24 January 2011

sayang..



assalamualaikum pembuka bicara...
sayang semuanya..
diharap semuanya dalam keadaan yang sihat walafiat hendak-Nya..
topik kali ini agak emosi sedikit..
S A Y A N G..
tentunya KHAS untuk keluarga En. Adnan..


  Ini gambar raya sekitar tahun 2007... 4tahun yang lepas.. masa ni aku baru tingkatan3.. aku memang sangat tak lawa dan gelap.. sibuk berjemur dengan aktiviti luar dan akibatnya, aku CERAH begini.. kelakar bila tengok balik gambar lama-lama. betapa masa terlalu cepat meninggalkan kita.. dan tidak berdaya kita mengejarnya..ini lah 
 S A Y A N G ku... best sangat dapat pulang beraya dekat rumah pakcik ayah kat rembau.. keluarga kat sana sangat baik dan meriah. Aku tidak pernah merasai perjalanan pulang ke kampung, tidak pernah merasai suasana beraya di kampung macam mana.dan aku amat mencemburui kakak-kakak ku sebab dahulu dorang duduk jauh dari PD.. lainlah aku.. anak pencen..takpa..nak buat macam mana lagi..dah nasib badan..Aku sangat gembira kerana masih mempunyai mereka dalam hidupku ini..sangat bersyukur...Alhamdullilah...semoga semuanya sihat belaka...mama, masa ni mama tak sihat sangat... ayah, masih gagah perkasa.. sangat merindui zaman keciku, mama.. aku mempunyai 4 orang kakak... dan 3 orang abg ipar...TIADA abg kandung.. harap maklum lah ye..


 dah macam DAYANG SENANDUNG kot muka aku ! hitam gila macam arang..hahahahaha... patutla aku je kena ejek dengan akak2 aku... citt! kuang ajaq naa...inilah himpunan anak perempuan En Adnan... 3 daripadanya telah berumah batu dan adalah tangga.. hahaha..(dah kahwin)...tak puas jalani zaman kanak-kanak..! hmm... aku tak sangka secepat ni aku membesar dengan sihat.. (terlebih sihat)...aku sayang mereka.. sangat-sangat...malu bila tengok gambar ini..rasa rendah diri.. tak berdaya dan lemah..(emo) ...terima kasih, kakak-kakak ku sekalian...untuk segalanya.. dan yang pastinya, kita semua dah berubah.. tak macam dalam gambar ni lagi...uda dah kurus... ateh dah kahwin.. angah makin anggun.. along dah gumuk.. walalalala..dan aku?? masih macam ni lah kot..masa kita bergaduh,bergurau senda dah semakin berkurangan.. kakak-kakak ku, datangla ke rumah mama..jemput-jemputlah melawat mama ayah, dan adikmu yang kesunyian di rumah ni...sangat terasa dengan kepermegian korang semua dari rumah ni... cukup sahaja sampai disini.. SEKIAN ,TERIMA KASIH

No comments:

Post a Comment