25 May 2011

kontra

Assalam.. syukur aku masih bernyawa lagi. kesakitan , hanya sementara sahaja. moga terhapus segalanya.


K .  O  .  N  . T .  R  .  A

kenapa hidup ni ada kontranya. baik mesti ada jahat. dosa dan pahala.
cantik dan kurang cantik. bijak dan kurang bijak. cepat dan lambat. kaya dan miskin.
ini kuasa ALLAH, MAHA ADIL sayang.

terbukti sudah segalanya. kenapa perlu post kali ini pelik. act, aku terfikirkannya.
yela, aku golongan yang menentang manusia yang tak adil.
tak adil macam mana?

manusia yang memilih bulu dalam hidup mereka. taknak bF/gf, hodoh, tak handsome, miskin. penuh cacat cela. taknak bergaul dengan orang yang tidak bijak. orang kaya yang hanya tau menindas orang miskin. pembunuh binatang kejam. sesiapa yang melakukan kekejaman. senang cerita, aku memang tak sukakan kekejaman, kekerasan, paksaan.

terkadang kita terlalu impikan keindahan, namun, keindahan itu takkan pernah kekal.
TAKKAN.

hidup ni, apa yang kekal? semua akan luntur. percayalah. kalau kita buat orang, kita kena balik. bezanya, cepat atau lambat. rasanya, semua orang merasainya, bukan.
tak perlu nak menjaja cerita sedih untuk meraih simpati.  aku memang tak boleh tahanlah dengan manusia yang menipu macam ni. yela. fikirlah perasaan orang yang bebetul percaya dengan tipu helah. tak ke kesian.  aku merayu jangan berlakon lagi macam ni kepada sesiapa yang masih melakukannya. 


ada yang mengatakan, bahwa dia jadi tidak terkawal, terlalu sosial kerana tak dapat rasa kasih sayang parents. hey ! kira bersyukur masih ada parents. anak yatim piatu, merempat di jalanan tidak punyai harta, masih mampu berdiri di bumi Allah.


jangan salahkan orang kenapa kita jadi teruk, jahat.
sebab aku pun pernah rasa macam tu.
akhirnya, kita yang rugi. sahabat hanya anugerah yang boleh menyesatkan kita, atau boleh bimbing kita. 
salahkan diri sendiri yang mudah tergoda.

jangan lupa, kita sama sahaja di sisiNYA. segala yang kita ada ni, hanya pinjaman
P  I  N  J  A  M  A  N .


 semua orang ada masalah masing-masing. kadang-kadang memang rasa tak kuat. memang rasa penat. sebab itu, perlukan kekuatan, ketabahan. keyakinan.
percaya padaNYA.


pulang ke pangkal jalan itu lebih baik dari meneruskan perjalanan memvavi buta.
TERIMA KASIH.

No comments:

Post a Comment