17 May 2011

BERSABARLAH ..


selalunya, bila habis baca Yasiin. ada baca doanya kan. selalunya aku hanya mengaminkan sahaja. tiada ketahui maksudnya. tapi, kekesalan menjenggah dalam jiwa insan  yang alpa sepertiku. betapa mendalamnya maksud doa itu.. betapa Allah sentiasa ada bagi orang-orang yang sabar..


BERSABARLAH.
"Dia sedang menguji kita, wahai umat MUHAMMAD."

terkedu aku bila mendengarnya. MALU. KESAL. HIBA.
betapa aku insan kerdil yang enggan meminta pertolongan dariNya. sedangkan Dia sentiasa ada. SENTIASA.


dugaan kali ini amat-amat berat buat kami. setiap satunya ada dugaan yang mendampingi kami, "sabarlah, sesungguhnya Dia maha mengetahui setiap satu yang terjadi."

tak pernahkah kau sedar.
aku yang selalu ada di sisimu dahulu. aku yang selalu ada waktu kau susah dan senang.
hingga berjaya menjejakkan kaki ke sana. dan aku?
masih di sini. sesaat tidak pernah melupai. sukarkah bersama aku.

tak pernah ke kau hargai.
aku yang menawarkan kasih sayang yang tiada duanya buat insan seindahmu.
di saat yang lain menghindarimu, aku yang mendampingimu. ikhlas. tiada niat tersembunyi.
tidak pernah ke kau terfikir semua ini..


fikirlah wahai insan.
aku yang selalu ada saat kau kesedihan. binggung. celaru. marah.
aku yang selalu ada. adilkah aku dilayan sebegini hanya kerna masa silam yang menyakiti.
berdosakah aku berada di sisimu.
salah aku kerna mendampingi, menyayangi. mengasihi.

tidak mengapa. cuma hanya meluahkan apa yang tidak terluah.
MAAFKANLAH.


" Maha suci Zat yang menghilangkan segala kehinaan,Maha suci Zat yang menghilangkan kedukaan, Maha suci Zat yang memerintahkan apabila mengkehendaki sesuatu hanya berkata, "KUN". maka jadilah ia.
Wahai Zat yang menghilangkan dukacita.. Wahai Zat yang menghilangkan, hilangkanlah.. hilangkan dari kami segala kesusahan dan dukacita kami.. '
AMINN..

No comments:

Post a Comment