17 January 2012

sepi ..


SUNYI..
bagai hikayat sepi terasing si pungguk
menanti bulan yang jauh dipagari bintang
indahnya jika dapat bersama.
senyum sendirian.






sendirian.

kau pasti kau bahagia?
menghadap makanan sendirian.
tiada teman menyahut butiran bicaramu.
berjalan ditemani malaikat kiri dan kanan..
kau rasa sesuatu yang hilang..
inikah namanya,
 S  E  P  I ?





jiwa ini masih lagi menemanimu.
jiwa yang kau hancurkan dahulu masih gagah bersamamu
jiwa yang menahan pedih pengkhianatan ini
sudah habis biusnya.
kau tak pernah keseorangan.
kerna jiwa ini taat sifatnya .





jangan rasa sunyi
andai keterasingan itu sengaja kau cipta.
andai kisah cintamu itu satu pengorbanan
dan selalu tertitiknya noktah,
kau masih punyai jiwa untuk bersama
masih punya rakan yang kuat memudarkan rasa
kejauhan itu pembunuh utama misi untuk bersama.





kenapa kau lari.
jika jiwamu mula terusik.
cuba menyibukkan diri dan hilang kawalan
masihmasih kau cuba menjauhi sepi.
mengaku sahaja, kau masih menanti detik kembali diulang.



senyap.
sunyi dan sepi silih berganti.
mata rasa hangat, bibir rasa kesat.
dada berombak lagi kuat.
alahai jiwa,
hentikan sandiwara bukan ku pinta lakonan.





- jiwa ini masih ada untukmu .
disifatkan jiwa ini kental dan kuat.


sinis, masih bibir ukir senyum.




- tidakku tahu kisah ini milik siapa sebenarnya
minda begitu cergas menuturkan kata.
cik N


2 comments:

  1. puitisnya. ;')


    mana fesbuk awok cik N. :')

    ReplyDelete
  2. hahaha.. asyik dikaitkan dgn cinta muka buku pulok. sebab itu hilang2.. hihi

    ReplyDelete