01 April 2011

konklusinya

mengapa ku sangka panas sampai ke petang,
namun seringkali hujan di tengahari...




 aku masih membaiki diri, masih jua rapuh begini.. ohh.. bersediakah aku untuk melalui FASA yang bakal aku hadapi setelah sekian lama aku tinggalkan status itu.. mampukah aku bertahan sebagaimana yang aku lalui dahulu.. aku enggan menoleh lagi kebelakang, enggan menjadi orang yang acapkali mempermainkan perasaan orang.. TIDAK ! aku takkan jadi begitu lagi.. susah payah aku meninggalkan semua itu, takkan aku mahu mengulangi kisah yang tidak sempurna itu.. bahagialah kalian dengan hidup kalian.. sesungguhnya, peluang kedua itu memang TIADA untukku.. yang kelakarnya, orang takkan percaya kalau ianya berlaku.. kenap harus jadi begitu.. entahlah...


  berikan aku ubat kalis rindu, kalis cemburu untuk aku jalani kehidupan yang NORMAL.. aku tak mahu mempunyai perasaan yang bukan-bukan.. erti kata lain, perasaan yang membebankan orang lain.. dan untuk itu, apa yang harus aku lakukan? membenci? menghindar? menghilangkan? melupuskan? aku benar-benar buntu.. benar-benar sakit begini.. untuk apa aku diperlakukan sebegini? atas segenap dosa terdahulu? sakit yang ditanggung oleh yang terdahulu, akhirnya aku merasainya semula.. adil,bukan? hukum karma.. buat baik dibalas baik.. andai aku, berbuat baik namun dibalas jahat? apa yang harus diperkatakan lagi.. memang jalan takdir ku sebegini, haruskah aku pasrah segala yang terjadi.. memiliki apa yang BUKAN sepatutnya aku miliki.. dia masih tercari-cari, untuk apa aku setia disisi.. benarkah aku yang bersalah ke atas segalanya.. mungkinkah aku yang melumpuhkan segenap derianya? Ya Allah, berikan aku kekuatan yang nyata, yang mampu untuk membuatku hidup sendiri.. tanpa perlu menyakiti dan disakiti.. aku mahu dia bahagia, dan aku BUKAN penghalangnya.. andai takdirku, aku TIDAK boleh memiliki.. andai benarlah aku bukan pemilik rusuknya, maka jauhkanlah segala rasa.. hindarkan segala rasa yang memungkinkan aku ingin sentiasa memilikinya.. dan akhir rasa ini, hapus aku..


  aku tidaklah layak untuk merasa sedih, gelisah.. terhindar.. aku inginkan bahagia, bahagia yang enggan mendampingiku.. benarkah begini? aku hanya memberi andaianku sahaja.. maafkan aku, andai ini membabitkan semuanya, ya.. benar. memang aku tidak sempurna dan tidak pernah berharap untuk menjadi sempurna.. sejujurnya, aku mula ingin menerima dan membina yang baru. namun, tiada rezeki.. mungkin.. aku jujur dengan segalanya.. serius dengan setiap satunya.. tiada masa untuk bermain kata.. konklusinya, aku akan teruskan kehidupan.. dengan rasa yang menghindari setiap yang pernah aku alami.. kau tidak bersalah, langsung tidak berkenaan.. mungkin, terlalu indah. hingga tak terdaya aku  memiliki.. benar, usah risau atau jemu.. aku kan pergi andai itu jalan terbaik untukmu.. kejarlah bahagiamu, dan aku kan sentiasa disini... sampai jasad ku mereput, terputus nyawa.. maka, hilanglah segala rasa... terima kasih..


p/s : tetiba je.. khas untuk baby anis yg suruh aku buat novel.. HAHAHA

No comments:

Post a Comment