15 September 2011

Sesuatu yang ..



Selamat Hari Malaysia, tanah Airku.
- Al-fatihah untuk semua pejuang kemerdekaan negara kesayangan kita .



Harus cuba yang Terbaik.



-  mudahkan jika kita tahu, salah kita. Dan mengakui salah kita. Jangan ego sangat, jadi seorang yang sangat pentingkan diri sendiri. konon mahu berlaku adil bagai. Awak, awak sakitkan hati seseorang tu dengan perbuatan awak sendiri, kepentingan sendiri. Apa salahnya jika minta maaf. Awak tak rugi apapunkan. Tak luakpun kebahagiaan awak tu.


- Awak suka gaduh dengan saya. SELALU. Dan awak yang akan buat muka "touching" tu dengan saya. Dan saya suka buat tak tahu. Saya tau, awak bengang. Saya bukan ego. Saya cuma mahu uji awak saja. Sejauh mana awak boleh buat muka "kiut" tu kat saya. Sebab, makin saya layan, makin awak buat tak tahu dekat saya. Maaf, salah saya tak layan awak masa tu.



- Awak tau bila masanya awak diperlukan. Awak tau limit awak kat mana. Kadangkadang saya berharap saya kenal awak 2tahun lebih awal. Taklah saya rasa macam sekarang ni. Taklah saya membatukan hati. Tapi Allah tu tau apa yang terbaik. Awak kawan baik saya.


- Awak tau, saya ni emosional. Selalu nak sedih. Even badan gagah perkasa macam lelaki, hati saya macam butter. Mudah cair. Tengok anime part sedih, saya akan text awak bagitau part sedih tukan.. But, saya selalu sorokkan bila berdepan dengan orang sekeliling. Sayakan pelakon terhebat alam maya. Awak tau jugakan. Bila saya diam, awak tau kenapa. Bila saya enggan endahkan awak, saya perlukan ruang sendirian. 



-  Awak selalu ada dulu untuk saya. Tak kiralah masa tu saya teruk. Memarah awak sebab saya tension. Awak tetap teguh kat sisi saya. Awak ajari saya pelbagai benda, sampai saya susah nak teruskan hidup tanpa awak. Saya taknampak kepentingan awak, sampai saya kehilangan  awak untuk awak dapat seseorang yang awak suka. Betul apa awak cakap, kita semakin jauh. Jarak, masa dan diri sendiri. Kita sangat jauhkan. Saya terpaksa korbankan bahagian saya, untuk bagi peluang kat awak. Awak, sangat sukar tewaskan hati sendiri.  Rasailah kebahagiaan yang awak dahagakan.



- Awak sangat matang. Awak tahu itu dan ini. Awak sangat berbakat dalam bidang itu. Saya sangat suka PYTB awak. Saya selesa kat sisi awak. Tapi, saya tau saya bukan orang yang awak cari. Dia datang kembali.. Tak mengapa, kita jarang gaduh. Cuma,kita rapat sangat masa semua berakhir. Saya tergamam, mana silap saya. Mana kurangnya saya, boleh awak bagitau. Semoga saya boleh perbaiki diri saya. Saya masih sama seperti dahulu. Cuma beri ruang untuk awak tanpa saya.



-Incik bebekas hati, saya tak salahkan awak. Segalanya ada hikmahnya kan. Terima kasih untuk setiap saat yang mematangkan saya. MAAF. saya tak bisa  menjadi lebih dari yang terdaya. Namun tetapku berjanji akan masih terus mencuba.



- CIK  N


p/s : okay. enoughlah sketsa pendek untuk malam ini.
penat buat skrip penuh perasaan ni. Lomah jantungku, manis.
HAHA. okay, i'm done. 
S  E  K  I  A  N ~






2 comments: