06 June 2012

connections .


Bismillah ,
   Assalamualaikum .



Connections.


 Apa yang kau faham mengenainya . Adakah semua mengenai line wayerless . Mahupun kemampuan line full bar berukban menghubungkan kau dengan laman sosial . Aku tak bicarakan mengenainya .



 Aku rasa messy dengan masa silam. bukan hakikatnya aku tak mampu lupakan apa yang aku ucap cinta mati . bukan masalahnya dia dan aku berhenti menyintai. usia membataskan diri untuk tampil mendominasi apa yang ada dalam hati . bila apa yang kita harapkan itu menuju jalan mati . nafas yang dihela seakan tersekat dan terasa pedih hulu hati . seperti aku khianati tegarnya cinta keatas kopi .




 aku teruja membaca sahabat punya luahan hati ,

" Jodoh itu tidak dijangka . mungkin bukan dengan dia yang kita Gila.
mungkin bukan dengan dia yang kita cinta.
tapi dengan dia yang tidak disangka .. "



Jodoh itu rahsia besar milikNya , takkan terduga siapa . DIA aturkan sempurna . dan setelah memahami hakikat itu, aku baru sedar. sedar bahawa usia bukan limit untuk mencari dan membaiki diri . bukan kerana aku bukan dia . tapi aku, aku. connections antara kau dan DIA. antara kau dengan jiwa . siapa duga, dia yang kau rasa cinta bukan milik kau. milik orang di luar.




Aku fikir hingga buntu. andai kata penantian itu bersisa buangan masa, apa yang tinggal untuk usia ? melihat saja mainan waktu berganjak tanpa bergerak . akan membangunkah aku . untuk itu, gerakkan jiwa . cari connections yang sewajarnya.



Aku unik, kau dan dia juga sama. aku bukan ahli bahasa, bukan juga budak kurang kasih sayang. aku terlalu disayangi ramai. hingga lahir aku yang egois. aku tak menafikannya . aku tetap dengan prinsip aku, aku lakukan untuk kau jua. tetap. takkan berubah .




: kelakar bila kenangkan kembali . aku memang gadis aneh . memang. tak dapat dinafikan lagi. bukan aku nak gebangkan mengenai hadirnya dia dalam kamus hidup aku. Tapi apa yang kita percaya, jangan goyah . Berdoa dan jangan berhenti . jangan pernah berhenti berdoa .. go get your own connections :)






No comments:

Post a Comment