09 February 2011

saya tahu2


part 2..

   awak..saya selalu lihat awak dari jauh..senyuman awak..ketawa awak..rajukkan awak...kadang-kadang saya fikir, tidak mengapa jika saya hanya dapat lihat dari kejauhan..mungkin nanti akan tiba masa yang akan mengeratkan kita.. bila awak senyum, awaklah orang paling manis di dunia..awak punya kelebihan yang tidak dapat di lihat dari sudut fizikal. hakikatnya, awak sangat mengagumkan.. awak..saya ikhlas puji awak..dan awak layak mendapat pujian itu..

  saya tahu, saya hanya teman rapat..mahupun teman tapi mesra awak..awak mudah ramah dengan semua orang..manja...caring.. dan sentiasa ada untuk teman-teman yang memerlukan..saya tak jelous..sebab saya tahu..bukan mudah untuk menundukkan hati awak..sebab itu saya tak kisah.. awak sentiasa menghiburkan hati saya.. awak berfikiran matang dan suka mendorong orang..tak mustahil awak diminati orang dalam diam.. awak..tanpa saya sedari..saya mula menaruh hati kepada awak..

  awak, saya tahu.. awak tidak mahu bicara tentang cinta.. sebab awak selalu dilukai oleh cinta..sebab itu saya tidak berani mempersoalkan hati awak..saya hormat,awak.. setiap hari melihat wajah ceria awak,cukup memberi makna dalam kehidupan harian saya.. awak mewarnai dunia saya..alangkah bahagianya jika awak sudi mengangap saya LEBIH daripada seorang TEMAN.. saya janji,saya takkan sia-siakan awak..percayalah..

  saya mula belajar untuk berkata-kata dengan awak.saya nekad untuk mencuri hati awak.tapi..sedihnya saya..bila saya dapat tahu bahawa awak kembali kepada bekas kekasih awak..awak..dia bukan untuk awak..di telah curangi awak dahulu..dia telah melukai awak dengan teruk dahulu..dan saya yang selalu ada saat awak kecewa..sedih..sunyi..tapi kenapa awak masih tidak dapat melihat kewujudan saya di hati awak.. kenapa awak?? kenapa buat saya macam ini..siapa saya sebenarnya di hati awak..perlukah saya meminta-minta kat awak?? perlukah saya menagih kasih sayang awak..??awak..saya tahu..awak hanya melihat saya sebagai teman rapat..TOLONGLAH...saya sayangkan awak..dan saya mampu bahagiakan awak dari bekas kekasih awak..

  awak..setiap hari, saya akan temani awak..dan awak akan bercerita mengenai kekasih awak..saya kecewa, awak..saya rasa di khianati walaupun bukan dengan niat awak..saya berharap..agar awak akan terima saya suatu hari nanti..berikan saya kesempatan untuk membahagiakan awak..dia hanya pelakon yang akan menipu segala-galanya..awak..saya tahu..awak tak terlintas untuk menjadikan saya sebagai kekasih hati awak..dalam diam saya cuba memikat hati awak..tapi awk pura-pura tidak faham dan hanya akan mengatakan "awakkan kawan baik saya..."..dan saya akan terpukul dengan kata-kata awak..jelas,awak tidak mahu melanjutkan perbualan mengenainya..awak sangat setia..kenapa awak..kenapa biarkan diri awak terseksa..dan saya turut merasainya.. !

  awak..saya terpaksa jauhkan diri daripada awak..walaupun sulit..saya terpaksa awak..demi mengubati hati saya..saya tak sanggup lihat awak dengan dia..sakit !jenuh saya cuba untuk mencuri hati awak..dan jenuh awak buat-buat tidak mengerti..tidak mengapa..saya tahu..saya bukanlah orang yang layak untuk memiliki awak..saya tahu..awak mula mencari saya..mencari dan cuba mendekati..saya tak izinkan waktu itu..egonya saya!..maaf awak..saya terpaksa..saya tahu, awak di sakiti lagi..untuk apa awak mencari saya..dan saya turut melukai awak...bila saya memilih untuk menjadi kekasih kepada ahli keluarga awak..awak mula menjauhkan diri..awak ! saya lakukan demi awak ! fahamlah..saya tak cintakan dia langsung..saya hanya ingin buat awak cemburu dan iri hati..tapi kenapa awak pergi begitu sahaja...


*** bersambung....**

No comments:

Post a Comment