29 December 2011

pantas




masa terlalu pantas berlalu.
kemampuanku untuk mengejar seakan tiada kudratnya.
aku tewas, menghampiri kitaran tahunan. Ya bulan itu menyusul pula nanti.



cemuhan
kenapa lidahku terlalu kelu.
mana hilangnya bicaraku
aku kehilangan kemampuan untuk
bangkit membidas bilahan kata mereka
kejam atau aku terlalu lemah.



aku tak cuba melupakan
tapi cuba jalani tanpa kebiasaan 
bertahun itu.
kenapa, ingatan ini begitu tulus
seakan anak kecil berbicara
enggan melupakan sekecilkecil kenangan.



meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadamu, namun cinta dalam jiwa hanyalah padamu.
maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaimu
dalam dada ku harap hanya dirimu bertakhta.



- benarkah ini hanya pembaziran. hati enggan mengalah.



janji tahun baru.
masihku ingat setiap butiran janji itu
aduh. kenapa aku tak boleh purapura lupa
Q, tengoklah. rasa nuraga kembali
menyelinap di sudut hati yang paling dalam
itu yang paling baik untuk dia
kenapa mesti kesugulan ini bersarang.




maaf, rahsia ini mengorbankan kau.
semuanya demi kebahagiaanmu.



Q, aku dah tunaikan janjiku. air mata semakin deras, esakan berlarutan hingga ke subuh. benar,dia berhak untuk tahu. aku tak pernah membenci dirinya jauh sekali menyakitinya. cuma aku, bukan aku. hakikat ini, menghukum aku untuk tidak merasai kebahagiaan.


mungkinkah dia
akan memandangku hina, Q?
keadaan menggunci aku tanpa ruang.
Ya Allah, aku redha ujianmu ini.

- benarkah aku jasad yang berbahagia ini? benarkah aku mampu tersenyum sedemikian rupa, pemilik mata bercahaya? HAHA. pantas masa mengubah segalanya.



selamat tinggal tahun dukacita.



-cik najwanaqiah





28 December 2011

Hidup




Hidup ini ternyata mukim yang aneh.
takdir seakan kehilangan arah perjalanan, ibarat peta berselirat dengan andaian dan ulasan.


walau apapun jadi,
kau kena kuat !
- senyumku menimbulkan ketembaman pipi


tahukah kau, kita punyai jalan kehidupan yang lebih bagus daripada orang lain. kita jalani keasingan , keanehan, kesesatan dalam mencari mana arah tuju hidup kita yang sebenar. dan demi jalaninya, kita harungi kepayahan dan kesakitan dalam meninggalkan, melupakan, meredhakan dan membina hidup baru. bukankah kita sendiri yang mengatur hidup kita?



apa kau takut hidup sendiri?
bujang itu bukan sekadar status menunjukkan kau tiada teman di sisi yang menyintai.
itu lambang kekuatan dan ketabahan kau dalam menjalani kehidupan sendiri.
persetankan kata mereka yang tidak sedar diri.
dan kau harus tabah dalam mendalami,
cebisan kenangan lalu merasai setitik kebahagiaan yang pernah kau miliki.






jujurnya, aku harap tahun ini
takkan ku alami perpisahan.
sungguh.
bersyukur dan berbahagia dengan apa yang aku miliki.
namun,itu tinggal harapan.


aku sayang kau sepenuh hati
terima kasih untuk ingatan itu
-Cik N 



24 December 2011

katakau




katakau, carutan takkan mengubah kejahilannya.




LUPA .
aku belajar mengukir senyuman
bukan zaman Jahiliyah ku datang,
aku tak kejar ketamadunan dunia
seharusnya aku menarik muka
tika amarah menguasai jiwa
namun kuatnya botox,
aku hanya mampu berdiam
mengulum pahitnya dusta.





sekeliling alami perubahan,
maknanya bukan manusia ja berubah
cuba muatkan badanku dalam realiti
hingga terlupa jiwaku cederanya berdarah.



Muhammad berkata,
tandanya akhir zaman pabila fitnah
berleluasa menimbulkan sengketa.
senyum sinis,
mereka tidak meminta secebis maaf
jauh sekali mengaku khilafnya mereka
dan lafaz kemaafan ku kirim
sedari hati ini meronta meminta keadilan,
seharusnya aku memohon ketabahan .


- Muhammad Iman Thaqif/ Haikal
anak buah cinta baru, di hatiku.



 ada rezeki ku, dapatlah kerja tu. Insyaallah.
semoga berbahagia, tahun baru. azam masih sama.
senyum kemutkemut ~


- cik N alone ><

20 December 2011

Ujian



Just because Her eyes don't tear, doesn't mean her heart doesn't cry.
Just because she comes off strong, doesn't mean there's nothing wrong .



Bertenang.
another FITNAH from "THEM"
U S E L E S S  betul.
dan kali ini titisan jernih
semakin deras mengalir.
musim hujan kot.
ini harga untuk sekepal kejujuran,
MAHAL katakau !
aku harap aku ini hatinya lembut
mudah memaafkan,
Insyaallah.




Telalu.
mungkinkah terlalu awal
untuk segalanya, Q ?
perasaan ini sarat
mampukah aku bertahan
atau berpaling mencari jalan pedamaian ?
lidah terlalu kelu mencari pemutus
haruskah pengorbanan dilakukan, lagi ?
senyum sinis *


selamat jalan Q ,
have a better day without me as your GPS system.
go ahead, i'll waiting for you as you do.
about Animax series, i'll be watching it for you
. "This" are better ways for us .




- Thanks, Shaff .



mereka kata,
AVOID kawan suka bertopeng
sebab kebaikan kau terlalu murah
celitan keburukan harus dikompel
menampakkan susunan keburukan kau.
Relaks, kerna mereka mencemburui apa
yang kau miliki.
jadi seharusnya kau bersyukur.
Dia memilih kau untuk diuji
jalani sebaiknya.  
terima kasih.


- cik N dan Q


18 December 2011

Pengkhianat



P E N G K H I A N A T ...
kau rasa itu aku kah?
aku semacam tidak percaya dan sememangnya enggan percaya .


rasanya .
kekuatan mana harus aku sedut
sememangnya mengapa harus aku lalui
aku tak harap semuanya terjadi
kau mengerti,
aku tak rangka semuanya yang terjadi
dan keluhan ini benarbenar membengkakkan hati.


- Q , kau rasa apa perlu aku buat .. hmm

bisa butiran bicara
benarbenar merobekkan cantuman
hati aku miliki.
aku takkan rebutkan cebisan ini,
bahkan aku lebih suka menyerah
dari cerita berjelajela.
benda apa yang hakiki?
tiada, sayang.


- Q , ini ke aku kena buat ? jauhkan diri dan padam semuanya dengan serta merta ...

tabah itu perlu
sabar itu wajib dan wajar
diam itu bukan buktinya mati
sekadar senyap memuhasabah diri.

- dan kembali mengasingkan diri ? hoho.. Pun boleh, hidup ja macam ni hahh.
kau tau,dalam hati ini sentiasa ada dia. dan rasa itu seakan sebati dalam jiwa.
Dia bahagia, aku juga tanpa perlu kembali memiliki.
Ya dia . kau takkan fahamkan apa aku buat ni.



maaf,
kelakuan ini bukan milik usiaku sebenar.
bukan aku lari. cuma redakan ketegangan
yang menarik urat di kepalaku
bikin pusingpusing.
ohh ya, another anak "bunga" 
bercambah riang anakanak ku sekalian
welkem home, sayangku Iman.  

- cik N dan Fbi


15 December 2011

Mengerti .



Hari ini seharusnya aku bergembira ,
semahunya aku ibarat badut, kau mengerti ?




Ya, Badut.
sedikit kagum menyelit padanya
menyonteng wajah hanya kerna mahu melukiskan senyuman
pada wajahwajah yang ketandusan sinar
tiada siapa yang dapat mengerti kesedihan dan
kesengsaraan mereka.
hebat
mahu kau jadi boneka?
permainan hanya semasa suka
dilempar ketika bosan,dibuang begitu sahaja
syukurlah kau hidup sebagai MANUSIA .





Ingatan adakalanya menyenangkan, membahagiakan dan memberikan harapan
pada yang benarbenar positif mengenainya.
dan pada yang sebaliknya, itu semua penyeksaan . Kehidupan lupus indahnya
tiada apa yang harus dikenangkan lagi, lebih baik memori itu terlupus pergi .






rasa nuraga terhadapmu 
berbakulbakul sudah.
tabah, sayang.



" jiwa bahagia bukan saja letaknya pada litupan auratmu, bukan hadir pada benang emas di telekungmu, bukan dinilai pada sejauh mana kaki melangkah ke rumah Allah dan sehalal makanan harianmu, namun 
kebergantungan kau padaNya seluruh jiwa raga tika musibah melanda dan saat kau bergembira masih kau ingat untuk mensyukuri segala nikmatNya. "




ini Q dan cik bernama N.
terima kasih.


12 December 2011



Kunyah dan hisap cukulat "NIPS peanut&raisin" dengan gembira
Gyabo ku beri tika aku mengamuk merajuk.
* aku senyumsumbang sengsorang.


Gyabo .
kau tahu segala kisah
aku tau semuanya punyai nilai hikmah
sabar itu perlu
positif sifat yang perlu aku semai
aku bahagia begini
hidup sahaja sebaik mungkin.




Pertanyaan.
Apa yang menarik abt ur bF
dan aku simpulkan menariknya dia.
bila apa kurangnya pula
aku terkesima. jawapan itu semacam tiada
BUT
takda siapa sempurna, elek!
Ya, dia ex aku. Tapi aku masih kagumi dia
HEBAT, bukan.
perpisahan itu jalan yang bagus untuk bahagia.
*senyum kunyahkunyah.






Gaduh.
semakin kerap berkelahi
semakin kau fahami apa itu cinta
buang segala prasangka
buang apa sahaja yang meracuni minda
percaya
bukan itu rasanya hambar
bergaduh itu mengeratkan jiwa kau dan dia
dengan itu kau kan semakin kenali dia.
dan jika kau berpisah jua
kau kan kesalinya
Hargailah selagi terdaya.






DISTANCE NEVER separates TWO HEARTS THAT are TRULY IN LOVE.




kepercayaan
- kau tahu apa pengkhianatan jiwa yang terbesar
bila kau khianati kepercayaan orang yang paling percaya padamu .



- cik N dan Q 


08 December 2011

PLEASE don't ..




SEMALAM YANG INDAH..
TERIMA KASIH KAU DAN DIA.




"hold me tight, don't ever let me go"





* senyum sambil pipi gemuk blushingblushing..



Terima kasih
untuk rancangan last-minute
kau drive pecut gilakan
untuk kejar cite Incik Jacob aku.
at least aku terharu gulingguling
dalam kereta macam nak migrain.



kau nak pergi jauh nanti.
ulu ceruk pula tu, aku cuba jauhjauh untuk buat tak kisah
dan sebenarnya aku sangat kisahkan kau.



kau
berikan aku Magnum klasik
bila aku minta ais krim malaysia
kau gelabah
bila aku berangkat jauh ke sana
aku cemas
sebab kau text aku 
dengan alasan kebengong-an
kau sedih
bila aku rindurinduan dia




apa alasan aku untuk buat kau jangan pergi.
hati masih keras untuk merayu.




pujuk.
kau pujuk aku dengan ajak aku
masakmasak selalu
siapa.
kalau kau pergi,
siapa nak layan perangai buas aku
siapa nak komen masakan aku
siapa nak protect aku
siapa yang akan selalu ada dengar
aku merantap pilu
siapa yang sanggup kena gigit dan cubit
siapa yang nak belanja aku eskem
SIAPA KALAU BUKAN KAU




seriously, i hatehatehate it.
kenapa kena jauh. kenapa kena pergi, kenapa tinggal aku
jarak- aku sangat alergik
B   U   T

- LIFE DOES MOVE ON WITH OR WITHOUT YOU



TOLONGLAH,
JANGAN PERGI, Q !

-hanya mampu menjerit dalam hati.



its time to say goodbye,
miss youyouyou too..


- cik N dan Q



06 December 2011

Behind



KAU PASTI .
sebelum ini tiada siapa di belakangmu?



B  E  H  I  N  D .





Sebelum ini,
kau cuma ada dia di hati.
Ya, dia yang kau kecoh panggil  S A Y A N G .
macam SH** ja sebelum ini, 
K  E  N  A  P  A  ?




sebab cinta yang kau banggabangga tu,
bila dah hancur sekelip suku mata,
kau kata itu ini macam tercabut celana.



sengeh.
sinis . macam ada yang tak kena ?
mudahlah kata sebab kau dah ada penggantinya.
Ya, yang kau gebang cakap tak ada apaapa,
mana kau tau kau tak mampu bahagiakan dia.
sedangkan baru dugaan menjentik jiwa kau dah melata.
itu kau kata cinta pertama ?


JAUH DEKAT.
semua sama sahaja.
bila jauh, hati siapa tak gelisah.
bila dekat jiwa mana tak tergoda.



DIAM.
senyum jungkitjungkit.
alasan. manusia memang mahir buat alasan.
cemburu.
wanita memang kreatif untuk merasai hakikat sebegitu.
hakikat.
lelaki memang pakar mengolah benda jadah tu.



mesti kau bangga sebab dah hancurkan hati orang
yang selalu ada di belakang kau.
yang mampu terima kau masa takda siapa mahu,
yang selalu cuba jadi dan beri yang terbaik.
walaupun dia gemar menyakitkan hatimu.
dia hanya cintai kau.
walau kau paksa dia bina hidup baru.
dia masih tak lupakan kau macam kau mudah lupakan dia.



bahagia.
kau tak layak rasai bahagia,
lepas kau benarbenar hancurkan hati dia.
sekarang dia terumbang ambing dengan janjijanji dusta
senyum.
puaskah kau rasai bahagia, konon CINTA mati
baru badai melanda
akhirnya tamat tak bersisa.



BEHIND
dia masih ada belakang kau
kau saja yang tak menyedarinya.
mana taknya, leka bahagia katanya.



Apapun definisi CINTA, takkan ada cinta kedua andai kau tak korban CINTA pertama.
andai berpisah, tak kira berapa lama bersama dia masih merasainya.
Dia tak merayu, tidak menagih tidak juga membuka cerita lama.
dialah juara sebenarnya, kerna kekal bahagia dengan sedikit calitan kisah lama.


kau boleh gelak, senyum bahagia bersama teman sejiwa yang baru.
tapi dia masih kekal menikmati hayat bersama kawankawannya tanpa perlu membina kisah jiwa yang baru. baginya, perasaan itu takkan pudar semudah di jiwamu.


CINTA dan SAYANG
memang mudah sangat nak sebut, lagilagi kat orang yang kita nak buat main sekadar hiburan semasa. Tapi sendiri mau ingatlah, kesannya selama nyawa. okeh. settle. papai ^^

p/s : bencinya bila kena terima hakikat aku rindu gila dia
~ P  A  S  R  A  H !


cik N dan Q


05 December 2011

senyum jungkit2








First time aku rasa sangat rakus menjawab paper sejarah 2 
Jenuh jejari comel ku menulis omelan minda.
aku lakukan yang terbaik, siap senyum jungkitjungkit lagi tau.
so SEJARAH, please be nice to MY RESULT okeh !




- kau ni kelakar.
* aku dah gulingguling macam hindustan <3




howcome rasa bahagia masakmasak dengan kau while aku kononkonon taktau masak
 tetiba masak tiap hari dengan cemerlangnya untuk kau
howcome aku rasa nak study doplohemapat saat seminit dengan kau.
nonono.
buat pertama kali saat itu kau kan merantau jauh? hoomygud
*tetiba aku rasa alergik gila dengan jarak.





kemonlah.
kau tu bukan sesiapapun okeh. sibuk, takda masa nak hadap ekau lah hai.
better aku luang masa dengan dia.
* cuba dialog orang lain depan lappy (=___")





interview sanasini dengan jungkit senyumanku.
yupp.. dia si jungkit senyuman dalam dompet putih yang ku kepit sanasini.
aku rindu kau.


: sakaigila.pasrah.



p/s: aku taktau aku tau masak rupanya.
sila setuju aku tak hipokrit. tQ !
KAHKAHKAH



01 December 2011



kau menyentap fikiranku tentang dia.
yang sangat jauh.. 




si gadis yang dingin itu masihmasih menolak kewujudanmu, bukan.
hatinya membatu. lincahnya mencuit hatimu.
tinggalkan dia seupayamu. kerna dia masih tidak mampu untuk mengkhianati rasa yang terdahulu.
kekecewaannya masih bersisa. ingatannya masih mekar di jiwa.



cinta.
membuatkan aku ketawa kembali. karutan apanya sayang.
walaupun kisah itu sudah lama terhenti, aku masih merasai bahagianya. 
hidup sahaja sebaik mungkin.




cukupcukup.
hidup sahaja sebaik mungkin. kehidupan ini lebih daripada pengisian cinta..
banyak lagi perkara yang perlu kau atasi, perlu kau baiki.
fokusnya, hidup dengan kekuatan dan kesabaran akan bahagia juga,

p/s: CINTA itu virus bahaya. bila terluka, terlalu banyak bakteria menjangkitinya. maka perasaan itu akan pudar bilabila masa. SAYANG itu bahagia kerna kekalnya sampai bilabila.



- ku takkan bisa menjadi lebih dari apa yang terdaya, namun ku tetap berjanji akan masih mencuba..
 untuk memujuk hatimu, mencintai aku kerna apa yang ada hanyalah dirimu.


* senyuman terjungkit kembali..
HAHAHA.