06 May 2011

BUKAN AKU

" aku bosan dengan sikapmu, aku rasa buang masa."

BUKAN AKU.
kau silap besar kalau kau kata aku perampas kekasih kau. kau sangat silap dengan menilai aku sebegitu.
jangan kau ragui dia. dia takkan balik pada aku lagi. TAKKAN. itu takkan berlaku.
aku tak pernah lagi jadi perampas. aku belum cukup hebat lagi nak jadi macam itu.
hati aku masih perempuan, sifatnya. aku takkan nak khianat kaum ku sendiri. percayalah.
aku TAKKAN rampas sesiapa, walaupun dia pernah jadi milik aku seketika. 


BUKAN AKU.
memang aku tak layak nak nafikan kewujudan kau dalam hidup aku. kau layak. tapi, aku taknak kehilangan kau. bukan bermakna aku tamak, tidak. cuma aku tidak rela.
tidak rela dipertemukan dengan perpisahan lagi. cukup-cukuplah.
aku tak larat, tiada kudrat untuk mengharungi satu demi satu jalan perpisahan.
andai aku kehilangan kau, pada siapa lagi aku mahu bercanda-ria.
aku takkan pernah nak kau merana.
jadi, jauhkan diri daripada hati aku yang penuh cela.



BUKAN AKU.
bukan aku melupakan saat susah senang kita bersama, kawan. bukan aku mahu khianati persahabatan kita ini. perkongsian rasa, terlalu lama. maaf, andai aku ada melukai hati kalian. sedar tak, aku sangat sayang kat kalian. sangat sayang. sentiasa mahu ada. tapi, aku sedar, aku terlalu manjakan kalian. hingga aku mula dipergunakan sahaja. tidak mengapa. ini memang namanya kehidupan.
bukan aku nak lihat kehancuran kalian, bukan aku.
tapi, adakalanya aku terlalu bersedih, terlalu kecewa. dan kalian tiada. masih lagi tidak mengapa.
aku masih dapat bertahan. kalau kau masih anggap aku kawan, aku terima.
aku tak kisahkan kisah kau yang dahulu. kalau mahu jadi kawanku, silakan sahaja. tiada hantaran yang perlu diberikan. hanya salam perkenalan sudah memadai.


BUKAN AKU.
bukan aku nak memberontak. aku akan tinggalkan PD. aku akan tinggalkan semuanya nanti. aku harus bersedia. aku harus membina langkah yang utuh untuk pergi.
jejak ku, bukan lagi kabur. terasa berat kaki mahu melangkah. tapi, aku harus. harus secepat mungkin pergi. bukan aku mahu larikan diri. bicara manis tidak akan meracuni diri. aku harap, aku cukup perkasa. cukup tabah untuk hadapinya nanti. aku harap suatu hari nanti akan ada rasa untuk saling menghubungi lagi.


BUKAN AKU.
aku bukanlah insan yang kering hatinya. bukan insan yang memilih sifatnya. bukan jua insan yang  bongkak jiwanya. aku bukan orang kaya. tiada harta. tiada kerjaya. perjalanan usiaku memaksa aku untuk tetap setia. untuk berfikiran terbuka. untuk mahir menguasai air mata. perjalanan ini benar-benar menyesakkan dada. terasa berat nafas dihela. pautan kenangan meragut kesepian jiwa. bukan aku mahu mengata, tapi ini hakikatnya. aku, masih rapuh langkahnya. aku masih terasa keanak-anakkan. masih terasa kucupan hangat mama sebelum tidurku dahulu. kenangan bersilih ganti . teman di hati turut datang dan pergi. Ya, semuanya menghadiahkan aku kematangan.



p/s: terima kasih, KASIH.

2 comments:

  1. mendalam cerita ni. sapa yg katakan sebegitu pd kau, wahai najwa naqiah ?

    ReplyDelete
  2. hahaha.. biasalah ayu, mulut org tak boleh nk tutupkan

    ReplyDelete