27 August 2011

ehh. raya




Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir dan Batin.
aku ucap awalawal, takut abad je berapa baru aku update belog yang bersepahsepah dengan ayat kejantanan maksimum ni. Hahaha.


terimakasih,awakawak sekalian.
terharu tahap hujan lebat ni. ada juga orang ingat hantar kad raya kat aku kan.
tak bagi kadpun takpe. asalkan kita saling ingat-mengingati.



Kenapalah aku masih tak rasa nak raya.
macam sayu je hati ni, perasaan mudah melayang macam layanglayang.
ingatan mudah membara semacam haba melekap di dada.
perasaan apakah ini Tuhan.



Act, umur dah penghujungbelasantahun.
masih bujang. pertama kali aku beraya berkebaya. yela sejak jadi gadis manis ni kan, badan semacam doh pizza yang kejap kembangkuncup.
tibatiba ada yang belikan kebaya. OMP! okay, terima kasih.
pernah je beraya tanpa baju baru- tak rasa apapun. baju mama banyak.



Ayah, terimakasih sebab belikan baju yang taktahan tengok harganya.
takpayah belipun takpe. wa boleh pakai bajubaju mama yang berkoyankoyan dalam almari. anak ayah sorang ni je boleh pakai bajubaju mama kan.
lagipun, Wa tak rasa nak rayapun..



Mama, terimakasih kerana bagi kerja tahap maksima. Wa kena buat sengsorang sebab wa anak tunggal.. anakanak angkat mama yang lain balik lelambatkan (HAHA). sedihnya bila tau raya ni mungkin raya kita yang terakhir..
jangan risau, Wawa berbau minyak tanah, pasang pelita ni dah wangi..
macam manalah mama kalau Wa dah takda kan..



kakakabanganakbuah.
mahu duit raya berbukit tau. haha. minta maaf sangatsangat kat kalian. halalkan segala macam benda yang kalian beri kepadaku, mahupun yang daku ambil dari kalian. mesti kalian rindu sangatkan kat adikmu yang buat air paling sedap kat rumah. pembantu yang cekap (ececeh). yang suka bebelbebel kat kalian sebab sepahkan bilikku. hihi 
MAAFKAN DAKU.


kawankawan, pakwemakwe.
minta maaf sangatsangat, aku hanya insan biasa. memilikimu walaupun sekejap sahaja, sangat bermakna dalam hayatku. halalkan segalanya. maaflah, kadangkadang aku kena bermulut "puaka" sikit bagi kalian sedar sesuatu yang amat bernilai dalam diri kalian..
maaf bebanyak.






"kalau dia ikhlas, dia akan terima segala kekurangan yang ada. dari hanya  mengharapkan kesempurnaan yang ada padaku.  biar dia salah menduga, biar dia lihat kekurangan, biar dia rasa yang buruk. takkan nak hipokrit tunjuk yang baikbaik. biar dia tahu, aku tak mungkin dapat memenuhi expectation dia terhadapku yang tinggi melangit. biar sahaja dia tau aku tak pandai itu ini. Dia kena ingat aku ada masa lalu, dan aku juga ada masa depan. biarkan sahaja dia tahu, agar dia tidak menyesal, tidak rasa tertipu. -DC "





p/s: selamat berhari raya,
ingatlah orang tersayang. maafkan aku.
semoga bertemu kita di hari lebaran, insyaallah.





24 August 2011

kad, posmen dan pelita



K  A  D    R   A  Y  A.
aku tahu, tahun ni dah takda dah kad raya berpos-pos.
aku dah tak jadi penunggu setia abang Posmen yang gantang-gantang sambil senyum siput sedut.
takda tunggu depan rumah pepagi, takda nyanyi lagu raya menggila badak. takda cat rumah.
T  I  A  D  A.



hati dengan riang ria pelita, menulis kad demi kad hari raya.
lokasi yang berbeza, sahabat kelas sekalian, penat, jenuh, beku jari jemari ku, 
tapi demi menyeru semangat yang hilang, 
aku siapkan jugalah kerja amal tu ( konon)..



Aku nak pakse Abang Posmen tu hantar kad raya kat aku. aku nak juga kad raya, macam tahuntahun lepas
touchingla macam ni, sikitsikit aku je dilupakan. aku jela yang "baik".. HAHA
boleh tak nak kad raya.. sebagai kenang-kenangan nanti bila aku dah takda.
HUHU ^^


act, main  MERCUN.
mercun gasing, mercun bola, roket, mercun papan, mercun lebah.
ayah punya pasal okey, beliau beli stok mercun bebanyak riang ria raya. adakah beliau lupa, aku ni anak gadisnya, okayokay.. akulah anak gadis, akulah anak bujang beliau. FAHAM.
teruja pulak jiran ku ni, berlawan pasang pelita depan rumah. HAHA. 
sikitpun tak kisah, seronok adalah, sebab cantik memalam lepak depan gate, tunggu mama balik surau.
wahhh.. romantik gituu..



* tazkirah khas dari Cikgu Huda, tentang isu patah hati : Bunuh Diri, memang sangatsangat berbekas kat jiwa kau kan, sayang.. aku kan ada.. aku tetap utuh berdiri di sisimu, walaupun aku tak harap siapa ada di sisi aku melainkan Dia semasa saat sulitku.
aku sayang kau. 




p/s: tadi dah tengok muka anak buahku yang bakal lahir hujung tahun ni..
LELAKI! omp, akhirnya anak buah bujang ku bertambah..
lama sangat tak menatap wajahmu. aku rindu.
terima kasih. cik N^^



23 August 2011

KEMBALINYA..



AL-FATIHAH..
MOHD FAIZ MUHAMMAD..


Aku terkejut yang amat bila dapat tau berita sahabat (staf Pizza Hut) telah kembali ke rahmatullah pada hari Isnin, 22 Ogos 2011.. di LEKAS..

sumpah aku tak percaya. mati-mati katak aku ingat kawan-kawan arwah main-main je post sedihsedih dekat wall arwah.. okayokay. aku touching.. Allah sayangkan dia.. Bulan Ramadan pula tu..

aku masih ingat hari pertama arwah masuk kerja, tahun lepas.. berhari-hari aku tengok dia, sangat fokus buat kerja. even waktu break arwah tak makan dengan bebudak PH.. then, aku orang pertama ajakajak kucing share makanan aku dengan dia. Then, lamalama kitorang jadi rapat. selalu lepak sesama dekat tempat parking motor, sambil aku makan eskem 99sen..berborak dan berborak itu dan ini..


Arwah sangatsangat baik, selalu nasihat aku itu dan ini. maklumlah dulu time kerja, jauh dengan parents, kawankawan lama, bercintan pula jarak jauh.. kesibukan melanda lagi, Arwah selalu jadi tempat minta nasihat itu dan ini. sangat hormat kat perempuan..Tapi sayang, aku kerja situ sebulan lebih, before tukar tempat kerja..
sayu.. hati ini makin sayu..


"jauh, takkan mampulah goyahkan janji korang.. itu bukan alasan, Wa."
okayokay.. aku ingat semua katakata arwah..
terima kasih..




semoga Allah mencucuri rohmu, kawan.
terima kasih sangatsangat sebab selalu ada, lindungi aku dahulu..
bersemadilah dikau dengan aman, Insyaallah..







p/s:  detikdetik pantas berlalu, dekatnya kita dengan kematian..
                                                                       maafkan segalanya, cik N ~



21 August 2011

fasa akhir



Sedar tak sedar, Ramadan bakal meninggalkan kita.
kejap sangat-sangat.

aku rindu ramadan yang lepas-lepas. Yela ada orang sayangkan. HAHA. Act, Ateh dan Uda ada.. Even dorang tu "kepochie" sangat dengan hal aku, sekurang-kurangnya taklah sunyi rumah ni. Even berebut katil single ni dengan uda, ada juga tempat peluk-peluk gurau senda.. rindu Handphone melekat kat tangan. Rindu zaman kanak-kanak riang. Memang patut mama habaq aku anak tunggal. ada hikmahnya aku masuk f6.
At least ada lebih masa bersama mama ayah..
okay. aku TOUCHING ~



Rebutlah keberkatan bulan Mulia ni kawankawan.
lagi-lagi malam yang tersangat indah bagi orang yang mendapatkannya.
basahkan lidah dengan zikrullah..Offer di sana-sini, dari Allah. dapatkannya segera.



- perantau semua, silalah pulang ke desa.. senang cerita, kakak-kakakku, abang ipaq,
anak-anak buah( takdapun takpe. HAHA) sila pulang ke rumah bonda.. macam biasa, tugasan menanti Kalian semua. kesianlah adikmu nikan.. yela rinduu (konon-konon)..



* seriously, tak rasa macam nak raya..
ramadan ohh ramadan..
kesedihan yang nyata. cik N ~


18 August 2011

limited ED



yeah ! 
we deserve for pain ( ohh for sure), deserve to be HAPPY . deserve anything in this world too.
so, stop crying, and looking for the better life sweetie.

you are perfect.
just let the bloody things end. have fun with your life.



don't let me miss " Y O U " again.
AiiLubieYeuw , yes IDO.
-KETOT.




P/S :  imissyou ( seriously) incik...
ramadan bakal berakhir, kesedihan yang nyata.
cik N ~

16 August 2011



SALAH SIAPA.


  Punyai adik-beradik yang ramai, nasibnya menjadi yang akhir. ditinggalkan bermain sendiri tika yang lain membawa haluan diri. Sunyi, sepi. jiwa anak kecil itu terdidik menjadi matang sepantasnya. Dia hidup berdikari tanpa yang lain sibuk urusan duniawi. Tinggallah dia bersama ibu yang selalu tidak sihat. Emosi yang kurang stabil, akibat anak yang lain merunsingkan hatinya. Jadilah dia tempat pelepas amarah tanpa sedari, hatinya remuk menagih yang abadi. Ayahnya sering tiada di sisi. kembara demi mencari sesuap nasi.. Maka, dialah yang mengalas tanggungjawab saat masih kecil. tiada yang mendampingi dirinya di rumah. yang tinggal hanya bertemankan malaikat kanan dan kiri.


  Sebalik dirinya, masih mampu mempamerkan kemesraan. Melakar senyuman di bibir teman-teman. mengulum duka yang hebat.. Namun masa remajanya sering terbuang, terhindar akibat rupa paras yang menggelikan. Seraut wajah itu menanggung duka lagi. Dibiarkan senyuman tetap membutir tika bibir yang lain sinis menyakiti. Tenang dan bersahaja dia mendengar.. Biar hanya Allah sahaja yang tahu.. Bukan pintanya untuk jadi sebegini.. Masih dia bertahan, masih dia mempamerkan kebahagiaan bersama teman-temannya. Namun bibirnya kian hilang bicara. Ketandusan kata, menyebabkan dia tiada keyakinan berhadapan dengan realiti hidupnya.


  Dewasanya dia dengan kematangan, sikap prihatin, menuntut kesabaran. Hingga terkadang, dia tidak mengerti erti marah. Disimpan segala remuk hati. Diam, hanya memandang. Waktu kecilnya mendesak dia menjadi lebih sabar dan sedia berkorban apa sahaja.. Rela disakiti demi melindungi. Hingga dia terbiasa merasa derita dari lena diulit bahagia. Pernah dia bermimpi untuk merasa disayangi. Namun cukup kenal tiada siapa sudi mendampingi..


  Dibiarkan mulut sinis terus melemparkan bisa tutur kata, fitnah mengulumnya derita. "Biarlah yang lain tidak tahu, hakikat sebenar yang aku lakukan". maka, menangislah mata yang sentiasa setia menemani sejarah hidupnya. Kekuatan manakah yang harus dia miliki. Badannya masih bertahan, sedangkan jiwanya..


  Saat diimpikan bahagia menumpang kasih yang lain, dia hanyut dengan manisnya bicara. Diberinya tumpuan dan kasih sayang secukupnya. Menyorokkan hakikat sebenar kehidupannya, perhatian dan teguran diberikan demi kepentingan orang yang disayangi. Namun hanyut terbuang segala budi. Acapkali dia tersungkur, hingga berdarah luka lama. Meninggalkan dan ditinggalkan.Dia tidak mencari persinggahan yang bermakna. Sukarnya untuk dia merasai bahagia. Namun,dikutipnya sisa hati yang pernah hancur. Diubati, dicantumkan kembali hati yang remuk. Hingga menjadi kukuh dan kembali bentuk yang lama, walaupun parutnya masih kekal hingga kini. Dia membiarkan agar tiada siapa yang mengerti. Masih dia membekukan diri.


  Hingga kini, teman-temannya tidak mengerti apa yang telah dilaluinya. Sinar matanya kian pudar menanggung kesakitan hati. Masih dia tersenyum, merenung dengan renungan yang kosong. Kenangan silam kerap bertandang di jiwanya. Adat hidup di dunia, terjatuh dan bangkit. Hidup hanya pusingan roda. Sikapnya yang enggan tewas di depan mata yang lain, adakah dia hipokrit. Bina hidup baru atas remuk hati yang lain, bukanlah kemahuannya.. Kesabarannya berasas, kematangannya diselindung, kesakitannya diubati. Pohonnya, moga-moga Allah memberkati.. Bukan dia mementingkan diri. Salah siapa Dia jadi begini..




* cerita rekaan semata-mata.. tiada kena mengena dengan sesiapa.. hihi
  act, aku perasaan lama dah takut kot-kot dok perasan sendiri. Tapi hari ni kantoi FBI terkesan benda yang sama. HAHA.. dunia-dunia. another S?please, NO MORE. InsyaAllah.



p/s :  Doa masih bertali arus  ..
menghampiri bulan yang pertama..
Insyaallah, aku terima semuanya. 
terima kasih.cik N ~


13 August 2011

mata



kalau kau butakan mata yang selama ni celik,
pekak, bisu tiada kata yang kau mahu kau tuturkan
tak mahu terima hakikat.
sudah-sudahlah jadi manusia.



jadi, tak salah manapun kalau kau nak nangis.
T  A  P  I
sehari je.
nangis puas-puas sampai lebampun okess.
jangan tinggalkan sisa lagi.




kita ada kehidupan masing-masing.
DIA tarik satu nikmat dari kita, minta kita sabar.
kemudian, dia bagi nikmat yang lain pula.



aku takutkan penyesalan.
takut juga nak hadapi perasaan sendiri. aku minta kau jujur jela dengan hati kau.
lepas tu, kau nak meronggeng kejadahpun takpe.
apa sahaja untuk kau.
aku pendengar setia siaran kau yang takkan pernah tukar citer lain sampai hujung tahun ni.



kau nak tau, 
aku rindu dia. sumpah rindu. pendengar setia aku. kawan baik aku. pengkritik aku. juga musuh aku.
tapi dia dah hilang dari RADAR aku. aku tahu. salah aku.
orang kepercayaan aku. aku dah lama maafkan. cuma waktu yang akan menjernihkan kekeruhan
boleh tolong tunaikan "cek" JANJI kau kat aku tak. aku kehabisan TUNAI di sini.



apa sahaja untuk kau bahagia.



* kelihatan ayat aku sedikit poyuss. muntah kedarahkan. HAHA. sekadar bercanda.
sila abaikan jika taknak baca. 
terima kasih





P/S : untung ke ada orang sayang.
lagi untung aku jadi anak tunggal mama selama ni.
betul. aku rindu kau, incik.
sayang dilupa, ikhlas- Cik N ^^ 



11 August 2011

sabarlah hati.




Assalam.
perkongsian hati ke jiwa nurani.

saat aku menyesali apa yang terjadi, kehilangan dan kehilangan.
aku terlupa mana arah yang wajar aku tuju.
tiada siapa yang mengingatkan aku arah sebenar hingga aku malu sendirian.
terhanyut jauh dengan perasaan sendiri.



buat apa muka cantik molek, kacak, gantang-gantang andai tidak mahu sujud kepada Allah.



setiap orang hadapi saat susah, memerlukan masa untuk pulih.
aku tak nafikan itu. berbalik kepada kekuatan individu itu untuk menerima takdir.
kesakitan itu menghadiahkan kita kelazatan dalam bersabar.
percayalah.



" sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir 
(yang telah ditentukan).. "
:: Surah Al-Qamar; Ayat 49.



okay, aku baru mengerti. hidup ni kosong kalau kita tak melengkapi hari-hari kita dengan benda yang baik-baik.
penyesalan seharus tiada dalam kamus hidupku selamanya.
sungguh aku tidak melupakan.
sedetikpun tidak.



" dan kepada Allah jualah  hendaklah kamu semua berserah, jika benar kamu orang-orang yang beriman."
:: Surah Al-Maidah; Ayat 23



aku pernah jadi sangat loser. terlalu mendambakan duniawi, aku hanyut jauh.
sangat jauh. terbuang dalam kesedihan jiwa.
hingga aku buntu dengan diri sendiri.
apa yang aku lakukan, akhirnya memberikan kebaikan kepada orang itu.
alhamdulillah, dia sudah mula melakukan penghijrahannya.
ternyata kesakitan itu sementara.



"setiap orang ada  duka, dan ada yang suka, tetapi orang yang beriman sentiasa bersabar menerima musibah dan syukur menerima nikmat.."
:: Surah Al-Qurtubi; ayat 17/258.




setiap satu yang berlaku, atas kehendakNya. bahkan Dia memberikan kita hikmah atas segala yang terjadi. 
SABARLAH, dia sedang menguji kita sayang.




p/s: merindui ramadan sebelum2 ini.
terima kasih. ikhlas- cik N  ^^

08 August 2011

musafir



Ya Allah.. Ya Rahman.. Ya Rahim..

lekas benar ramadan berlalu, Fasa seminggu telahpun kita lalui.
alhamdulillah. syukur, masih mempunyai kesempatan merebut keberkatan bulan mulia.


aku hirup kekuatan sekembung mungkin.
aku tak tipu, aku hanya mendiamkan diri sahaja. usah difikirkan lagi, kawan.
masih jauh lagi destinasi kita. ingat, semua ini hanya pinjaman.
usah lelah berbuat baik dengan orang, kerna DIA mengetahui setiap satunya.


mungkinkah aku cemburu.
terlambatkah aku untuk mendapatkan yang hakiki. sedangkan yang hitam itu acapkali mengasari memori aku. akukah yang bersalah. akukah yang alpa. setiap satunya, Ya Allah.
satu persatu ceritera bertandang di lubuk hati.


" Dan sesiapa yang enggan mengingat-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit dan kelak pada hari kiamat Kami himpunkan dia dalam keadaan buta.."
:: Surah Taha; ayat 124.


SUKAR.
pengabadian manakah yang perlu, andai setiap satunya berlandaskan kasih sayang sejagat.
tertanya-tanya. nafas panjang yang dihela. 
berat. panas. rimas.
aku tidak merampas sesiapa. aku tak punyai apapun. aku hanya musafir di bumi miliknya.


aku sangat faham. aku mengerti. aku juga rasai.
cuma kau perlu telan kesakitan, kepahitan itu dengan keredhaan yang tiada duanya.
itu harga untuk erti DEWASA sayang.
harga itu yang perlu kau lunaskan sekarang demi menjadi musafir di bumiNya.


 aku mencintainya, ibarat bulan yang tidak jemu bertandang tika malam gelita.
ku biarkan sinar itu mendampingi, dan hanya ku lihat dari jauh.
ku nikmati  redup bayu malam yang menari.
danku bebaskan dia pergi.



hidup tak semestinya cerah, adakalanya Dia beri kita kilat dan petir untuk kita lalui, tanpa kita sedar Dia hadiahkan kita pelangi.




p/s : selamat beramal.
cikN ^^  

05 August 2011

Tinggal



Assalam.. akhirnya, bangun juga ku malam ni.
act, dulu gayut boleh je berjaga.. sekarang mata dah expayed kot.
memanjang mengantuk. mengantuk. mengantuk.
HAHA.



Lamanya.. masa yang aku ambil untuk pulih. kadang-kadang rasa hipokrit juga.. sorokkan rasa sebenar. takkan nak tunjuk sangat depan orangkan, sikit-sikit dahlah.
" nampak sangat kau terkejar-kejarkan dia. tengok lah dia layan kau macam mana. teruk gila, siap pakej carutan lagi. pukul tu jangan cakaplah.."
okay, aku agak bengang. korang memanjang salah faham dengan aku. 
malas nak explain, again and again.


masa untuk tinggalkan cerita yang punah.
aku duri, jangan sentuh aku.


masa  terus tinggalkan aku yang masih dok tunggu cerita drama yang takkan pernah habis. terpedaya dengan janji yang aku tahu takkan pernah tertunai. masih lagi aku percaya pada imaginasi aku yang tahap karma tu, konon kalau dapat undur masa, aku takkan buat itu, takkan buat ini. masih juga aku takdapat percaya aku mangsa keadaan.
kan best kalau hidupku ni sebenarnya dari komik.
boleh edit-edit fakta sikit. waaa~


aku dok pikir juga, kenapalah ramalan aku asyik benar belaka je. act, kadang-kadang mulut perghh.. masin gak. pastu sendiri tacing.. kenapa dia berubah. jarak tu apalah sangatkan.
(konon macam bagus). kenapa dia buat aku macam tu, aku ni siapalahlah sangat nak dibandingkan dengan orang lain dalam hidup dia.
haishhh.. sendiri mengeluh*


okay, aku dah malas. berpuaka betullah kecewa ni. habis satu badan aku binasa.
malas belajar. malas nak poie sekolah. malas nak mandi(air takda hari tu), malas isi minyak. macam mana motor nak gerak. malas semuanya.
nasib bulan pose, aku lawan juga malas tu.. alhamdulillah. takat ni, masih mampu kawal.


masa untuk pergi.
berhijrah aku dalam status baru. aucchh! akupun tak sangka. haha. sekadar bercanda-panda.
aku nak sangat berubah. ubah diri macam masuk mesin "cuci kereta". cuci dosa semudah itu? memang taklahkan. "asyik aku je kena tinggal, tak fair ahh. " 
siapa suruh lambat, memang kena tinggal ahh kan. 
kalau niat dah ada, kenapa tak usaha nak berubah. memang banyak godaankan..
ahh. tekanan. nak tidur!


aku serius.
cukup-cukuplah semua tu. akupun dah tak percaya dah indah bahagia tu. mengarot jela. 
kau kawan aku ke. lah, kenapa aku tak sedarpun. HAHA. sekarang penat aku bertapa, kering air mata nih, aku tak larat nak nangis dengar cerita kau. better aku diam jela.
semangat aku dah hilang. so, aku masuk serata ceruk, penat seru-menyeru semangat, akhirnya aku jumpalah cebisan kat kaki lima. tu pun guna GPS. kalau tak guna, memang TAKLAH aku belajar. 
kesimpulannya- aku ada semangat nak belajar balik ekonomi yang aku kompem taknak belajar 10tahun lagi.



aku dah ready.
masa untuk pergi. tanam cerita lama dalam-dalam.
berambus jauh-jauh kalau kau tak suka aku. minum racun, kalau kau mendekati sekadar menyakiti. lari laju-laju kalau taknak kena maki.
makan pil hilang ingatan sampai kembung.
lepastu boleh tidur lena.








"Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu dengan insan yang seumpamanya."


p/s :  sekuat TIGER !

03 August 2011

malu malu malu



Alhamdulillah.
berita baik dari seberang, Incik Bintulus.
syukurlah, ur ahmoy dah pakai tudung, bulan penuh keberkatan.
teringat juga katamu dahulu, akhirnya termakbul. bukan mudah nak berubah, kawan.


dengan bahasa yang indah darimu, aku kelu.
malu malu-malu masih mendekati aku.



tanpa kata, kita saling berkomunikasi.
tanpa kata, hanya mata yang bermadah, mata yang menyuarakan bahasa indah.
lengokkan tubuhmu, memberi maksud yang tersirat.
inikah cinta pertama dan terakhir.


dengan bahasa, kalimah yang sama
berulangkali kau lafazkan, berulangkali aku terkesima. berulangkali kisah itu ku putar.
berulangkali luka kembali berdarah.




dengan Bahasa, kau lahirkan kemesraan.
indah. malu-malu maluku mula terusik. tersentuhkah aku dengan sikapmu.
masih belum aku mahu. teruskan berlalu. tidak berganjak langkahku.
masih aku setia tanpa ragu. masihkah aku menjadi penunggu.




dengan Bahasa, lahirlah kata pemusnah.
mereka malu malu-malu mencengkam aku dengan jalan takdirku.
katanya aku terlalu mengejarmu, membiarkan diri dimamah duka, bersalutkan kesabaran yang padu. siapapun kau ku sudi terima, namun masih aku malu.
awan hitam enggan melepaskan aku..




dengan Bahasa yang kau tuturkan, aku jatuh cinta pada keindahannya.
malu-malu malu.
lidah yang dahulu kelu, petah mengatur kata. mata yang dahulu bijak berbahasa kini hilang celiknya. enggan lagi bermadah mesra.
inikah cinta yang aku damba.
pertama dan terakhirnya.




jika tanpa bahasa, bagaimana terlahir kisah ini.
jika hanya membinasakan, mengapa kematangan yang berbuah lebat, kasih mula merimbun.
acapkali ketandusan ketenangan, acapkali juga kemarau melanda.
malu tanpa ragu malu-malu..






p/s : dengan bahasa, ada ertinya kita.
woahhh. teruja, mengulit kenangan. HAHA.
mud: mengarut, karut dan kalut.