, pahit.. sebab itulah rasa yang sempurna.. macam kesinambungan rasa terhadap kehidupan.. tapi,nikmatnya sungguh indah..setiap yang pahit itu,tak semestinya negatif sahaja,bukan? dan aku punya teruja kat kopi sampai dengan bau sahaja, aku mampu tahu rasa kopi itu pahit atau manis.. tanpa perlu merasa.. sebab itu jugalah, aku pembuat air utama kat rumah.. tapi sekarang, aku mula menyukai Latte, capuccino, tiramisu, mocha.. okeyla..tak berat sangat rasanya..

  setiap kali aku pergi pasar malam, aku akan beli ais b + bubble without wipe cream ! aku tak suka wipe cream sebab nanti lidah aku rasa lain. hahaha.. serius..


 jengjengjeng ! hahaha.. minum ni je aku da kenyang.. terbaik, even taklah sehebat rasa cool blog.. tapi, okeyla.. ehem2.. aku rasa, "dia" pun umpama kopi.. sangat membuatku teruja setiap hari.. aku sukakan rasanya.. ! yeah..(macam sengal).. aku serius, sukakannya.. hahaha..



 ni pasangan ku paling lama bertahan.. ! hahaha.. takla, ni kawan baik ku.. since sekolah rendah lagi berkawan mawan.. sangat comel,bukan..??sayang kamu, FBI <3
sekian terima kasih..

25 February 2011

akhir rasa..

 ~ assalamualaikum... selamat pagi...~




 "selamat pagi, cinta..." itu yang selalu ku ungkapkan kepadamu.. setiap hari.. kerana aku menghargai hari-hari indah yang ada bersamamu.. senyumlah sayang, semoga pagimu benar-benar indah.. benar-benar bahagia..



 terima kasih, cinta..
menghadiahkan aku pelbagai rasa..
akhir rasa ini begitu sempurna..
seakan aku tidak punya masa..
untuk terus diulit bahagia..


hakiki,bukan itu yangku cari..
cuma setia mendampingi..
ikhlas mencintai..
begitu hebat untuk saling memiliki..



selamat pagi, cinta..
mulakan harimu dengan senyuman indah..
sungguh aku resah..
andai kau kembali terluka..

23 February 2011

P.E.L.I.K

salam dan selamat malam..
kepada semua...

  aku tak tahu..kenapa aku rasa macam aku sakit..macam aku tak hidup lama.. benda ni buat aku resah.. atau hanya halusinasiku sahaja.. mungkin perasaan ku yang terover penat.. kenapa aku mudah penat.. cuaca yang terlalu terik untuk aku? hahaha..mengada sahaja.. mungkin kekurangan zat merangsang otakku berhalusinasi.. atau aku tension dengan keputusan stpm senior2.. entahla..aku tak tahu..

  aku akan belajar.. yaa! aku akan berusaha dari sekarang.. cuma rasa takda rehat.. tu yang mereng semacam kot.. hahaha.. aku panik untuk duduki stpm.. Ya ALLAH.. bantulah insanmu ini.. menghadapi hari-hariku dengan baik.. aku dikelilingi oleh orang-orang yang hebat..maka, aku mahu menjadi orang yang hebat juga.. aku takut sejarah spm ku berulang.. terover study katanye..sampai tak cukup tidur..hahaha..kan dah frust.. aku harap aku sihat..cukup sihat untuk mengejar impianku,mungkin..

   aku sangat lapar.. tapi aku tak boleh nak makan.. aku tak tahu kenapa. aku sangat sedih dengan diri aku sendiri..aku sangat bahagia dengan dia.. aku sangat merindui zaman persekolahan yang terdahulunya...aku masih N yang dahulu..bezanya aku semakin berisi..hahaha..sekian...

21 February 2011

tiba masanya


salam..dan semoga berbahagia...
terima kasih..cinta...
terima kasih, sayang..


 aku harap, keputusan yang telah aku buat... adalah tepat..tolong hadiahkan aku kebahagiaan...hadirkan perasaan yang hakiki,milik-Nya.. cintai-Nya melebihi cintamu terhadapku.. bimbinglah aku ke jalan sebenar.. usah kau bawa diri ini ke lembah hina... sesungguhnya, berbahagialah insan yang tersebut dunia akhirat...

 penat menahan rasa.." biarlah menjadi RAHSIA". namun aku hanya insan biasa.. kau telah membuatku rasa 'terbiasa' dengan dirimu..tak mampu lagi kaki ini berlari pergi..menjauhkan dirimu..namun, aku tidak mampu.. wajarkah aku terus berlalu pergi..tanpa perlu menoleh lagi..??

 hadiahkan aku kekuatan..untuk menahan segala dugaan..menangkis segala tohmahan..agar keyakinan yang ada dapat ku bina bahagia harimu.. melukis senyumanmu selalu..dan berdaya menahan segala rasa.. aku ingin..menjadi yang terbaik pernah kau miliki..mungkin yang teristimewa dan meninggalkan kesan yang mendalam dalam kehidupanmu.. 

  aku hanya insan biasa..memilikimu sementara..masih belum pasti akan masa yang mendatang.. janjiku,setia selamanya..hidup ini hanya persinggahan sementara..perjalanan ringkas,padat dugaan disisipkan.. terima kasih..kerana memberiku peluang.. menjadi yang istimewa..mungkin...

17 February 2011

done !

salam sejahtera...
hampir sebulan berlalu pergi..dan aku masih dengan "pendirianku"
pelik..kenapa aku masih menanti yang terang-terang
TAKKAN dapat !
ataupun aku hanya sekadar "keliru"..mungkin..
aku tak tahu..
kenapa mesti KAU buat-buat TAK TAHU..
peliklah kau ni...
pernah terfikir juga untuk "melarikan diri"..
tapi..mustahil pula..

aku tak harap kau berubah..tak harap juga kau memilih aku kembali..
aku hanya nak kau bahagia dengan hidup kau..
sebab tu aku kena kejam dengan kau..
jangan terlalu bergantung kat aku..
AKU TAKKAN SELAMANYA ADA DI SISI KAU..
susah sangat ke kau nak FAHAM?

hampir DUA TAHUN..yaa! aku tahu itu..
tapi pernah ke kau FAHAMI aku sebenarnya?? kau tidak mengenali aku..
sebab kau harap aku memahami kau, 24jam..
bila aku marah, kau cakap aku panas baran lah pula..
bila aku buat tak tahu,kau cakap aku tak kisahkan kau lagi..
hampir gila aku macam ni..

aku belajar menghargai kau setulus hati..
macam-macam benda aku buat untuk kau,bukan..??
mungkin aku tak cukup baik untuk kau..pergilah cari hidup kau..
aku tahu,aku tak setanding DIA..
aku penat..aku taknak lagi fahami kaum sejenis kau..
sangat penat sampai rasa nak mati..
maafkan aku..bukan aku tak sayang..kau yang paling HEBAT dalam hidupku..
ciptaan TERINDAH sampai aku tak berdaya memiliki mu..

15 February 2011

kebenarannya..


salam...


  aku tahu.. kau mengikuti setiap jejakku..haruskah aku berlari..??mengutip kembali memori..atau pun terus melangkah pergi..semalaman aku kebingungan..TAKUT akan hari TANPAMU berlalu pergi..bukan aku EGO..tapi memerlukan waktu untuk menilai diri sendiri..aku tak kisah digelar apapun..aku amat memerlukan masa..maaf..


 aku terpaksa menafikan semuanya..walaupun aku terang-terang menunjukkannya..kau tertanya-tanya..aku tahu, sebenarnya kau memahaminya..jarak terus akan memisahkan kita..semakin jauh kita di hanyutkan.. semakin terpisah..dan melupakan..antara kau dan dia sama sahaja..insan yang ku sayangi..namun aku penat..memahami hati insan yang TAK mahu memahami hati aku..maka kesilapan demi kesilapan berlaku dan berulang kali aku disakitimu..haruskah aku memberikan peluang demi peluang..


 jujurku katakan.. aku AMAT takut kehilanganmu..bimbang akan nasibku nanti..dia hanya TEMAN..siapa aku sebenarnya bagimu?..hentikanlah lakonanmu..dan berterus-teranglah padaku..kita insan yang terluka dek kenangan semalam..kita sama-sama sokong kehidupan masing-masing..aku jelik, bahkan kurang sabar denganmu saat kau menyakitiku..namun..masih bertahan dan bertahan..


 aku harap kau memahami maksudku.. kisah kita bukan TERHENTI di sini.. mungkin ada jalan penyambung, mungkin jua akan terkubur..hentikan sikap "pura-puramu"..kerana aku akan tetap menantimu..

14 February 2011

mine !

SALAM...

iklan sebabak budak p.P kat pantai memang lawak habis..
penat gila...
lawak pun ada gak..
macam-macamla korang ni...


seronok..sebab aku rasa dah lama tak jejak kaki kat laut..
takut nak berjemur, hammek..
aku pakai topi (my mum) ...
huhuhu..tengok tasha...ayu je...aku macam gangster..


siotkan Yien ni..ada ke patut buat muka macam tu kat Tasha
ish3... ade ke patut...
kru2 penerbitan iklan handphone...


sayang...
mereka sangat-sangat..
hari yang indah yang tak mungkin dapat dilupakan..
terima kasih..
kisah jejeai dengan fasha S pun ada juga tau.. !


kan elok kalau Fasha S pakai macam ni..
bukan pakai bikini..
macam minah saleh...
jejai pun relax je macam nikan..
ni nak sorok-sorok bagai..
hahahaha...



hahaha..jage kulit ni weyh! even aku TETAP golap
kahkahkah...
jangan nak kutuk macam-macam ok...



ada ke tukang kebun kat pantai??
menarik nih...
no komen lah yien..
takda idea pulak dah....nanti korang bg idea nak tambah pape ok..
thankz ~

12 February 2011

sedarkah dikau

salam...dan smoga semuanya okey sahaja..

aku hanya sekadar menemani saat sulitmu..
menghiasi suram harimu dengan senyumanku..
menghadiahkan hari-hari yang indah untukmu
sedarkah dikau akan hadirku..??

aku hanya mendiamkan diri..
berkasih denganmu hanya fantasi
langkahku rapuh untuk berlari..
hatiku hancur untuk mencintai..
seakan cinta saling menzalimi..

perlukah aku berterus terang..
sedangkan aku pasti kau tak mungkin curang..
biarku hapuskan jejak dan menghilangkan bayang
andai itu takdirmu,sayang..

semakin aku mencuba..
semakin aku hilang arah hidupku..
maaf kerana aku mencintaimu
walau ku sedar aku TIDAK mungkin akan membahagiakanmu
bahkan hanya akan menambah luka..

09 February 2011

saya tahu2


part 2..

   awak..saya selalu lihat awak dari jauh..senyuman awak..ketawa awak..rajukkan awak...kadang-kadang saya fikir, tidak mengapa jika saya hanya dapat lihat dari kejauhan..mungkin nanti akan tiba masa yang akan mengeratkan kita.. bila awak senyum, awaklah orang paling manis di dunia..awak punya kelebihan yang tidak dapat di lihat dari sudut fizikal. hakikatnya, awak sangat mengagumkan.. awak..saya ikhlas puji awak..dan awak layak mendapat pujian itu..

  saya tahu, saya hanya teman rapat..mahupun teman tapi mesra awak..awak mudah ramah dengan semua orang..manja...caring.. dan sentiasa ada untuk teman-teman yang memerlukan..saya tak jelous..sebab saya tahu..bukan mudah untuk menundukkan hati awak..sebab itu saya tak kisah.. awak sentiasa menghiburkan hati saya.. awak berfikiran matang dan suka mendorong orang..tak mustahil awak diminati orang dalam diam.. awak..tanpa saya sedari..saya mula menaruh hati kepada awak..

  awak, saya tahu.. awak tidak mahu bicara tentang cinta.. sebab awak selalu dilukai oleh cinta..sebab itu saya tidak berani mempersoalkan hati awak..saya hormat,awak.. setiap hari melihat wajah ceria awak,cukup memberi makna dalam kehidupan harian saya.. awak mewarnai dunia saya..alangkah bahagianya jika awak sudi mengangap saya LEBIH daripada seorang TEMAN.. saya janji,saya takkan sia-siakan awak..percayalah..

  saya mula belajar untuk berkata-kata dengan awak.saya nekad untuk mencuri hati awak.tapi..sedihnya saya..bila saya dapat tahu bahawa awak kembali kepada bekas kekasih awak..awak..dia bukan untuk awak..di telah curangi awak dahulu..dia telah melukai awak dengan teruk dahulu..dan saya yang selalu ada saat awak kecewa..sedih..sunyi..tapi kenapa awak masih tidak dapat melihat kewujudan saya di hati awak.. kenapa awak?? kenapa buat saya macam ini..siapa saya sebenarnya di hati awak..perlukah saya meminta-minta kat awak?? perlukah saya menagih kasih sayang awak..??awak..saya tahu..awak hanya melihat saya sebagai teman rapat..TOLONGLAH...saya sayangkan awak..dan saya mampu bahagiakan awak dari bekas kekasih awak..

  awak..setiap hari, saya akan temani awak..dan awak akan bercerita mengenai kekasih awak..saya kecewa, awak..saya rasa di khianati walaupun bukan dengan niat awak..saya berharap..agar awak akan terima saya suatu hari nanti..berikan saya kesempatan untuk membahagiakan awak..dia hanya pelakon yang akan menipu segala-galanya..awak..saya tahu..awak tak terlintas untuk menjadikan saya sebagai kekasih hati awak..dalam diam saya cuba memikat hati awak..tapi awk pura-pura tidak faham dan hanya akan mengatakan "awakkan kawan baik saya..."..dan saya akan terpukul dengan kata-kata awak..jelas,awak tidak mahu melanjutkan perbualan mengenainya..awak sangat setia..kenapa awak..kenapa biarkan diri awak terseksa..dan saya turut merasainya.. !

  awak..saya terpaksa jauhkan diri daripada awak..walaupun sulit..saya terpaksa awak..demi mengubati hati saya..saya tak sanggup lihat awak dengan dia..sakit !jenuh saya cuba untuk mencuri hati awak..dan jenuh awak buat-buat tidak mengerti..tidak mengapa..saya tahu..saya bukanlah orang yang layak untuk memiliki awak..saya tahu..awak mula mencari saya..mencari dan cuba mendekati..saya tak izinkan waktu itu..egonya saya!..maaf awak..saya terpaksa..saya tahu, awak di sakiti lagi..untuk apa awak mencari saya..dan saya turut melukai awak...bila saya memilih untuk menjadi kekasih kepada ahli keluarga awak..awak mula menjauhkan diri..awak ! saya lakukan demi awak ! fahamlah..saya tak cintakan dia langsung..saya hanya ingin buat awak cemburu dan iri hati..tapi kenapa awak pergi begitu sahaja...


*** bersambung....**

07 February 2011

saya tahu..

part1..

   Salam dan hai semua...kisah SAYA TAHU... saya tahu awak intip saya..saya tahu awak baca blog saya dengan kemarahan dan cemburu buta..awak.. saya tahu.. saya saja tulis macam ni..sebab saya TAHU awak akan bacanya..awak curi pics saya.. tanpa restu saya.. saya saja pergi jauh dari awak dulu..sebab saya tahu awak akan cari saya..awak sanggup buat apa demi saya..saya tahu...saya tahu awak yang menyamar jadi seseorang untuk mendekati saya..tapi awak LUPA..saya ada deria lain yang boleh mengetahuinya TANPA saya sedar..itu kelebihan saya..alhamdulillah..

  boleh tak awak jangan cari saya..awak sebahagian kisah silam saya..saya bukan perempuan yang mudah awak sakiti,seperti dahulu..mudah untuk terima makian awak..mudah untuk menangis kerana awak..selalu merayu agar awak jangan tinggalkan saya.. terlalu berharap awaklah orang yang akan bersama saya di hari tua.. awak selalu suruh saya kotakan janji saya kepada awak, tapi awak tak pernah kotakan janji awak kat saya...saya mengalah..bila saya dicurangi..saya tak kisah..asalkan awak tetap dengan saya."awak..saya sayangkan awak.."..itu yang selalu keluar dari bibir saya DAHULU..sebab saya masih mentah ketika itu..

  tapi awak lupa..segala kesakitan yang awak berikan telah mengubah saya menjadi kuat..menjadi matang..menjadi saya yang sekarang.. saya penat, awak..penat kejar kasih-sayang awak..penat berebut cinta awak.. kenapa asyik saya yang dipersalahkan..kenapa bukan DIA..kekasih gelap awak.. kenapa mesti saya menjadi tempat pelepas kemarahan awak.?? siapa saya sebenarnya bagi awak..?? awak akan berubah..setiap hari..sekejap saja saya dapat merasai kelembutan awak..kebaikan awak..selebihnya,....awak faham bukan..?? saya tak dapat bertahan lagi awak..saya tahu, awak BUKAN untuk saya bila awak luahkan segalanya..saya nekad malam tu..saya akan pergi sebagai mana sms saya untuk awak ketika itu...

  Demi awak, saya sanggup lakukan apa sahaja..apa sahaja yang termampu..tapi awak tak nampak semua itu..awak buta untuk terima kenyataan, sayalah disebalik diri awak selama setahun...sayalah menyokong awak tak kira masa apa pun.. tapi awak mudah mencari salah saya..terlalu mudah untuk mencari yang lain..saya ikhlas dan redha awak..asalkan awak belum menjadi miliknya yang sah..tak mudah bagi saya menerima semua ini.. saya TEWAS dengan sikap awak..saya jenuh memujuk hati saya..akhirnya..saya hilang dari hidup awak..

  tahun berganti tahun..saya telah melupakan segalanya walaupun ada ketika kenangan bersama awak tetap menyentap ketenangan saya..saya tak lupakan awak..saya hanya menafikan kehadiran awak dalam hidup saya..saya telah meneruskan hidup baharu..tetapi kenapa awak yang merayu-rayu kepada saya..meminta saya kembali kepada awak..menabur janji bergunung untuk saya..kenapa baru sekarang awak nak hargai saya..kenapa tidak dahulu..awak berubah? saya tak yakin dengan kenyataan awak..tidak sama sekali..saya jujur dengan perasaan saya.. perasaan saya untuk awak telah TIADA lagi.. telah mati dan berkubur pada malam itu..dalam diam saya membina kekuatan untuk membenci awak..

   maafkan saya..sebab saya tak mampu untuk membahagiakan sesiapa..saya takut..awak tak perlu bertanggungjawab dengan perasaan takut saya..saya bahagia begini..Maaf..saya tidak dapat menerima awak kembali.. bahkan tidak dapat menerima awak kembali menjadi kawan karib saya..sebab awak tidak pernah memahami saya.. saya tahu awak akan terluka seandainya saya bersama orang lain.saya bukanlah kejam untuk menyakiti awak dalam diam..kehilangan saya untuk menjernihkan keadaan..ternyata awak tak mampu berdiam diri seperti yang awak janjikan..awak tewas dengan ego sendiri..Awak..pergilah..tinggalkan saya sendiri..saya minta kali ini sahaja..awak biarkan saya mencari bahagia saya.. terima kasih kerana pernah menjadi sebahagian dalam memori hidup saya... saya tahu,awak sukar menerima pendirian saya..maafkan saya...

   ** hak cipta terpelihara...pQ..hihihi....ada bakat tak..??tiada kena mengena dengan sesiapa pun.. sekian terima kasih..**

05 February 2011

buah hati...

   Salam... cuaca hari ini amat terik memaksa aku untuk duduk di rumah sahaja sambil ditemani oleh buah hatiku.. tak tahu kenapa mood bergambar datang tanpa dipinta... mungkin suhu otakku dah xboleh blah dengan cuaca ni..hahahaha...rasa mengantok macam nak mati je tadi..tapi DIA asyik tengok aku..segan pula..hihihihihi




   relevan ke pakai hijab kat rumah..?? hey..ini kira tempat awamlah..mana-mana pun kita kena jaga sebagai muslimah..insyallah..kekalkan aku begini.. simpan aurat kita untuk pemilik yang berhak sahaja..bukan iklan untuk tatapan umum.. sudah menjadi tanggungjawab kita bersama,bukan.. Dosa Pahala,bukanlah kita yang tentukan..jangan berfikiran kolot sangat bila berbicara tentang tudung.. janganlah kita terikut-ikut kawan..jadi diri kita sendiri,sudahlah..




  terpulanglah,sahabat... niat ikhlas..bukan untuk menunjuk-nunjuk.. dulu aku pun liat gak nak bertudung ni..selamba rock aku je kan..tapi lama-lama segan lah pulak... Dia asyik merenungku..seolah-olah memahami apa yang aku ngomelkan.. hahaha..tengok muka DIA,aku rasa sayang sangat..kenapa ye?




  si kecil inilah BUAH HATIKU yang baru berumur 4bulan bernama Shabil Imran..genap dua bulan aku dan mama jaga..bukan anakku..sebut pasal anak..teringat masa f4-f5 dulu..belajar bio macam nak mati..masing-masing buat perancangan masa depan..nak anak 8lah..2team bola lah..taknak anak lah..kelakar kot..siap masuk belon dalam baju,nak tengok macam mana rupa masing-masing bila mgandung..(aku tak terlibat) sebab keje aku, gelakkan orang je..hahaha..aku?? T A K U T..takut nak rasa kehilangan nanti..takut nak sayang orang..takut terluka..dan takut tak mampu bahagiakan orang..kakakakah...



 macam mana agaknya bila aku dah berusia..kerepot..kedut sejuta...hahaha..kelakarkan.. aku tertarik dengan kata-kata seseorang..memberikan aku inspirasi..."a women's heart should be so lost in god, that a man needs to seek HIM in order to find HER..".. bila fikir balik..betul lahkan..buat apa dikenang-kenang lagi..simpan rapat-rapat segala rasa...biarkan menjadi persoalan kelak....tak perlu pujian..makian di alu-alukan..hihihihi..taklah..bukan tidak bersyukur..tapi aku rasa itu semua penipuan semata-mata.. maaf..bukan niat menyinggung hati sesiapa.. sekian..terima kasih

01 February 2011

Hari kelab bujang !


    Salam sejahtera..alhamdulillah, akhirnya diusia baru, line bB mxs berjalan lancar.. terima kasih, kawan2, kakak2..mama ayah.. dia,  kaum keluarga f6 semua..berbalik pada aktiviti KELAB BUJANG F6!.. pada hari SABTU (29-01-11), hari boling kelab bujang f6 berjalan lancar dengan kehadiran diva-diva, pelakon vateran, penyanyi kelab siang malam... ARTIS jemputan sekalian...model terkenal, Natasha Hudsun, turut meluangkan masa bersama untuk menjayakan aktiviti paranomal... Awin Fox,pelakon TRANSFORMERS.. Aqim pelakon AVATAR, Dhaus AF18, Apix and the guitar, Ejad exists, Aswa raai yaii, Abg Nazs (kelab disney), Mira Diyana, pelakon terhangat kekasihku seriau, Fakar mentor, Bob the builder, dan pelakon vateran nazirul mubin ahli kelab OKUK (org kes upaya kot) serta fahimi atlit pinggiran ~


   Wajah-wajah ceria atlit dan diva sebelum permainan bermula ! SEMANGAT...pelbagai kisah yang tercoret kali ini.. kelibat Apix hilang dari radar maxis pada hari itu..! omp! rupa-rupanya poie uji bakat MENTOR... ingatkan frust tonggeng tadi..adoii aii..bermulanya cabaran Untuk model terhangat, Natasha Hudsun dan Fakar berentap !


  comelkan mereka berdua... bukan senang dapat buat temu janji bersama mereka ni..maklomlaa sangat terkenal.. muka fakar sangat "tak boleh blah"..waakakakaka... jampi serampang laut dibaca untuk mendapatkan keputusan yang sangat HEBAT ! !

  
namun hakikatnya jampi tidak mengubah apa-apalah fakar...kesian2..usah berduka sebegitu lama okey.. chill lah der...Natasha penuh bergaya ketika itu..sangat romantiklah kalian ini..wadus..sangat terer beraksi! TAHNIAHlah yaa..

  
  kesian Awin Fox..terlalu berat kot bola boling tu sampai tak berdaya lagi memegang bola boling lama-lama..(aku tak pasti apa nama khusus bola boling itu..)..aku tidak  sangka cik Awin Fox sungguh berbakat dalam game nih !..penuh bergaya sekali, cik Awin Fox!piwetttt3


  barisan artis-artis hots malaya...perghhh ! Aqim semangat menyamar dengan memakai topi sedemikian...tagok wartawan MELUDY datang serbu..ada hot gosip kot??wakakaka.sangat KACAK !. tengok Dhaus, relax je..aku sorang jekot nak mintak cop rasmi dari dia,bukan tanda tangan dah..hammekk!..hahaha..gurau sudah..masa untuk berentap tiba sudahh!



   sangat happy bila kelihatan gambarku disini! waka waka erghh2..yahuw..aksi yang mantop melatop-latop dipamerkan oleh kami bertiga..(padahal asyik masuk longkang kot..).. kehebatan yang membuatkan atlit boling menangis tengok kitaorang main sebab teruk sangat ! malas nak tunjuk "power" lebih-lebih..nanti ada owg migrain pula tengok kitaowg main dengan sepenuh tenag dan penuh perasaan..saja bagi cann kat diva lain..huahuahuaaaa


  bola siput vavi dari wakil OKUK..veteran mamang camni ke..? rasanya tidak ! lawak gila..sampai tersangkut bola tu..kot terer sangat janganla menunjuk sangat bro ! adoii aii.punca lah weyh ! slow mtion je..memang tak boleh blah.. poielah cas bateri dulu kot bateri kaki dah low sangat... wakakaka



  Well, inilah bukti yang dapatku lampirkan sekali..wakakakaka..lawak sangat..


  Abg Nazs tak dapat terima kenyataan kekalahnnya dengan begitu mudah kepada mira ! omp! kesian kot..tengok jela muka dia.. terkesima pulak da... Natasha Hudsun juga begitu.. relax lah weyh! tak payah tunjuk sangat wajah kalahmu itu..kahkahkah.. jangan marah  ^^

   
  BERSAMA diva yang popular... ! pemenang pingat emas kejohanan Super power pada hari itu... ! terer siot...(penulis bersama mira...) wakakakaka....Tak percaya ke babe? ingat aku tipu ke??

   Debaran semakin dirasai mereka berdua! akhirnya... tamat sudah kejohanan longkang kelab bujang f6.... pemenangnyaaa !!!! MESTILAH AKU.....punya kawan... sekian... INI BUKAN KARYA SADURAN... tq ~