05 August 2011

Tinggal



Assalam.. akhirnya, bangun juga ku malam ni.
act, dulu gayut boleh je berjaga.. sekarang mata dah expayed kot.
memanjang mengantuk. mengantuk. mengantuk.
HAHA.



Lamanya.. masa yang aku ambil untuk pulih. kadang-kadang rasa hipokrit juga.. sorokkan rasa sebenar. takkan nak tunjuk sangat depan orangkan, sikit-sikit dahlah.
" nampak sangat kau terkejar-kejarkan dia. tengok lah dia layan kau macam mana. teruk gila, siap pakej carutan lagi. pukul tu jangan cakaplah.."
okay, aku agak bengang. korang memanjang salah faham dengan aku. 
malas nak explain, again and again.


masa untuk tinggalkan cerita yang punah.
aku duri, jangan sentuh aku.


masa  terus tinggalkan aku yang masih dok tunggu cerita drama yang takkan pernah habis. terpedaya dengan janji yang aku tahu takkan pernah tertunai. masih lagi aku percaya pada imaginasi aku yang tahap karma tu, konon kalau dapat undur masa, aku takkan buat itu, takkan buat ini. masih juga aku takdapat percaya aku mangsa keadaan.
kan best kalau hidupku ni sebenarnya dari komik.
boleh edit-edit fakta sikit. waaa~


aku dok pikir juga, kenapalah ramalan aku asyik benar belaka je. act, kadang-kadang mulut perghh.. masin gak. pastu sendiri tacing.. kenapa dia berubah. jarak tu apalah sangatkan.
(konon macam bagus). kenapa dia buat aku macam tu, aku ni siapalahlah sangat nak dibandingkan dengan orang lain dalam hidup dia.
haishhh.. sendiri mengeluh*


okay, aku dah malas. berpuaka betullah kecewa ni. habis satu badan aku binasa.
malas belajar. malas nak poie sekolah. malas nak mandi(air takda hari tu), malas isi minyak. macam mana motor nak gerak. malas semuanya.
nasib bulan pose, aku lawan juga malas tu.. alhamdulillah. takat ni, masih mampu kawal.


masa untuk pergi.
berhijrah aku dalam status baru. aucchh! akupun tak sangka. haha. sekadar bercanda-panda.
aku nak sangat berubah. ubah diri macam masuk mesin "cuci kereta". cuci dosa semudah itu? memang taklahkan. "asyik aku je kena tinggal, tak fair ahh. " 
siapa suruh lambat, memang kena tinggal ahh kan. 
kalau niat dah ada, kenapa tak usaha nak berubah. memang banyak godaankan..
ahh. tekanan. nak tidur!


aku serius.
cukup-cukuplah semua tu. akupun dah tak percaya dah indah bahagia tu. mengarot jela. 
kau kawan aku ke. lah, kenapa aku tak sedarpun. HAHA. sekarang penat aku bertapa, kering air mata nih, aku tak larat nak nangis dengar cerita kau. better aku diam jela.
semangat aku dah hilang. so, aku masuk serata ceruk, penat seru-menyeru semangat, akhirnya aku jumpalah cebisan kat kaki lima. tu pun guna GPS. kalau tak guna, memang TAKLAH aku belajar. 
kesimpulannya- aku ada semangat nak belajar balik ekonomi yang aku kompem taknak belajar 10tahun lagi.



aku dah ready.
masa untuk pergi. tanam cerita lama dalam-dalam.
berambus jauh-jauh kalau kau tak suka aku. minum racun, kalau kau mendekati sekadar menyakiti. lari laju-laju kalau taknak kena maki.
makan pil hilang ingatan sampai kembung.
lepastu boleh tidur lena.








"Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu dengan insan yang seumpamanya."


p/s :  sekuat TIGER !

No comments:

Post a Comment