11 January 2012

khayalan



kalau berangan itu mampu membahagiakan jasad lesu itu sedetik,
maka ku putuskan biarlah sejenak fikirannya melayanglayang.



 hembusan nafas terasa hangat, tutur kata tidak mencerminkan butiran sebenar. apa yang sebenarnya kau selindungkan?  kekesalan bertahun dahulu? menuntut hak tidak terbela? menangkis kesatnya tuturan kata yang mengoyakkan jiwa? Kau lupa, siapa yang mengizinkannya berlaku? Apa kau lupa siapa sebenarnya berkuasa? senyum. elak sedaya mungkin, bina hidup yang mencerminkan kehidupan di dunia hanya satu persinggahan. Kau mampu melakukannya? . senyum kemutkemut.



jangan meminta lebih, syukurlah dengan apa yang kau miliki.



khayalan memang membahagiakan
maka realiti sedikit sebanyak dilupakan.
jangan terus berkhayal.
hadapilah kenyataan.




yang manakah akan kau pilih, sebentuk cincin pengikat janji dua jiwa.
atau sekerat kisah yang tiada penyudah mahupun kaca yang hanya melukakan dia.
bukan pilih intan berlian untuk mempamerkan gaya hidup mewah.
seinci sudut tubuh ini, milik ALLAH. tiada satupun pada dasarnya milik hakiki kita.




aku tak mampu menyelitkan diri diantara kamu
lantas itu tidak akan menjadi isu
terima kasih kerana menjadi bentengku.
menjadi punca aku mengekalkan yang asal.
dia terkujat mungkin, dengan sepotong kisah
biarkanlah dia begitu dan kekalkan senyuman
kerja ohh kerja.
syukurlah, aku bahagia begini.


meminjam kata teman sebentar,
( cik ayuuu )
 - kalau antara kita halal, aku paling pertama BAHAGIA !

- cik N


No comments:

Post a Comment