30 June 2011

penghujung

kembali bertemu, penghujung yang ku tunggu.. bulan7 bakal ku lewati penuh kegagahan yang aku tagih selama ini.. mampukah aku hindari bulan yang pernah aku nantikan.
cukup kuatkah aku untuk hadapinya..


adakalanya, aku rasa memang aku hipokrit. macam pizza, luar menarik, doh rasa kosong jugak. macam barangan IKEA, cantik menarik harga pun bereh. tapi bila dah pakai, rasa semua tu akan lenyap.
hakikatnya, aku luar je nampak kuat. NAMPAK. dalaman tuu.. tanyalah sesiapa yang sangat rapat dengan aku.
aku rapuh macam kulit kacang tanah. takda pun sekuat biskut TIGER macam dalam iklan tu..



paling koman, bising aku adalah macam bunyik nyamuk tepi telinga. bikin hati orang panas jekan kalau dalam situasi macam ni. lagi-lagi masa nak tidur.


bulan 7, dulu bagi aku.. macam musim panas kering. dapat pula makan ais krim selori. (mana nak dapat ais krim banyak tuhh. kaya pulak incik A nak bayarkan.) takpun dapat alaun +++ ke kan. takda lah aku pening nak manage duit aku sendiri. memanjang cecukup hidup je sekarang.TAK BUJANGLAH MACAM NI. hoho..alasan yang kukuh kenapa aku tak shopping menggila badak selama nih. agak-agak, boleh ke aku minta naik alaun? JAWAPAN YANG KUKUH, T  A  K  ( ! )



adakalanya, aku penat nak jadi (talian hayat) orang lain. come on lahh. akupun hidup juga. akupun ada masalah juga, boleh jangan terlalu bergantung kat aku. aku dah macam pusat sosial, takpun khidmat sosial bergerak , kaunselor tak bergaji.  akulah orang paling loser dalam cintan-cintun ni, aku bukan doktor cintan lah babe.akupun taklah bermotivasi mana. semangat aku pulih pun sebab ada incik semangat kat sisi.
aku nak berjaya, akupun nak dia berjaya, kalian berjaya. 
kita sama-sama berjaya.



ALHAMDULILLAH. result kali ni bukti aku mampu bangun dari kejatuhan yang panjang.



kalau aku sayang kau, memang aku kejam kat kau. kalau aku benci kau, memang aku hipokrit sebab "benci" kau. kalau aku nyampah kat kau, memang aku mula suka kau. kalau aku tak contact kau memang aku lupa kau, sebab hati aku je ingat kat kau. kalau aku nak jumpa kau, memang aku rindu kau. kalau aku meluat tengok kau, memang kau kena berambus dari hidup aku. takpun, ayat manis, "NYAH KAU DARI HIDUP AKU SELAMANYA, LAHA**** ! "



p/s : mana kasut aku, takkan nak lari guna selipar kot. adoii aii. puncer betullah. nak curi ex aku takpe gaklah. ape aku kesah (poyos je) . ni kesayangan aku kot. ku menangissssss (Rossa ) tetiba jee. 
APEPUN TAK BOLEH !

28 June 2011

kehilangan ini..

hatiku kecewa lagi. ke mana hilangnya. siapakah gerangan yang mencurinya.
di manakah silapku. aduhh hati, usah begitu pilu.
kau terpaksa melepaskannya pergi.


aku sayang sangat-sangat. kau dah banyak berjasa kepadaku. aku terkilan sangat bila kecuaianku, menyebabkan aku kehilangmu, sayang. maafkanku. terlalu banyak memori kita bersama.
aku tak tahu nak cari kau kat mana lagi. sudah puas aku mencari.
MASIH BELUM KU TEMUI.


aku buntu. kehilangan apa yang pernah menjadi milikku. aku benci akan kehilangan. aku nak mereka semua tau, even aku mampu mendapatkan yang lain, tapi takkan sama dengan yang pernah aku miliki. terlalu bernilai. tidak akan terganti.


bila hati dah sayang, aku sanggup buat apa sahaja. yaa, apa sahaja untukmu. aku tau, sukar untuk mendapatkannya, benar, aku sayang. namun, aku bimbang. jikalau orang lain yang mencurinya takkan menjaga kau dengan baik. macam aku jaga. aku bimbang sangat.


aku dah kehilangan banyak benda tahun ni. terlalu banyak kehilangan. namun, aku tau ada orang yang lebih banyak kehilangannya berbanding aku. bukan aku nak menyalahkan takdir. cuma, sumpah aku terkilan sangat.. rasa baru semalam kita bersama. 
yela, aku tak dapat terima berita kehilangan ni. serius, tak boleh. isu sensitif kot.
tolongla. aku merayu kepada sesiapa yang mengambilnya, pulangkan kembali apa yang hilang..



aku tak kisahla kalian nak cakap apapun. tapi.. bila sesuatu datangnya daripada Parents aku, aku sangat-sangat hargainya, aku kehilangan kasut sukanku.. Admiral.. kaler putih purple, aku tertinggal kat depan bilik penginapan kitorang. upss. budak f6 jadi urusetia perkhemahan kadet polis kat sekolah. pagi esoknya aku nak amek, tengok dah takda. taulah kasut tu cantik lagi. aku jaga baik punye.
ciss. nangis aku di buatnya.. aku dah kehilanagnnya ! T___T



p/s; aku serius. tolonglah pulangkan kasut sukanku.. sedih nihh.. hipokrit ke bila takda selera, tapi pakse juga telan masakan yang tersayang. takda masa, tapi luangkan juga masa yang sekangkang kera dengan dia. tak sihat, tapi masih melayan dengan baik. sedih, namun masih berusaha mempamerkan senyuman.. hipokrit ke bila aku taknak dia susah papepun.. salah aku? hahaha.. APEPUN TAK BOLEH ^^

23 June 2011

incik hahati

" kau biar benar, takkanlah muke seganas kau suka kat mamat macam tuh. lawak kot. cuba kau citer, kenapa mesti Dia yang mesti kau nak sangat macam nak maut ? "


keji sangat ke kalau aku minat kat dia. hina ke wey kalau aku mengaku aku memang KIPAS- SUSAH - MATI  incik PA . sukarkah kau mengerti maksudku . 
terang, nyata, benar .


perghh ! cair babe tengok mamat nih. kau tak rasa apa aku rasa ? ada aku kesah lak kan. secara am nya, aku bukan minat dia sebab dia tu artis ke apa. TIDAK ! aku suka gila watak dia (REZA) dalam cerita GOL & GINCU . hoooMyGuD ! aku mahukan REZA .. hahaha




janganlah kutuk aku sangat, sesikit dahla. aku suka dia sebab dia macam comel gila, upss. maksud aku , dia caring sangat. sweet nak mati, sangat memahami. aku sangat suka dengar incik ini bercakap. suara dia best kot. macam memanja. (gelak macam nak strok bila taip ini post)  even tak hensem, gendut. tapi dia sangat sempurna bagi aku lah.




beliau nak kahwin dah, tahun depan. aku okay jela. aku tak cakap aku nak PA ni macam nak maut. cuma aku menyukai sifatnya, itu sahaja. tak perlulah aku katakan aku WAJIB suka orang kat orang kacak. sorry, aku tak berminat begitu. hish, tak payah sakai sangatlahkan nak sesuka kat orang kacak je. PERLU ke suka kat orang tu sebab wajah yang menawan. EYUWW ! tolonglah kalau hati berkulat, harap muka je smart.




rasanya, penat aku membebel pasal nak terangkan kat kau je. kalau tak faham lagi, senang cerita, AKU punya PASAL nak suka ke tak. tak perlulah kau nak sesibuk suruh aku suka kau. haha. sekadar bercanda-panda di jalanan.
TERIMA KASIH.

22 June 2011

antiseptik

Luka, jika disapu antiseptik manalah tak sakitkan.
HARUSLAH sakit.


macam tu juga dugaan yang melanda. hati mana yang kuat tanpa "ANTISEPTIK" terbaik ciptaanNYA. masa berlalu, akan menyembuhkan luka. bahkan "kepedihan" hanya sementara. nak bunuh "bakteria" memanglah pedihkan. luka mana yang tak sakit.


syukur alhamdulillah. dugaan yang penuh hikmahnya. pointer ada peningkatan. tak terkata, sebab tak belajar manapun, bulan yang sangat sibuk. mana taknya, UPP1 macam lanat je result. belajar macam nak gila lak tu. hangen satu badan yang sasa ni. haha. betullah kot, bila jiwa kacau belajar macam manapun mesti ada kureng.


"kau boleh jauhi diriku, namun ku percaya.
kaukan mencintaiku dan takkan pernah melepasku. aku mau mendampingi dirimu, aku mahu cintai kekuranganmu, selalu bersedia bahagiakanmu, apapun terjadi, ku janjikan aku ada. "  - aku mau (once)


aku tak tahu sejak abad ke berapa hati aku ditakluk lagu-lagu cover orang. contohnya, Ajek Hassan, Sad face n da geng dalam Dramatica Acoustica . auchh ! sangat menyokong mereka. haha, bukan apa. tak salah menyokongkan. ada banyak peningkatan dan sangat berbakat. cayalahh der .


tahniah kepada gengku yang telahpun bergelar isteri orang. perghh.. jodoh memang tak terduga. semoga berkekalan hingga hujung nyawa okay. tetiba emosi tercarik, kesedihan mulalah bertandang. cepatnya masa berlalu..


4 bulan ni, macam-macam yang berlaku. aku baru tersedar, haluan kita memang dah lari. dah lama rupanya,aku je yang tak sedar akan perasaan kau. kelakar pulak rasanya. kau tetap kawan aku. tak perlu risau lagi. maaf, bukan aku taknak tolong kau. tapi kesulitan yang ada buat aku tak dapat nak tolong kau. then, kau nak kutuk apapun, kutuklah. aku heran apa kau nak cakapkan. rasanya, aku cukup tak berminat nak amek tahu pasal kau. 



haraplah bibit-bibit keindahan ini tak terlupus lagi. sangat berharap terang bulan berkekalan di dada langit.




terima kasih, manisan-manisan hati sekalian. aku begitu terhibur dengan kalian.
terima kasih juga legend, kekadang kau buat aku rasa nak bunuh je kau terus. jangan pernah berubah. aku mula ada "alahan" kat kehilangan nih. haha. terima kasih juga kepada Cik Conan yang selalu ada untukku. sayang sesangat kat kalian.



18 June 2011

terima kasih..

Kehadapan kesayanganku. anda jejaka tampan, hebat bergaya, amat prihatin. segagah namamu dalam sejarah. pengorbananmu, tak termampuku balas. terima kasih, semoga ALLAH merahmati hidupmu.
En. Adnan Yahaya.
SELAMAT HARI BAPA.



HIDUP INI UMPAMA PUSINGAN RODA.



hari ini hari bapa, entah mengapa emosi begitu tulus berkata-kata. ingin ku lahirkan bahasa yang cukup puitis nilainya, buat insan yang tersayang. sebelum shakespeare menulis bait-bait cinta, aku terlebih dahulu menemui erti sejati dalam hidupku. sebelum Romeo dan Juliet bersumpah sehidup semati, aku terlebih dahulu terhutang budi pada dia, insan yang aku kagumi.


ya. DIA, 
kasar tuturnya, keras telapak tangannya. Gemar mendiamkan diri di rumah, hanya rancak berbual dengan mama. sering mempamerkan riak wajah yang tegas, garang, menggerunkan. namun kami tahu, dia sangat lembut hatinya. sering bergurau dengan semua. terlihat garis tua di wajahnya, cukup kental azam membesarkan kami berlima.



Ayah.
insan pertama yang menyokong aku untuk bergiat aktif dalam sukan, insan pertama yang menyokong cita-citaku untuk menjadi pegawai Polis. Beliau, insan yang cerewet terhadap segalanya. beliau, insan yang teramat tabah yang pernah aku lihat sebelum ini.



kekecewaannya lebih menyakitkan bagiku. kesihatannya, keutamaan aku. mana mungkin aku mampu menemukan insan yang sepertinya, untuk menggantikan tempatnya.
TIADA.


terlalu banyak keindahan dalam hidupmu, ayah.


Ayah membuktikan, kejatuhan seseorang itu bukan untuk selamanya.
syukur, Alhamdulillah. aku dikurniakan lelaki sehebat ini dalam hidupku. 
TERIMA KASIH, ayah..





p/s : hampir 4bulan berlalu. terima kasih untuk segalanya. aku hanya mampu lakukan apa yang termampu. Insyaallah.

16 June 2011

DAHAN

MANA DAHAN TEMPAT AKU BERTEDUH ..

emosi mencarik keyakinan diri aku. luluh, tiada taranya. hancur, tiada gunanya. kenapa saat aku perlu, sangat memerlukan dahan tempat aku berteduh, dahannya rapuh.


aku ke keseorangan, atau terlalu melindungi.


pilihan ternyata di tangan aku. masih belum terlambat untuk beredar. namun, masa terus meninggalkan aku dalam dilema. kusut. serabut. semput.


semua orang pernah buat salah. kenapa aku tak boleh terima peluang kedua dalam hidup aku. kenapa  mencemuh kisah lalu. kenapa tak bimbing aku . kenapa biarkan aku terus hanyut. kenapa tawarkan janji palsu. kenapa harus aku percaya semua ini berlaku.


BOLEH KAU BERIKAN JAWAPANNYA ?

egokah aku, bila hanya memberikan kau masa untuk kembali pulih. egokah aku, bila aku cuba bagi komited kat semua ni. egokah aku bila aku cuba jadi sesempurna mungkin tanpa hipokrit menjadi diri aku sendiri. egokah aku melepaskan barang kesayangan pergi. egokah aku enggan membiarkan air mata bersisa di pipi.

EGOKAH AKU .


kehancuran. kemusnahan. kesedihan.
berlarutan tanpa enggan beredar dari sisi aku. aduhh.  perlu aku hirup kekuatan, kunyah kecekalan, hadam kesakitan. 



uji.uji.uji.
aku benar-benar jahat di matamu kan. aku bukan macam dia-dia yang lepas. aku lain, aku jahat. tak layak untuk semua tu. HAHA.
persetankan saja bisa kata yang dituturkan, membinasakan hati yang terkaku. perbodohkan sahaja kata yang terus menjatuhkan diri, mencarik emosi.
aku kenal diri aku . bukan KAU .





p/s : ada orang cakap, kat belug ni macam bukan aku yang tulis. lain daripada perwatakan aku. sangat berbeza. mungkin wajahku yang ganas. haha.. bila sesuatu terlahir dari hati, tanpa sedar aku mengupdate belug dengan sesuatu berbaur emosi. jelas, nyata. ini tempat contenganku. 


perubahan kau, ternyata memberi impak pada diriku. terima kasih kerana melupuskan segalanya.

14 June 2011

sad face

Kekecewaan membunuh jiwa jasad kesayanganku .

tahun ni ku lihat amat jerih. seksanya membuatku hanya mampu tersenyum.
aku ke yang berubah, atau persekitaran aku yang berubah.
entah untuk apa ingatan seringkali menayangkannya. aku terkesima. inikah kehidupan yang direncanakan untukku. bahagia bukan lagi milikku.


MATANG.
aku perlukannya untuk menjadi dewasa. maaf, aku tidak mampu hadir melegakan bengkak bernanah di hatimu selalu, namun aku terlalu berharap bahawa akukan selalu ada untukmu.



kau intip aku, kau tidak hormat sedikitpun hak aku. kau geledah semuanya, hanyut bicara dan rasa yang pernah terlahir di jiwa. aku telah kehilangan rasa untuk itu. dan ternyata benar, kepercayaan itu umpama KRISTAL. cantik, memukau. namun, bila pecah, berderai.. takkan mampu untuk disambung kembali.


sumpah aku risaukan kau.


tolongla kembali kepada yang asal sad face. aku merayu, kembalikan teman bercandaku, teman bergaduhku, teman yang selalu ada untukku dahulu, teman yang aku sayangi. kekecewaannya, 
benar-benar meruntuhkan kekuatan yang tersergam indah pada awalnya. aku betul-betul tiada guna. tidak termampu melukis senyuman di wajahnya.


sejarah lalu mengajarku erti ketulusan, kekuatan, kepercayaan yang jika tergadai.. tiada galang gantinya. bukan aku membenci, cuma menghindari. terpukul aku, terjatuh, tersungkur namun masih mampu mengatur langkah. aku kehilangan orang yang sangat-sangat aku percayai. dan, pilu itu sedikit sebanyak meresap ke dalam hatiku dan merosakkan organ dalaman aku.



aku pelajar, tidak mahu bergelar loser sebelum waktunya. aku mahu bangun dari lena yang panjang. doaku, semoga semuanya dirahmatiNya. semoga orang-orang di sekelilingku di permudahkan segalanya.. jangan bersedih, aku sakit melihatnya.


macam dalam drama, satu persatu dugaan khas untuk aku lalui. Ya Allah, kalau aku mampu menggalas kesakitannya, aku rela daripada melihatnya dihimpit duka. aku redha jika suatu hari nanti aku akan diabaikan olehnya, cuma lahirkanlah bahagia untuk dirinya. aku mohon.. semuanya kembali pulih. aku mohon sangat-sangat .. biar aku yang menanggungnya.





p/s: keputusan ini terlalu menyakitkan. jalan berliku harus di tempuhi. kenapalah aku perlu tau sesuatu yang bisanya melumpuhkan seluruh jiwa ku dari terus berfungsi. bulan ku malap kembali. bulan, jangan pernah hilang terang.

10 June 2011

sejenak

Assalam. tidak terhitung rasanya beban yang melekat di belakangku. boleh berikan aku secangkir senyuman, agar aku tetap utuh berdiri menghadapi apa jua ujian.


kenapa. kenapa aku diperlakukan sedemikian. salah aku? kerna memberikanmu semangat dan kekuatan. dan akhirnya aku kau lupakan. aduh hati, usah begitu mudah tercuit. manusia memang mudah lupa. aku tak pernah akan lupa kau pada mulanya siapa. takkan.



bertalu-talu bisa duka tersuntik di kalbu. aku tau, Allah takkan beri ujian kepada hambanya yang TAK mampu menghadapinya, kira orang yang terpilihlah dapat dugaan memasingkan. sebab tu, dugaan kita tak sama, paling koman pun, HAMPIR sama.. jadi, tenang, sabar. walaupun kekadang kita rasa memang tak boleh nak bertenang, nak bersabar. tak kuat, mohon sahaja kekuatan daripadaNya. yaa, DIA tempat kita bergantung.


kecewa bukan titik noktah untuk bahagia.


sarat kepala memikirkan, cuti berakhir. dan paling best, hasil penat lelah bersama team, HILANG. hooomyguD ! hilang. hilang. hilang. okay-okay. aku bertenanglah ni, senin ni kompem-kompem aku akan ngadap benda nih sampai subuh. ngeri ! pasai result muet keluar, dan result mid-Year pun dengan bangganya nak keluar. mampu ke aku bertahan. kalau asyik fikir menda nih, memang tak kahwinlah aku dok risaukan. hishh, gegurau jela. hehh  =___= "


benda yang paling aku rindu time cuti? sekolah. haha. kawan-kawanla. yela, akukan terlampau ceria kekadang. bila aku dok diam or serius, mulalah dorang pelik. " wa, kenapa kau diam?" "wa, kau tak sihat heh?", "wa, kau ni emo je?" . hishh. kadang-kadang aku kenalah relaxkan diri. cuba untuk bertenang. so kekawan, jangan risau. aku baik-baik sahaja. terima kasih ambil berat lelemak. ambil bebanyakpun takda hal okay. haha.



okay. aku kejam. dulu, aku tak izinkan dia bahagia. aku nak juga dia balik kat aku. tapi aku lupa, hati orang tak boleh paksa. Insyaallah aku terima semua ni. apa sahaja untukmu. kau dah berubah, dah tak layan aku dengan dingin, selalu menemani hariku. buat aku pecah lemak, sebab ketawa. touching-touching pun ya gak. mulut takda lesen bercakap heh. sesuka hati je cakap apapunkan. at least, syukur kau bercakap. bebel lah lagi, aku suka asah telinga dengar orang membebel ni .sibuk macam manapun kau masih ingat aku. haha.. 
terima kasih. terima kasih. terima kasih untuk segalanya. aku hargainya.








p/s : aku suka sangat tengok cerita ayat-ayat cinta. dan nur kasih pun ya gak. sebab wanita dalam cerita tu bagi banyak inspirasi kepadaku, betapa DIA menguji kita kerna sayang kepada kita. jadi bersabarlah. kalaulah aku sehebat mereka.. hoho ^^

07 June 2011

idiot, i love yuh

Hey idiot, i really love you.
my webby. haha.


aku sihat, waras dan berakal. cuma, hidup ini terlalu singkat andai kita terlalu terikat dengan aturan hidup sendiri.  jiwa kusut, tapi Allah tu tahu segalanyakan. alhamdulillah. segalanya okay sahaja. aku masih bernyawa. masih mampu meninggalkan kenangan. masih mampu tersenyum, masih mampu jalani hidup seperti biasa.


ini "love" kasi simpan dalam hati kamu, tak perlulah susah payah nak curik. yang ori dah hilang pulak. ada yang tak ori, tapi kualiti sama sahaja. ngee (= . terima kasih. terima kasih kerana masih mampu menatap belug kuh.


ouhhh. sorokkan apa yang ada, tak mahu memperlihatkan apa yang akan terlihat. incik cinta, jangan dekat dengan ku. jangan beri hati yang suci. takut akan pecah nanti. sila jangan hampir dengan diriku, takut aku bertukar menjadi kemawas pula. jangan buat aku gila, gilakan kau. payah nak hidup nanti. shing2 (sambil kelip-kelip mata).hahaha.


kasi tenung sama incik bokprien, kaw2 punya. cair tak, cair tak? haha. dah lama tak guna Skype, sampai lupa dah password. bestkan? tak payah nak skype sangatlahkan. aku tak perlukan semua tu. dia sentiasa dalam hati.. sentiasa "on9" maa. haha.. 


kau muzik di hatiku. walaupun tak terlihat dek mata, namun kau sentiasa ada. walaupun kau tak tersentuh olehku, namun harum mu masih ku bau. masih terlihat di hati, semua tentang kita. masih jelas terasa kehangatan hari semalam. kau ibarat lagu dan aku terlalu ingin menjadi melodimu. kau nafasku, kala nadi berdenyut. tempat aku berpaut walau hidup dilanda ribut. kau segalanya bagiku. sayang, segalanya.


bukan menggoda, hanya menggada-ngada. haha. sangat seronok bila "kegilaan" melanda diri. ribut hati di buatnya. tak perlu nak malu, buat sahaja apa yang perlu. kadang-kadang, kita takut dengan bayang-bayang sendiri. kalau kita rampas "senyap-senyap", mesti kita takut akan kehilangan. rilex sahaja. kalau betul dia hak kita, janji Allah dengan kita, percaya sahaja. tak perlu nak kawal macam dah hak milik mutlak. cemburu memvavi buta, tak perlu. kawal diri, najwa. chaiyok3 ^^


p/s : aku tak tahu kenapa perlu aku emo malam semalam. haha. aku rindu. rindu dan rindu. mahu dan mahu. nyum2. saja menggilakan diri. hey, idiot, i love you.. 
I learned to live half alive without you.. thank You  =)

06 June 2011

rayuan



kau sering hadir padamkan gundah yang bertaut.
kau umpama nafas, kala nadi terus berdenyut.
untuk aku terus berdiri walau kehidupanku dilanda ribut,
kaulah segalanya tempatku berpaut.


tanpa ku sedari, dirimu ku sakiti.
sedikit demi sedikit hatimu ku lukai.
tercalit kepahitan sebuah memori.
dan kau ku lihat semakin menjauhkan diri..


kau pergi. tanpa menoleh lagi.

sayang kau pergi
 tanpa peduli kan rayuanku lagi.
ku terbuang lalu di jalanan... sepi.

mencengkam jiwa ku mati.
perginya dirimu meninggalkan ku sendiri.


sayang ku merayu. dan terus merayu. kembalikanlah cintamu yg prnah brtakhta dalam hati..

kan ku nanti..kan ku tunggu... hingga hujung nafasku ini.



kau ibarat nafas, membiarkan nadi terus berdenyut.
kau jantung, yang membenarkan aku untuk terus hidup.kaulah bumi, tempat aku berdiri.kaulah segalanya padaku.




p/s : terima kasih, ffahs coz editkan. sangat lawak !

02 June 2011

senjakala


Bila bibir memuntahkan D U S T A ,
dan mata hati terkatup dek nafsu semata ,
janji hanya berpusarakan nafas di udara ,
apa ada pada jiwa ,
hilang indah berparut luka .


kau buat aku tersenyum. ketawa. menangis. marah. muram.
seringkali mengutukku, entah untuk apa.
aku enggan mengendahkannya, berpalingpun tidak.
kau memperlihatkan segalanya yang ada di dunia ni lebih dari yang mampu aku ternampak.


jauh . menjauh. terjauh.
hanya dugaan sejengkal. kempiskah kasih sayangku. harum semalam masih aku terhidu.
ingatan takkan termampu aku bunuh.
sedaya upaya ku sisipkan mentari di hari surammu.
hingga tidak lagi terlihat olehmu.
aku yang sentiasa ada berdiri di belakangmu.


Kita sudah sampai di lereng amat indah, di bawah
pelangi, dalam ufuk yang masih mencabar;
dan kita ikhlas berjanji untuk bermaruah,
tenang dalam segala uji cabar dan debar.
Kita mencari hanya yang tulen dan jati,
sekata hidup, mengerti dan berbudi.
namun kini semua telah di khianati. lumut hati, berdaki sepi.
perginya yang takkan ketemu jalan kembali.


madah jangan pernah berhelah.
dasar manusia sering ingkar atas apa adanya.
kata bukan mainan, setia bukan barang dagangan. kejujuran asas sebuah keindahan.



p/s: sejak bila mood bertukar ke arah sastera nih . hihi