15 April 2011

i miss you

 "i miss u like crazy..even more than what u says.. every minute , everyday..
you are all i want, u are all i need.. cant you see what i need.. "

sudah lama tidakku dengari lagu kesukaan kakak ku ini.. dulu taklah fikirkan makna liriknya, maklumla. kanak-kanak. tidaklah begitu menyentuh jiwa seperti (kelibat kakak ku menyanyi penuh perasaan).. upss.. terkantoi sudah.

kehidupan ini tidak boleh diramalkan, bukan? kita mestilah mengharapkan sesuatu yang indah. sedar atau tidak, yang indah itu PINJAMAN SEMATA.. yang pahit pula DUGAAN melanda. haruslah aku terangkan di sini, aku bahagia dengan hidup aku. aku harap kau juga.

pernah ke aku membenci? T  I  D  A  K . sebab aku tidak layak membenci ciptaan terindahNYA. usah risau, segala rasaku hanya sementara. siapa kata hidup ini semudah 1,2, 3? takpun selancar A, B, C ? bukankah kita dilahirkan di dunia dengan 1 matlamat jelas, sebagai HAMBA yang tunduk pada DIA yang Esa.

ohh.. usah ungkapkan rindu.. usah bermain kata dengan aku. hey, AKU BUKAN BEGITU.. even aku tak lawa, tapi aku comel.. (sila tumbuk..!) haha.. sekadar bercanda..


aku nak berlaku jujur, boleh? ;
  • uda, wawa rindu kamu. Ya, adikmu yang suka membakar api kemarahan kamu ini meronta-ronta ingin memelukmu. ingin bergurau sana-sini,ingin merasai  ikan asam cili padi  Uda yang S  E  D  A  P. even wa boleh masaknya sendiri.. sayang, i miss you..
  • incik orang kaya, aku tak berdendam dengan kau. walau macam mana pahitpun kenangan yang tercipta, aku hargai setiap detik kau bersamaku. kerna takdirku, pernah mempunyai kamu sejenak.. terima kasih .
  • sahabatku, hafiz. kaukan gay aku. mana boleh aku nak anggap kau lelebih. sebab kau kawan baik akulah. nanti kau taknak kawan aku dah. HAHA.. comel doh kau gelabah.
  • cik ayu, walaupun pada mulanya wa kemaluan mahu melayan kamu yang berkunjung di rumahku, tapi pelikkan. macam lama kenal. kamu cantik. sangat matang.. suka G I L A gaya kamu !
  • shaf, terima kasih. walaupun kau suka melakukan kekerasan.. (tumbuk-tumbuk) dah macam sambal belacan dah, even kau suka panggil aku gemuk. memberi carutan apapun, aku tak kisahkannya. sebab, kau kan gila. HAHA. kau sangat HEBAT. sejam satu msj. laju gila kau reply. ais krim? ya, anda comel begitu. sangat manis. terima kasih singgah sejenak di hati.
baiklah. itu sahaja yang termampu. sekian.

2 comments:

  1. ohh my, sweetnya entry kali ni. ada terselit nama ayu yeh kat situ? winkwink malu. hii.

    terima kasih banyak :)
    i miss you like crazy! HAHA.

    ReplyDelete
  2. hohoho.. harusla mnyelitkan nmamu itu.. waaaaahhh! tankies2

    ReplyDelete