29 April 2011

impian

masa kecil, terlalu banyak masa diisi dengan angan-angan. impian yang pelbagai. ingin cepat membesar, ingin cepat dewasa. tanpa sedar, bila semakin besar, teringin kembali pada zaman hingusan..



  • KELUARGA BAHAGIA...

impikan sebuah keluarga yang sederhana, namun bahagia.. tak salahkan kalau memasang impian sebegitu. untuk kekal memang payah.. mempunyai anak-anak yang akan memeriahkan rumahku.. mempunyai kerjaya tersendiri.. indah.sulit. sedih. macam-macam perasaan yang ada nanti..sangat kelakar bila membabitkan impian yang macam ni.





  • RUMAHKU, SYURGAKU.. 

inginkan rumah yang comel, jauh daripada kekotoran kota.. permai, anak-anak bermain dengan aman di luar rumah.. sentiasa meluangkan masa dengan keluarga nanti.. rumah besar, tidak menjanjikan kebahagiaan.. rumah ini,yang akan melahirkan anak-anak yang penuh dengan kasih sayang, penuh dengan kekuatan dan ketabahan.. rumah ini, akan ada suka-duka.. akan ada pelbagai corat-coret kenangan..



  • PERKAHWINAN AKU DAN ...

paling best, bila pergi kenduri kahwin. lepas tu, kawan tanya " kau nanti nak majlis yang macam mana.?" aku pun jawablah," yang biasa. janji kekal sampai mati..".. haha.. perkahwinan,bukan mainan. tanggungjawab. kalau tak ready, tak payah nak gegedik kahwin kat lombok.. kalau ada, ada lah nanti.. aku mahu memiliki dia, bukan hanya jasad. namun JASAD yang BERJIWA..haha..lambat lagi kot. tak payah nak fikir sangatlah kan..



  • KERETA PALING MENAWAN HATIKU (!)

seriuslah, aku nak kereta macam Mr Bean. comel sangat. sangat romantik. pedulilah orang nak kata apapun. aku nak sangat ada kereta ni satu hari nanti, park dalam garaj kereta ku nanti.. memandu kereta ni bersama keluarga.. ketawa bersama.. mempunyai saat yang bahagia bersama.



  • YANG MENJADI IDAMAN..

bila baca novel, takpun tengok cerita macam cerita korea. "FULL HOUSE,MY GIRL, PRINCESS HOURS" teringin gila nak ada lelaki macam tu dalam hidup. yang tidaklah sempurna, yang selalu menyakitkan hati.. selalu akan ada pergaduhan. dan tiba saat semua itu hilang, aku akan merindui setiap detik yang berlalu. benci akan timbul sayang. HAHA. yang penting, hanya aku je memiliki dia.. fuyooh (ayat tak boleh pergi..!).. 





  • PERCUTIAN..

nak melancong ke negeri orang. nak kelilingi dunia. sangat seronok. dapat timba pelbagai pengalaman. dan berjumpa dengan manusia yang pelbagai ragam.. menikmati setiap inci ciptaan Allah.. jalan sejalannya.. kenalah cari duit lelebih. nak berkejaya. seronok, andai kita mampu bawa bersama sesiapa yang tiada kemampuan untuk pergi..



  • KEKUATAN YANG DIPERLUKAN..

melalui pelbagai pengalaman akan menjadikan anda insan yang kuat semangat, insan yang tabah. insan yang matang.. yang akan tersenyum, walaupun hatinya remuk. insan yang mampu membahagiakan insan lain, walaupun insan lain tidak mampu membahagiakan dirinya.. dugaan, mengajar kita erti kehidupan.



  • DIA, MENJADI PUJAAN HATI.. (!)

haha. comel tak? serius kipas susah mati mamat ni. dia sangat manis, sangat kiut. suka mamat ni, masa cerita Gol & Gincu. dai dengan Fazura. sangat romantik. kenapa dia? sebab nak macam dia. ohh my P. ANDRE.. saya single,saya single. HAHA..kawan aku suka kutuk mamat ni. dorang cakap "kenapa bukan Hans isac, takpun Asyraf muslim, Asyraff sinclair..?" sebab, aku nak yang biasa-biasa sahaja.. yang biasa-biasa dimata orang, dan menjadi luar biasa dimata hatiku.. yang mampu ada untuk aku.



p/s : ffahs.. thankz,

No comments:

Post a Comment