12 February 2011

sedarkah dikau

salam...dan smoga semuanya okey sahaja..

aku hanya sekadar menemani saat sulitmu..
menghiasi suram harimu dengan senyumanku..
menghadiahkan hari-hari yang indah untukmu
sedarkah dikau akan hadirku..??

aku hanya mendiamkan diri..
berkasih denganmu hanya fantasi
langkahku rapuh untuk berlari..
hatiku hancur untuk mencintai..
seakan cinta saling menzalimi..

perlukah aku berterus terang..
sedangkan aku pasti kau tak mungkin curang..
biarku hapuskan jejak dan menghilangkan bayang
andai itu takdirmu,sayang..

semakin aku mencuba..
semakin aku hilang arah hidupku..
maaf kerana aku mencintaimu
walau ku sedar aku TIDAK mungkin akan membahagiakanmu
bahkan hanya akan menambah luka..

No comments:

Post a Comment