16 March 2011

melancong

 salam.. selamat malam..

 andai kata aku ingin pergi melancong kali ini.. mana tempat yang PALING bagus untuk aku pergi..?? TAPI setakat dalam malaysia jela.. SINGAPORE?? tidak mampu untuk menjejakkan kaki di sana lagi.. maklumla, surirumah FORM6 jekot.. HAHA... 


 baru tadi aku pergi melancong, nak juga mencalitkan pengalaman dekat tempat contenganku ini... okeyla, taklah teruk mana.. lepaslah bajet (tak keluar bajet langsung) yang tak seberapa...


  penat tunggu train datang.. akhirnya tiba jua.. cehh.. dala panas, cair make up..(even tak make up pun)... biasanya, cuaca terik macam ni, baik duduk rumah je.. jaga kulit sikit.. hahaha..daku kan TAK BOLEH terlebih sinaran mentari.. kulit LEBIH masak nanti..


  dalam perjalanan jadi "pelancong" aku terserempak dengan beberapa penduduk tempatan yang kira "mesra alam" lah.. sebab, time aku sibuk ambil gambar, dorang selamba dek je join sekaki.. biasalah, dakukan popular.. hahaha.. pose PALING mahal tentulah dari gurl bertudung hitam.. kenapa..?? sebab muka yang susah nak senyum. maybe terlebih botox kot..



  dan inilah gambar-gambar yang sempat disnap.. cool tak? aku memang minat, sebab UNIK.. perghh.. kalau ada satu kat rumah, dah kena upah pengawal dah.. huhuhu.. okeyla..perjalananku menarik, berpanas dan berpeluh-peluh.. macam-macam artifak yang ada, pelbagai informasi yang disalurkan untuk usaha mencelikkan masyarakat mengenai sejarah.. kira pengetahuan umum sejarah, dari era jepun, belanda, british, pra-sejarah.. melaka.. kira, berbaloilah pergi.. menarik.. boleh bawa anak-anak pergi nanti (kot kalau ingat lagi)



dan sebenarnya, AKU jejak kaki untuk kali pertama kat MUZIUM TENTERA DARAT, PORT DICKSON.. teruja lobeh.. hahaha.. seriusla, mama pun tak pernah pergi lagi tempat ni.. aku panik gaklah, bila masuk terowong. haha.. segan je dengan budak-budak.. apapun seronok, walaupun dalam kepala otak sibuk memikirkan pelbagai masalah.. mahu pergi lagi?? mestila..seronok.. nyum2.. setakat itu sahaja.. terima kasih..

No comments:

Post a Comment