21 October 2011

saya bukan awak


Assalam
Petang yang dingin, jemari kaku otak mula membeku.


Kenapa perlu nak tiru jadi aku. Kau tak perlu jadi aku. Sebab kau tak tahu apa yang sebenarnya aku lalui hingga aku menjadi aku. Kau jauh lebih unik. Akupun sama. Tapi kau hanya perlu jadi diri kau.
Senyum sahaja bila sakit itu masih bersisa. ketawa sahaja usah berpura.



Kita selalu dibandingkan dengan insan yang jauh lebih baik, (terangterang) macam perfect.
Tapi, itu bukan aku. Ambil yang positiflah kalau kita dibandingbandingkan

- mungkin orang tu nak kita bermotivasi sikit untuk melakukan anjakan paradigma. ubah manamana lompang inflasi, lompang deflasi. Lakukan sedikit perubahan pada keluk penawaran sikap kita terhadap umum.
baikpulih imbangan pembayaran dosadosa lampau. Lakukan sekatan perdagangan kejahatan kita dengan tidak melukai hati orang.


Aku hebat dengan mejadi aku, Kau hebat dengan menjadi ENGKAU. 
adakalanya terasa diri tidak sempurna gila bila berkawan dengan orang yang sentiasa bersangka baik dan sebaikbaik orang. Tipu dan melampau ah kalau aku kata aku perfect tahap karma.
Hipokrit sangat bila aku cakap aku takda perasaan.
aku ada alasan sendiri untuk melakukannya. sendiri itu lebih baik maa. Kau akan kenal mana kawan, mana lawan. siapapun yang khianati kau, kau akan baikbaik sahaja.
kita tak serupa, jauh berbeda. tapi kita samasama manusia.


 Aku gadis berkacamata, mungkin nampak sangat skema.
- awas, aku ni buas ! HAHA. aku si samurai berwajah ganas .HAHA
apa boleh buat, aku malas sudah nak pakai CL.
Kekerapan sakit kepala, silau menggila pada malam hari. 
anak mama ayah ni macammacam kan.



Ada hikmahnya kenapa aku tak boleh jadi sehebat kau, kau tak boleh jadi seunik aku.
senang cerita, ambil mana yang positif. 
Pedulikan mulutmulut yang tidak hentihenti menggelisahkan hati kau.
berbangga dan bersyukurlah dengan apa yang kau ada, OKAY.
DIA tahu mana yang baik untuk kau.
-sekian bebelan aku.



terima kasih, 

- cik  N




No comments:

Post a Comment