27 August 2011

ehh. raya




Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir dan Batin.
aku ucap awalawal, takut abad je berapa baru aku update belog yang bersepahsepah dengan ayat kejantanan maksimum ni. Hahaha.


terimakasih,awakawak sekalian.
terharu tahap hujan lebat ni. ada juga orang ingat hantar kad raya kat aku kan.
tak bagi kadpun takpe. asalkan kita saling ingat-mengingati.



Kenapalah aku masih tak rasa nak raya.
macam sayu je hati ni, perasaan mudah melayang macam layanglayang.
ingatan mudah membara semacam haba melekap di dada.
perasaan apakah ini Tuhan.



Act, umur dah penghujungbelasantahun.
masih bujang. pertama kali aku beraya berkebaya. yela sejak jadi gadis manis ni kan, badan semacam doh pizza yang kejap kembangkuncup.
tibatiba ada yang belikan kebaya. OMP! okay, terima kasih.
pernah je beraya tanpa baju baru- tak rasa apapun. baju mama banyak.



Ayah, terimakasih sebab belikan baju yang taktahan tengok harganya.
takpayah belipun takpe. wa boleh pakai bajubaju mama yang berkoyankoyan dalam almari. anak ayah sorang ni je boleh pakai bajubaju mama kan.
lagipun, Wa tak rasa nak rayapun..



Mama, terimakasih kerana bagi kerja tahap maksima. Wa kena buat sengsorang sebab wa anak tunggal.. anakanak angkat mama yang lain balik lelambatkan (HAHA). sedihnya bila tau raya ni mungkin raya kita yang terakhir..
jangan risau, Wawa berbau minyak tanah, pasang pelita ni dah wangi..
macam manalah mama kalau Wa dah takda kan..



kakakabanganakbuah.
mahu duit raya berbukit tau. haha. minta maaf sangatsangat kat kalian. halalkan segala macam benda yang kalian beri kepadaku, mahupun yang daku ambil dari kalian. mesti kalian rindu sangatkan kat adikmu yang buat air paling sedap kat rumah. pembantu yang cekap (ececeh). yang suka bebelbebel kat kalian sebab sepahkan bilikku. hihi 
MAAFKAN DAKU.


kawankawan, pakwemakwe.
minta maaf sangatsangat, aku hanya insan biasa. memilikimu walaupun sekejap sahaja, sangat bermakna dalam hayatku. halalkan segalanya. maaflah, kadangkadang aku kena bermulut "puaka" sikit bagi kalian sedar sesuatu yang amat bernilai dalam diri kalian..
maaf bebanyak.






"kalau dia ikhlas, dia akan terima segala kekurangan yang ada. dari hanya  mengharapkan kesempurnaan yang ada padaku.  biar dia salah menduga, biar dia lihat kekurangan, biar dia rasa yang buruk. takkan nak hipokrit tunjuk yang baikbaik. biar dia tahu, aku tak mungkin dapat memenuhi expectation dia terhadapku yang tinggi melangit. biar sahaja dia tau aku tak pandai itu ini. Dia kena ingat aku ada masa lalu, dan aku juga ada masa depan. biarkan sahaja dia tahu, agar dia tidak menyesal, tidak rasa tertipu. -DC "





p/s: selamat berhari raya,
ingatlah orang tersayang. maafkan aku.
semoga bertemu kita di hari lebaran, insyaallah.





No comments:

Post a Comment