22 June 2011

antiseptik

Luka, jika disapu antiseptik manalah tak sakitkan.
HARUSLAH sakit.


macam tu juga dugaan yang melanda. hati mana yang kuat tanpa "ANTISEPTIK" terbaik ciptaanNYA. masa berlalu, akan menyembuhkan luka. bahkan "kepedihan" hanya sementara. nak bunuh "bakteria" memanglah pedihkan. luka mana yang tak sakit.


syukur alhamdulillah. dugaan yang penuh hikmahnya. pointer ada peningkatan. tak terkata, sebab tak belajar manapun, bulan yang sangat sibuk. mana taknya, UPP1 macam lanat je result. belajar macam nak gila lak tu. hangen satu badan yang sasa ni. haha. betullah kot, bila jiwa kacau belajar macam manapun mesti ada kureng.


"kau boleh jauhi diriku, namun ku percaya.
kaukan mencintaiku dan takkan pernah melepasku. aku mau mendampingi dirimu, aku mahu cintai kekuranganmu, selalu bersedia bahagiakanmu, apapun terjadi, ku janjikan aku ada. "  - aku mau (once)


aku tak tahu sejak abad ke berapa hati aku ditakluk lagu-lagu cover orang. contohnya, Ajek Hassan, Sad face n da geng dalam Dramatica Acoustica . auchh ! sangat menyokong mereka. haha, bukan apa. tak salah menyokongkan. ada banyak peningkatan dan sangat berbakat. cayalahh der .


tahniah kepada gengku yang telahpun bergelar isteri orang. perghh.. jodoh memang tak terduga. semoga berkekalan hingga hujung nyawa okay. tetiba emosi tercarik, kesedihan mulalah bertandang. cepatnya masa berlalu..


4 bulan ni, macam-macam yang berlaku. aku baru tersedar, haluan kita memang dah lari. dah lama rupanya,aku je yang tak sedar akan perasaan kau. kelakar pulak rasanya. kau tetap kawan aku. tak perlu risau lagi. maaf, bukan aku taknak tolong kau. tapi kesulitan yang ada buat aku tak dapat nak tolong kau. then, kau nak kutuk apapun, kutuklah. aku heran apa kau nak cakapkan. rasanya, aku cukup tak berminat nak amek tahu pasal kau. 



haraplah bibit-bibit keindahan ini tak terlupus lagi. sangat berharap terang bulan berkekalan di dada langit.




terima kasih, manisan-manisan hati sekalian. aku begitu terhibur dengan kalian.
terima kasih juga legend, kekadang kau buat aku rasa nak bunuh je kau terus. jangan pernah berubah. aku mula ada "alahan" kat kehilangan nih. haha. terima kasih juga kepada Cik Conan yang selalu ada untukku. sayang sesangat kat kalian.



No comments:

Post a Comment