28 January 2012

Lihat

BISMILLAH
maaf kerna khilafnya aku.





Benar, aku tidak mengerti apa kau lalui.
tidak tahu apa dalam hati kau.
tapi,bila saat terhenti
aku faham bahkan arif yang amat
mengenai sesuatu yang tak termampu untuk kau sorokkan.
maaf, kerna aku tak peka dengan kekusutanmu.



aku tak cukup sabar, mungkin.
ujian ini membuatku menjadi beku..



doaku kirim,
moga biarlah yang halal jadi bahagia kita.




-bila yang sejati itu jadi tagihan,
kita jadi lupa yang HAKIKI.
*cik N





-debaran hayat kedoploh + gaji pertama
coming soon, Insyaallah .




25 January 2012

bukan

BISMILLAH .
PENAT JADI PENAKUT. SUNGGUH.





aku cuma bukan apa yang kau fikirkan.
maaflah, aku memang buat kerja  nak kemas
semuanya dibuat tanpa meninggalkan beban bagi pihak yang lain
jadi, aku gemar fokus dengan kerja
bukan dengan pakwe bagai, bukan dengan mainmain masa kerja
komitmen, rezeki itu bayarannya barakah dariNya




kau ikhlas membantu, maka berkat segalanya.
paling penting, kau gembira bekerja bersama tanpa perlu menarik muka
mereka punya kehidupan semacam aku dan kau.
mereka rasa penat, jadi hargai penat lelah bersama.
mudahkan ?




- aku masih lagi mampu tersenyum dengan perangai kau.
faham, kau masih lagi mentah.



 melukakan hati seseorang dengan kejujuran itu sangat sakit
 lebih baik bunuh dia dengan penipuan .



rindu dia yang sedang berbahagia,
syukur..
cik N


24 January 2012

bila yang tinggal




Bismillah .
aku diingatkan untuk menyebutnya pada permulaan segalanya.



Tahniah, Udaku
kerana menjadi tunangan orang.




fokusnya, aku.
bunga tinggal sekuntum dekat taman mama
even rumah banyak pokok bunga.
jiran tetangga, saudara mara mahupun kaum keluarga
kecoh mengusik aku. menanti giliran untuk dipinang
sumpah. aku sedikit kaget.
masa pantas meninggalkan kita, anakanak lekas dewasa - ayah.




bila yang tinggal itu calitan pedih, esakkan takkan mampu memudarkan kecacatan yang kekal ini.
bila yang tinggal itu seruan sadis si gadis menahan ombak deruan rasa di dadanya, nescaya hanya kekuatan yang dipinta. bukan lagi bahagia yang ditagih olehnya.
bila yang tinggal itu hanya debu bersisakan selitan ingatan, maka di manakah hilangnya janji sumpah yang dibicarakan.





secara amnya, mama kecoh ja tunggu orang masuk meminang aku. Ohhh.
itu namanya gila. Pertama kali hayat ke doploh, aku rasa aku dilayan dengan sangat terbuka oleh beliau. lambat untuk aku memikirkannya. janji citacitaku dapat dicapai, mudahmudahan. insyaallah.



bila yang tinggal hanya aku, sedih pula rasanya.
lazat zaman kanakkanak bersama kakakkakak masih enak untuk diingat kembali - cik N

 


debaran tahun pertama tanpa dirinya, aku rindu.. Ya Tuhan, ambillah ingatan ini.
andai dia tahu rasanya harihariku tanpa dirinya ..




19 January 2012

komitmen


komitmen.
mengikat aku ketat tanpa mempedulikan hatiku bersuara.



esok hari penting juga untuk kakakku dan kerjaku.
kenduri di rumah, sementara tugasan kerja memaksa aku untuk kerja pada waktu petangnya. mestilah keluarga itu yang utama. tapi sedikit celahan citacita memaksa aku untuk bekerja demi mencapainya.




pilihan dan memilih.




tidak mengapa badanku penat bertambah lesu
asalkan membahagiakan semuanya.
* SIR daku tak bagi cutilah pulak
 okay fine, touching sama beliau.


- selamat hari lahir, kaklong <3


17 January 2012

sepi ..


SUNYI..
bagai hikayat sepi terasing si pungguk
menanti bulan yang jauh dipagari bintang
indahnya jika dapat bersama.
senyum sendirian.






sendirian.

kau pasti kau bahagia?
menghadap makanan sendirian.
tiada teman menyahut butiran bicaramu.
berjalan ditemani malaikat kiri dan kanan..
kau rasa sesuatu yang hilang..
inikah namanya,
 S  E  P  I ?





jiwa ini masih lagi menemanimu.
jiwa yang kau hancurkan dahulu masih gagah bersamamu
jiwa yang menahan pedih pengkhianatan ini
sudah habis biusnya.
kau tak pernah keseorangan.
kerna jiwa ini taat sifatnya .





jangan rasa sunyi
andai keterasingan itu sengaja kau cipta.
andai kisah cintamu itu satu pengorbanan
dan selalu tertitiknya noktah,
kau masih punyai jiwa untuk bersama
masih punya rakan yang kuat memudarkan rasa
kejauhan itu pembunuh utama misi untuk bersama.





kenapa kau lari.
jika jiwamu mula terusik.
cuba menyibukkan diri dan hilang kawalan
masihmasih kau cuba menjauhi sepi.
mengaku sahaja, kau masih menanti detik kembali diulang.



senyap.
sunyi dan sepi silih berganti.
mata rasa hangat, bibir rasa kesat.
dada berombak lagi kuat.
alahai jiwa,
hentikan sandiwara bukan ku pinta lakonan.





- jiwa ini masih ada untukmu .
disifatkan jiwa ini kental dan kuat.


sinis, masih bibir ukir senyum.




- tidakku tahu kisah ini milik siapa sebenarnya
minda begitu cergas menuturkan kata.
cik N


11 January 2012

khayalan



kalau berangan itu mampu membahagiakan jasad lesu itu sedetik,
maka ku putuskan biarlah sejenak fikirannya melayanglayang.



 hembusan nafas terasa hangat, tutur kata tidak mencerminkan butiran sebenar. apa yang sebenarnya kau selindungkan?  kekesalan bertahun dahulu? menuntut hak tidak terbela? menangkis kesatnya tuturan kata yang mengoyakkan jiwa? Kau lupa, siapa yang mengizinkannya berlaku? Apa kau lupa siapa sebenarnya berkuasa? senyum. elak sedaya mungkin, bina hidup yang mencerminkan kehidupan di dunia hanya satu persinggahan. Kau mampu melakukannya? . senyum kemutkemut.



jangan meminta lebih, syukurlah dengan apa yang kau miliki.



khayalan memang membahagiakan
maka realiti sedikit sebanyak dilupakan.
jangan terus berkhayal.
hadapilah kenyataan.




yang manakah akan kau pilih, sebentuk cincin pengikat janji dua jiwa.
atau sekerat kisah yang tiada penyudah mahupun kaca yang hanya melukakan dia.
bukan pilih intan berlian untuk mempamerkan gaya hidup mewah.
seinci sudut tubuh ini, milik ALLAH. tiada satupun pada dasarnya milik hakiki kita.




aku tak mampu menyelitkan diri diantara kamu
lantas itu tidak akan menjadi isu
terima kasih kerana menjadi bentengku.
menjadi punca aku mengekalkan yang asal.
dia terkujat mungkin, dengan sepotong kisah
biarkanlah dia begitu dan kekalkan senyuman
kerja ohh kerja.
syukurlah, aku bahagia begini.


meminjam kata teman sebentar,
( cik ayuuu )
 - kalau antara kita halal, aku paling pertama BAHAGIA !

- cik N


08 January 2012

kerja

Ternyata belajar itu ringan hisabnya daripada membanting tulang,
kerna menegangkan otototot kendur sekalian di dalam tubuh.



Dia gadis yang mula berat mulut menuturkan kata.
hanya diam, tekun mendengar, jemari yang tangkas menekan pesanan
saat jasadnya tangkas membersihkan itu dan ini
keringat jerih mula bertafakur di dahinya.
namun begitu, keletihan ditanam jauh dari raut wajahnya
senyuman masih jua berkuntuman di bibirnya.



- hey Q .
teramatlah kelakar bila aku tahu mengenai rancangan kejutanmu
"barang mak" ? HAHA.
terima kasih untuk hadiah itu,
oh ya untuk santapan mcD pada saat kebuluran
teramatlah lesu bila pulang bekerja tanpa rehat.




kesibukan masih tidak dapat melunturkan ingatan itu
menghampiri pengenalan tahun pertama
kisah ini terhenti tanpa ada ketemu jalan yang lain.





- aku memilih jalan yang sukar
memilih untuk merasai kesakitan yang teramat bisanya
hanya untuk secangkir kekuatan.


-cik N

 

03 January 2012

tahun



malam ini aku sendirian.
rindu keriuhan anakanak buahku, tangisan si kecil, bual bicara kakakkakakku.
tidak lagi kedengaran, sunyi sepi
membekukan jemariku.


tahun baru ni .
aku cuba kembali hidup berdikari.
masa ni ku cuba meringankan sedikit
bebanan ayah mama. 
dengan gaji tak seberapa, hiduplah juga.
alhamdulillah .


mata ni, masa ni pula nak sakit.
tak pernahpernah kena ketumbit
haha, sakai ja.
act, kenapa aku pecut 120 poie keje
aku tak tahu kenapa seakan
mencari kepuasan dalam sesuatu.



hilang dari radar.
itu balasan kau kepadaku, wow. terharu sangatsangat.
kehinaan terserlah, untunglah kau dapat benefits nya sekarang.



anakanak buah kembali ke sekolah.
baru teringat sesuatu, aku takkan kembali menyekolahkan
diri lagi. sudah tamat tempoh
bulan ni memekak, membuto, mencelik 
dah doploh (insyaallah)
cepatnya.. dah takkan ada belasbelas dah.


semoga aku ni berfikiran matang
dada penuh dengan kesabaran dan kekuatan
panjangkan umurku dalam barakahmu Ya Allah,
aku redha dan terima takdir hidup ini
insyaallah aku cuba sebaik mungkin.



bye Pizza Hut, hallohallo Domino's Pizza


~ cik N