16 June 2011

DAHAN

MANA DAHAN TEMPAT AKU BERTEDUH ..

emosi mencarik keyakinan diri aku. luluh, tiada taranya. hancur, tiada gunanya. kenapa saat aku perlu, sangat memerlukan dahan tempat aku berteduh, dahannya rapuh.


aku ke keseorangan, atau terlalu melindungi.


pilihan ternyata di tangan aku. masih belum terlambat untuk beredar. namun, masa terus meninggalkan aku dalam dilema. kusut. serabut. semput.


semua orang pernah buat salah. kenapa aku tak boleh terima peluang kedua dalam hidup aku. kenapa  mencemuh kisah lalu. kenapa tak bimbing aku . kenapa biarkan aku terus hanyut. kenapa tawarkan janji palsu. kenapa harus aku percaya semua ini berlaku.


BOLEH KAU BERIKAN JAWAPANNYA ?

egokah aku, bila hanya memberikan kau masa untuk kembali pulih. egokah aku, bila aku cuba bagi komited kat semua ni. egokah aku bila aku cuba jadi sesempurna mungkin tanpa hipokrit menjadi diri aku sendiri. egokah aku melepaskan barang kesayangan pergi. egokah aku enggan membiarkan air mata bersisa di pipi.

EGOKAH AKU .


kehancuran. kemusnahan. kesedihan.
berlarutan tanpa enggan beredar dari sisi aku. aduhh.  perlu aku hirup kekuatan, kunyah kecekalan, hadam kesakitan. 



uji.uji.uji.
aku benar-benar jahat di matamu kan. aku bukan macam dia-dia yang lepas. aku lain, aku jahat. tak layak untuk semua tu. HAHA.
persetankan saja bisa kata yang dituturkan, membinasakan hati yang terkaku. perbodohkan sahaja kata yang terus menjatuhkan diri, mencarik emosi.
aku kenal diri aku . bukan KAU .





p/s : ada orang cakap, kat belug ni macam bukan aku yang tulis. lain daripada perwatakan aku. sangat berbeza. mungkin wajahku yang ganas. haha.. bila sesuatu terlahir dari hati, tanpa sedar aku mengupdate belug dengan sesuatu berbaur emosi. jelas, nyata. ini tempat contenganku. 


perubahan kau, ternyata memberi impak pada diriku. terima kasih kerana melupuskan segalanya.

No comments:

Post a Comment